July 17 2023

Faktor Daun Pisang Kuning

Faktor Daun Pisang Kuning - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Daun pokok pisang menjadi kuning mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, bukan hanya penyakit, tetapi keadaan seperti kekurangan air, kekurangan baja, kerosakan racun perosak, serangan serangga, mutasi dan penuaan, juga merupakan faktornya.


Walaupun penyakit daun kuning atau layu fusarium yang disebabkan oleh kulat fusarium adalah penyakit utama pisang, tetapi berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor lain.

Kekurangan Air & Baja

Daun kuning yang disebabkan oleh kulat fusarium membuatkan petani berasa kecewa. Lagipun penyakit ini tiada ubatnya, jadi apabila menjumpai daun pisang menjadi kuning, ia bagaikan musuh besar. 

Walau bagaimanapun, terdapat banyak sebab untuk daun pisang menjadi kuning, bukan sahaja serangan kulat fusarium.

Pakar memberi contoh, apabila pokok pisang kekurangan air, daun kuning akan muncul, dan keadaan ini biasa berlaku pada musim kemarau. Sekiranya petani menyiram air dan memperbaiki keadaan, terbuktilah ia berpunca daripada kekurangan air pada pokok pisang.

Selain itu, jika pokok pisang kekurangan potassium, daunnya juga akan kuning. 

Pisang yang kekurangan nitrogen mempunyai daun yang kecil dan nipis, tangkai daun kemerahan, jarak daun yang pendek, dan pada masa yang sama, warna bertukar menjadi hijau muda atau kuning-hijau, yang menyukarkan petani untuk membezakan pada pandangan pertama.

Sesetengah perosak juga boleh menyebabkan daun kuning, dan simptomnya serupa dengan yang disebabkan oleh penyakit, menyukarkan petani untuk membeza. 

Di samping itu, daun pisang akan menjadi kuning apabila usianya meningkat, malah variasi varieti juga akan menyebabkan daun menjadi kuning. Petani mesti memerhati dengan teliti.

Untuk mencegah dan mengawal penyakit daun kuning, sesetengah petani meningkatkan jumlah penggunaan racun perosak secara membuta tuli, ini menyebabkan fitotoksik dan daun kuning.


Terdapat banyak faktor untuk daun pokok pisang menjadi kuning, dan petani mesti meneliti faktor daun kuning untuk menetapkan ubat yang sesuai supaya menanganinya.

 


Tanah Berasid

Selain itu, jika tanah kebun tidak sesuai, daun pisang juga akan menjadi kuning. Secara amnya, jika pisang ditanam dalam tanah berasid, pertumbuhannya akan terjejas, dan ia tidak akan dapat mengekalkan bekalan nutrien, akhirnya menyebabkan daun menjadi kuning.

Pakar asing mencadangkan petani boleh memperbaiki tanah dengan menabur sejumlah besar baja kalsium dan magnesium, dan meningkatkan kekerapan pembajaan dan pengairan.

Malah, pembajaan yang berlebihan mungkin tidak produktif. Pada masa ini, petani harus berhenti membaja, dan mengairi tanah sehingga mencuci baja yang terkumpul. 

Kebiasaannya, pisang tidak memerlukan baja yang terlalu banyak untuk membesar. Jika pembajaan berlebihan digunakan semasa proses pertumbuhan, pokok pisang tidak sempat untuk menyerap nutrien, menyebabkan lebihan baja tinggal di dalam tanah, menjejaskan perkembangan sistem akar, dan akhirnya daun kuning muncul.

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag