January 08 2026

Persediaan Untuk Musim Mendatang

Persediaan Untuk Musim Mendatang - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Faculty of Durian

Habis sahaja musim buah, ia adalah waktu yang kritikal untuk pemulihan pokok semula. Fasa kritikal ini memerlukan penekanan yang ketat bagi memastikan pokok sihat untuk  kitaran berbunga dan berbuah akan datang. Pokok durian memerlukan tempoh masa 5 hingga 6 bulan untuk kitaran vegetatif semula agar memastikan kitaran bunga dan buah yang lebih baik. 

Antara tumpuan yang perlu dijalankan adalah seperti berikut:

1. Rawatan Tanah

Aplikasi pengapuran dijalankan bagi meningkatkan semula nilai pH tanah agar lebih stabil dan juga sebagai sumber calcium serta magnesium pada pokok. 

Aplikasi pengapuran boleh dilakukan dengan menabur kapur dan teknologi aplikasi pengapuran menggunakan calcium jenis cecair dapat meningkatkan lagi keberkesanan seperti aplikasi nanocalcium. 


Kerja pemangkasan dahan yang bertindih/ rapat bagi memaksimumkan pencahayan dan pengudaraan.

 


Lantai kanopi ataupun zon akar disiram basah menggunakan nanocalcium pada kadar 10 Liter nanocalcium dicampur dengan 200 liter air dan disiram dengan kadar 10-20 Liter bancuhan perpokok.

2. Rawatan Pencegahan Phythopthora

Setiap pokok yang telah berbuah perlu menjalani rawatan Phythopthora walaupun tiada simptom ditemui. 

Ia dilakukan sebagai pencegahan serangan Phythopthora dan bagi pokok yang yang mempunyai simptom serangan ia perlu dirawat segera. Jika keadaan serangan kritikal, pokok tersebut perlu ditanda agar rawatan susulan boleh dibuat. Pokok itu perlu dikawal untuk berbunga dan berbuah untuk musim akan datang sehingga ia pulih sepenuhnya. 

Aplikasi yang disyorkan adalah Metalaxyl-M (Fetto 480) dan Rootpro sebagai rangsangan pengeluaran akar baru. Kaedah aplikasi adalah 100ml Fetto 480 + 200gram Rootpro + 50 ml Amino Fuyee untuk 200 liter air. Sebanyak 20-30 liter bancuhan tersebut disiram pada zon akar untuk setiap pokok dengan kadar 2 minggu sekali untuk 2-3 pusingan.

Lichen dan alga yang mampu menutupi zon pengeluaran bunga dan buah,

 

Aplikasi kawalan dan rawatan pokok untuk serangan Phythopthora dengan melakukan semburan pada zon akar dan patch kanker.

 


3. Pemangkasan dahan dan tunas air

Aplikasi pemangkasan perlu dijalankan bagi membuang dahan atau ranting yang kering, dahan yang bertindih dan tunas air bagi menggalakkan pengudaraan yang lancar. Kerja pemangkasan dijalankan dalam tempoh sebulan hingga dua bulan selepas habis musim. 

Pemangkasaan perlu dijalankan minima 4 bulan sebelum musim bunga kerana pemangkasan yang rapat dengan musim bunga akan mengakibatkan pertumbuhan pucuk baru dan ia akan menjejaskan pengeluaran bunga. Hanya kerja pemangkasan tunas air dijalankan secara rutin sehingga musim berbunga.

4. Mengikis kulit kering, alga, lichen dan Saprofit

Kerja mengikis kulit pokok bertujuan menyingkirkan saprofit seperti pokok duit-duit, alga dan lichen pada batang dan dahan pokok. Ia bertujuan memastikan batang dalam keadaan kering dan memastikan pertumbuhan saprofit tidak mendominasi zon batang serta dahan pokok. 

Dominasi saprofit mampu menutup zon pengeluaran bunga dan juga buah. Kerja mengikis menggunakan alat pengikis atau berus plastik pokok secara manual. 

Teknologi aplikasi Amino Acid Complex seperti A-Taigo secara semburan mampu mengawal pertumbuhan alga pada pokok. Kawalan ini perlu dijalankan seiring dengan kerja pemangkasan bagi memastikan ia tidak mengganggu zon pengeluaran bunga dan juga buah.

5. Pembajaan

i) Pembajaan kompos oragnik perlu dijalankan dengan kadar 12.5 kg-25 kg perpokok (bergantung pada umur pokok) bagi merangsang pertumbuhan akar baru.

ii) Pembajaan vegetatif: Aplikasi pembajaan vegetatif perlu dijalankan bagi memberi tumpuan keperluan sintesis pokok untuk pengeluaran akar baru, pucuk baru, keperluan daun dan juga batang pokok. 


Kerja mengikis kulit kering, alga dan saprofit yang lain menggunakan scarper durian.

 


Aplkasi pembajaan berbentuk CRF dapat mengawal pokok daripada kelecuhan akar dan menjimatkan tempoh masa aplikasi. Contoh adalah seperti  aplikasi CRF Supergreen 12:12:12 sebanyak 500 - 1000 gram perpokok ditabur untuk tempoh 4-6 bulan sekali. 

Pembajaan untuk merangsang bunga dan buah boleh dilakukan ketika daun telah matang dan keserasian cuaca yang sesuai dalam lingkungan bulan Disember - Februari.

6. Kawalan Penyakit dan Perosak

Fasa vegetatif adalah fasa penentu untuk  penghasilan bunga untuk musim mendatang. Pucuk baru dan daun muda perlu dijaga bagi memastikan proses sintesis pada pokok serta  jaminan makanan dapat dibekalkan secara maksimum pada pokok.


Daun yang hijau tetapi telah rosak akibat serangan Red Spider Mite.

 


Aplikasi semburan racun serangga jenis Miticide seperti spirodiclofen 22.2% (Envidor) disyorkan untuk kawalan serangan ini.

 


Konsep semburan penyakit dan perosak adalah berkonsepkan pencegahan dan juga kawalan. Rutin penyemburan racun serangga dan perosak dengan kadar 10-14 hari sekali perlu dijalankan dan pemantauan perosak perlu dijalankan secara rutin. 

Diharap, kupasan artikel pada kali ini boleh dijadikan rujukan bersama bagi memastikan konsistensi pengeluaran hasil dan kualiti dapat dijalankan. 

Rujukan: 

1. 2025, Durian Academy, En.Lim Chin Khee 

2. Plot durian Jabatan Pertanian, Unit Pembangunan Industri Tanaman Raub 

3. Pengurusan penyakit dan perosak,Advansia 

4. Pengurusan Phythopthora, Fetto480 

5. Kawalan dan pencegahan hamama, Brightonmax.

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag