January 17 2025
Disediakan oleh: Ali Hanafiah
(FACULTY OF DURIAN)
Artikel kali ini, akan mengupas antara varieti durian kampung “rare” di daerah Lipis, Pahang. Peningkatan publisiti dan promosi telah mengangkat varieti ini dan telah menjadi daya tarikan kepada pencinta durian.
Rupa buah yang seakan Ikan Buntal menjadi julukan atau seloroh bagi durian varieti ini. Bentuk buah bulat dan comel menonjolkan lagi perbezaannya berbanding durian lain. Pemilik asal varieti ini ialah Pok Soh Bilal dari Merapoh, Lipis, Pahang dan kini diwarisi oleh anaknya iaitu En. Lut Yusof.
Antara ciri unik varieti ini jika dibandingkan dengan durian lain ialah:
> Buah berbentuk bulat simetri dengan berat lingkungan 1.0kg-2.5kg / biji.
> Warna kulit buah ialah coklat keperangan dan sedikit hijau pada bahagian duri. Didapati juga warna coklat keperangan pada keseluruhan buah.
> Bentuk duri adalah kecil halus dan kepadatan durinya adalah jarang. Aroma buah dikategorikan sederhana kuat dan mempunyai sedikit aroma durian hutan (Durio lowianus).
Jolokan panggilan dengan nama Puteri menjadi tanda tanya dari beberapa pihak. Penulis ingin membuat sedikit “review” tentang varieti yang semakin popular ini. Realtif nama Puteri ini disebabkan kehalusan serta kelembutan tekstur isi buah dan Merapoh sempena nama tempat ia ditanam.
> Buah berbentuk bujur dengan berat lingkungan 1.0kg-2.3kg / biji.
> Warna kulit buah ialah kehijauan. Bentuk duri berbentuk “pyramida” dan kepadatan duri sederhana padat. Ciri unik pada buah ini ialah keadaan hujung buah berlekuk ke dalam buah yang ketara berbanding durian lain.
> Isi buah berwarna kuning dan kebanyakan bilangan ulas yang dijumpai adalah 1-3 ulas / pangsa bergantung kepada saiz buah.Isi buah berkedut dan kering membangkitkan lagi tahap kelekitan varieti ini. Keadaan struktur bagi daging buah adalah sangat lembut dan berira halus. Kelembutan struktur buah ini dapat dirasai seolah larut dengan sempurna apabila disuap ke dalam mulut.
> Tahap kemanisan, lemak, pahit bagi varieti ini sangat seimbang dan harmoni apabila kita memakannya. Strukturnya yang lekit menambah nilai lagi pada keunikannya. Kejadian biji bulat.
> Isi buah berwarna kuning dan kebanyakan bilangan ulas yang dijumpai adalah 1-2 ulas / pangsa bergantung kepada saiz buah. Keadaan struktur bagi daging buah adalah sederhana pejal dan berserat sederhana halus.
> Untuk rasanya pula, ia manis, berlemak dan sedikit pahit.
> Keunikan Durian Mas 10 ini mampu menarik perhatian pencinta durian disebabkan keunikan bentuknya.
Tahap kemanisan, lemak, pahit bagi varieti ini sangat seimbang dan harmoni apabila kita memakannya. Strukturnya yang lekit menambah nilai lagi pada keunikannya. Kejadian biji bulat, sederhana dan kesep juga ditemui untuk beberapa sampel.
> Bagi mendapatkan atau ingin menikmati durian yang bertekstur halus mulus, varieti ini disyorkan untuk dicuba.
Daripada 2 varieti “rare” ini, ia menunjukkan potensi durian ini sangat luas dengan kriteria yang unik lain dari yang lain. Mas10 dengan rupabentuk yang comel unik, berduri halus dan isi berwarna kuning manakala Puteri Merapoh menonjolkan kehalusan serta kelembutan yang lain dari yang lain. Diharap, banyak lagi durian - durian kampung yang mempunyai ciri unik untuk diketengahkan bagi mewarnai industri pertanian negara.
If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.