June 21 2024
Ikan tilapia, sebagai satu spesies penternakan penting, mungkin menunjukkan perbezaan dalam keperluan proteinnya di persekitaran saliniti yang berbeza.
Secara umumnya, ikan tilapia adalah spesies yang sangat fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai kepekatan garam. Penternak perlu memahami keperluan proteinnya dalam pelbagai kepakatan garam untuk mengoptimumkan pengurusan penternakan dan meningkatkan hasil pengeluaran.
Perlu Lebih Protein Dalam Air Lebih Masin
Ikan omnivor seperti ikan tilapia memerlukan jumlah protein yang besar semasa pertumbuhan dan perkembangannya, kerana protein tidak hanya digunakan untuk pembaikan tisu dan pertumbuhan, tetapi juga terlibat dalam banyak proses metobolik fisiologi ikan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa ikan tilapia mempunyai keperluan protein yang lebih tinggi dalam air berkepekatan garam yang rendah. Ini berkait rapat dengan struktur ekosistem dan taburan nutrien dalam air di kawasan berkepekatan garam yang rendah. Biasanya, dalam air berkepekatan garam yang rendah, ikan tilapia memerlukan lebih banyak protein untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan metabilisma.
Sebaliknya, dalam persekitaran air yang berkadar garam tinggi, keperluan protein oleh ikan tilapia adalah relatif rendah. Ini disebablan oleh struktur ekosistem dalam air berkadar garam tinggi yang meningkatkan kecekapan penggunaan protein oleh ikan tilapia, dengan demikian mengurangkan keperluan ikan terhadap protein.
Perubahan keperluan protein oleh ikan tilapia dalam pelbagai persekitaran saliniti berkait rapat dengan mekanisme adaptasinya. Kajian menunjukkan bahawa ikan tilapia dapat menyesuaikan perilaku, dan aktiviti enzim seta mekanisme fisiologi lain untuk menyesuaikan perubahan keperluan protein dalam persekitaran saliniti yang berbeza.
Kandungan Protein
Di dalam persekitaran air berkurang garam, kandungan protein dalam tisu ikan tilapia adalah lebih tinggi, biasanya melebihi 20%, bergantung kepada spesies. Oleh itu, dalam persekitaran saliniti yang rendah, ikan tilapia menunjukkan kadar pemakanan yang lebih tinggi dan kadar pertumbuhan yang lebih cepat, yang berkait rapat dengan keperluan lebih banyak protein untuk menyokong pertumbuhan.
Bagi perairan yang berkadar garam tinggi, kandungan protein di dalam badan ikan tilapia adalah lebih rendah, dan walaupun kadar pemakanan dan kadar pertumbuhan lebih rendah berbanding dengan ikan dalam persekitaran air rendah garam, namun kecekapan penggunaan protein adalah lebih tinggi, masih memadai untuk memenuhi keperluan pertumbuhan ikan.
Selain itu, dalam persekitaran air rendah garam, aktiviti enzim degradasi protein tertentu dalam tubuh ikan tilapia adalah lebih tinggi, yang disebabkan oleh adaptasi badan ikan untuk pengambilan protein yang lebih tinggi. Manakala dalam persekitaran air garam tinggi, terdapat peningkatan dalam aktiviti pengangkutan asid amino dan enzim sintesis protein dalam tubuh ikan, yang meningkatkan kecekapan penggunaan protein.
Elakkan Perubahan Pendadak Dalam Kepekatan Garam
Perubahan kepekatan garam dalam air ternakan berkait rapat dengan pertumbuhan ikan tilapia. Secara umumnya, peningkatan kepekatan garam akan memberi kesan besar terhadap aktiviti enzim tilapia, tahap pengeluaran hormon, dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pertumbuhan stabil ikan, dan ini boleh mempengaruhi fungsi metabolisma normal ikan dan keupayaan imun antioksidan mereka.
Selain itu, penternak juga digalakkan untuk tidak menukar antara sistem penternakan air tawar dan air masin dengan sesuka hati. Pada dasarnya, apabila ikan dipindahkan dari air masin ke air tawar, penurunan kepekatan garam akan menyebabkan peningkatan kadar minuman dan penurunan kepekatan urin, menyebabkan keadaan dalam badan ikan menjadi sangat tidak stabil.
Sebenarnya, kadar kematian ikan tilapia juga berkait rapat dengan perubahan saliniti. Kajian menunjukkan bahawa kadar saliniti melebihi 20%, prestasi pertumbuhan ikan sangat terhambat, yang menyebabkan kadar kematian ikan melebihi penternakan air tawar, terutamanya dalam kes perubahan saliniti secara mendadak. Ini boleh menyebabkan tindak balas stres pada ikan, menyebabkan ketidakstabilan dalam persekitaran dalaman, peningkatan penggunaan tenaga dan penggunaan oksigen yang lebih tinggi. Sistem imun juga turut terjejas dengan penurunan ketara, yang meningkatkan risiko penyakit berjangkit.
Ini menunjukkan bahawa persekitaran dengan saliniti yang berbeza memberikan kesan yang berbeza kepada ikan tilapia, yang perlu diperhatikan oleh penternak. Mereka tidak boleh mengabaikan persekitaran penternakan sendiri dan mengamalkan pengurusan yang sama tanpa memikirkan saliniti. Jika tidak, ini hanya akan menyebabkan pertumbuhan ikan yang terjejas dan akhirnya mempengaruhi hasil ekonomi mereka sendiri.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.