March 06 2023

PLS Plantations Eksport Produk Durian Malaysia

PLS Plantations Eksport Produk Durian Malaysia - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Sejak PLS Plantation mengambil alih Dulai Fruit Enterprise , syarikat tersebut telah mengeksport 2,000 hingga 3,000 tan produk durian ke China pada setiap musim durian, termasuk pulpa durian, pes durian, durian sejuk beku dalam bentuk biji dan pelbagai produk hiliran.

 Dari segi pembekalan durian,  syarikat akan bertumpu kepada pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji semasa musim durian dan setelah musim durian berakhir,meraka akan membekalkan produk hiliran seperti aiskrim, mochi, kuih bulan, coklat dan durian kering, serta pes dan pulpa durian. 


Dulai Fruit Enterprise merupakan salah sebuah syarikat Malaysia yang mendapat pensijilan mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk biji, rantaian pemprosesan duriannya yang matang telah menarik perhatian PLS Plantations.

Eric Chan berpengalaman bertahun-tahun dalam pengeksportan durian dan mengetahui semua jenis durian secara mendalam.

 

 Kawalan kualiti yang ketat

Sebenarnya, syarikat penanaman sawit besar seperti PLS Plantations memberi perhatian kepada industri durian adalah disebabkan kebanyakan durian di Malaysia ditanam secara kecil-kecilan, dan apabila permintaan meledak di luar negara seperti China, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, ia sememangnya menarik perhatian PLS Plantations.

Sehubungan itu, PLS Plantations yakin melalui pengambilalihan Dulai Fruit Enterprise, ia dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi syarikat dan raja buah kegemaran ramai ini dijangka dapat memacu hasil dan keuntungan jangka panjang utama syarikat.

Ketua pegawai eksekutif Dulai Fruit Enterprise, Eric Chan berkata, PLS Plantations mengambil alih syarikatnya disebabkan syarikatnya mengawal ketat kualiti durian dan hanya membekalkan durian yang matang dan jatuh langsung dari pohon. Tambahan pula kilang pemprosesan Dulai Fruit Enterprise dilengkapi dengan baik dan dapat mengekalkan rasa segar durian melalui proses pembekuan cepat, ini dapat menjamin pengguna asing boleh menikmati rasa durian Malaysia yang paling asli.


Rasa durian matang yang jatuh langsung dari pohon dapat dikekalkan melalui proses pembekuan cepat.

 

Memperluaskan pernanaman durian melebihi 1,000 ekar

 Dulai Fruit Enterprise mempunyai kira-kira 200 ekar ladang durian dan tanamannya cukup menampung keperluan pasaran durian global secara mampan sepanjang tahun. Bagi memenuhi lebih banyak permintaan pasaran, dengan kerjasama PLS Plantations, keluasan ladang duriannya diperluaskan lagi kepada 2,000 ekar dan dalam perancangan memperluaskan sehingga 3,000 ekar pada masa akan datang.

Pada masa ini, kebanyakan durian yang dihasilkan oleh ladang durian Eric Chan adalah jenis Musang King dan Blackthorn, yang selebihnya ialah jenis Udang Merah, 101 dan sebagainya.

Eric Chan berkata, apabila pengeluaran meningkat, mereka perlu mempertimbang sama ada pasaran mampu menyerap produktiviti lebihan. Sehubungan itu, Eric Chan juga giat membangunkan industri hiliran durian.

Ladang durian syarikat  sudah mencecah 2,000 ekar  dan dengan pengurusan yang baik, ladang tersebut sudah berbuah banyak.

 

Mengikut data, Dulai Fruit Enterprise mengeksport 2,000 hingga 3,000 tan produk durian ke China pada setiap musim durian, ini termasuk pulpa durian, pes durian, durian sejuk beku dalam bentuk biji dan pelbagai produk hiliran.

 Dari segi pembekalan durian, Eric Chan mempunyai strategi tersendiri. Pertama, semasa musim durian, mereka akan bertumpu kepada pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji. Setelah  musim durian berakhir, mereka membekalkan banyak produk hiliran ke pasaran seperti aiskrim, mochi, kuih bulan, coklat dan durian kering, serta pes dan pulpa durian.

Bagi memastikan durian memenuhi piawaian, pemasangan jaring  adalah langkah perlindungan yang paling penting untuk mengelak buah jatuh ke tanah.

 

Mengetahui Trend Durian di China

 Eric Chan berpengalaman bertahun-tahun dalam pengeksportan durian, beliau menegaskan bahawa di China, setiap produk durian mempunyai pasaran tersendiri dan tidak boleh digeneralisasikan. Sebagai contoh, pulpa dan pes biasanya dibekalkan ke rangkaian kedai dan pasar raya besar di China, manakala durian sejuk beku dalam bentuk biji dijual melalui pasaran segar.

Eric Chan berkata, ketika durian Malaysia mula memasuki pasaran China, ia dieksport dalam bentuk pes. Setelah mendapat kebenaran mengeksport durian segar ke China, pengeluar utama Malaysia boleh mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk biji ke China dan membuka pasaran durian segar Malaysia di sana.

Ini jelas menunjukan jika tiada pengalaman berniaga di pasaran China, kebanyakan orang tidak akan tahu trend durian tempatan.

 Proses Eksport yang Ketat

Sejak China membenarkan pengeksportan durian segar, ramai  pengusaha tempatan beranggapan bahawa ia akan memacu perkembangan durian domestik dengan pantas.

Sebenarnya proses pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji ke China sangat ketat, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan untuk menyekat penularan wabak COVID-19, pihak China masih meminta pekilang Malaysia menyediakan data kesihatan yang mencukupi sebelum disahkan untuk pelepasan kastam. Ia adalah ambang yang sangat tinggi bagi pengusaha kecil.

Eric Chan berkata, sepanjang tempoh PKP, walaupun pemeriksa China tidak dapat mengunjugi kilang untuk mengesahkan kualiti durian, tetapi kilang tersebut masih perlu berkomunikasi dengan mereka melalui video untuk mendapatkan kelulusan mengeksportkan durian ke China.

CCIC (China Certification & Inspection (Group) Co., Ltd, China Inspection and Certification Co., Ltd.) bertanggungjawab ke atas proses pengujian yang berkaitan.

Semasa memeriksa dan mengesahkan kualiti durian yang akan dieksport  menepati  piawaian, ia juga perlu disanitasi sebelum mendapat kelulusan. 

Selain itu, Eric Chan sudah mendapat pensijilan MyGap daripada Kementerian Pertanian dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan FAMA.

Dulai Fruit Enterprise berhasrat selain memberi tumpuan kepada pasaran China pada masa akan datang, dan juga menembusi pasaran Timur Tengah, Jepun dan Korea Selatan dengan membekalkan produk durian berkualiti tinggi kepada pengguna di sana. 

Walau apa pun, Dulai Fruit Enterprise bukan sahaja akan memberi tumpuan kepada China pada masa hadapan, tetapi juga berkembang ke pasaran Timur Tengah, Jepun dan Korea Selatan, menyediakan pengguna tempatan dengan produk durian berkualiti tinggi.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag