November 07 2024

Perkhidmatan Bot Untuk Pancing

Perkhidmatan Bot Untuk Pancing - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Bushral Karim Md Yusob

Industri bot untuk memancing telah pun menjadi sebahagian ekonomi penting di   Pulau Pangkor. Sejak sekian lama, industri ini telah menjadi sebahagian daripada   tarikan penting untuk sektor pelancongan sekali gus dapat menarik pelancong dari   dalam dan luar negara. 

Sektor ini tertumpu kepada golongan terutamanya yang mencari keunikan pengalaman, menghayati kembara berkaitan alam dan menikmati kedamaian laut. Aktiviti memancing di sekitar daerah Seri Manjung ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada ekonomi rakyat setempat melalui sektor pelancongan maritim. 

Sektor ini telah mewujudkan satu pasaran niche yang boleh memacu kemampanan dan kesedaran alam sekitar, dan menjana pendapatan sampingan kepada pemain industri marin di kawasan berhampiran. 


Memancing sekitar Pulau Sembilan tidak pernah mengecewakan tarikan jenahak yang buat kaki pancing teringat-ingat.


Daerah Seri Manjung Perak juga tidak asing dalam industri pelancongan maritim ini, malah industri ini berkembang pesat dengan kewujudan pelbagai operator pelancongan bot untuk memancing yang bersaing secara sihat dan produktif. 

Salah seorang usahawan telah melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan bot   memancing moden yang boleh meneroka laut di sekitar Pulau Pangkor, Pulau Jarak, Pulau Sembilan dan kawasan-kawasan berhampiran.


Bot Lahman Torriyan serba lengkap di tengah lautan.

 


Chalet bagi pemancing menunggu masa untuk ke laut.

 


Tuan Hj Suhir pemilik Lahman Torriyan.

 


Beliau   adalah Haji Mohamad Suhir bin Ihsan yang telah 30 tahun menetap di daerah Seri Manjung. Beliau   mempunyai pengalaman meluas di dalam sektor pertanian dan perikanan. Justeru itu, beliau   menambil inisiatif untuk memperkenalkan bot moden khusus kepada pemancing-pemancing   tempatan dan pelancong yang berminat untuk   aktiviti memancing dan bersiar-siar di kawasan laut berhampiran. 

Pada Oktober 2023, beliau telah memperkenalkan sebuah bot “LAMAN TORIYYAN” yang boleh memuatkan 8 hingga 10 orang dalam satu masa. Bot yang berukuran 36 x 12 kaki tersebut telah dilengkapi dengan 2 enjin 250 kuasa kuda setiap satu yang membawa sejumlah 500HP dalam suatu masa. Bot tersebut boleh disewa minima 12 jam hingga ke beberapa hari. Bot tersebut juga   dilengkapi dengan kabin berhawa dingin, tempat memasak, bilik air dan tandas lengkap dengan   pancuran mandi, sesuai untuk aktiviti di laut untuk beberapa hari perjalanan.

Selain daripada memancing, penyewa juga boleh bersiar untuk melihat matahari terbenam, beriadah di Pulau Sembilan atau pulau-pulau lain yang   berhampiran. Kemudahan peralatan untuk   memancing boleh disediakan atas permintaan   termasuk juga keperluan umpan. Bot ini dilengkapi dengan jaket keselamatan dan memenuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan. 

Selain daripada keperluan bot, penyewa juga boleh menyewa chalet khusus berhawa dingin untuk penempatan sebelum ke laut. Chalet yang boleh memuat 10 orang dan ada kemudahan parkir kereta untuk 4 buah dalam satu masa.


Lahman Torriyan di tambatan.

 


Kalau hendak merasa tarikan ikan besar, di sinilah tempatnya.

 



Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag