July 08 2023
Kalau dahulu, musim kemarau dan musim hujan memang dapat dijangkan pada waktu-waktu yang tetap.
Tetapi kini musim-musim ini tidak lagi terjangka. Albert, seorang petani betik di Sagil, Johor tidak dapat menjalankan tugas-tugas penanaman kebun dengan lancar.
Apabila memasuki musim kering, Albert mesti memesan pekerja mengguna racun perosak untuk mencegah dan mengawal perosak dan penyakit. Malah, sebahagian racun perosak yang disemburkan pada hari hujan akan dihanyut dan keberkesanannya turut dipengaruhi dan akhirnya menyebabkan wabak penyakit dan serangga perosak tidak dapat dikawalkan dengan baiknya.
Albert, seorang petani betik di Sagil, Johor, mengeluh bahawa beliau mengalami hujan berterusan baru-baru ini, menyebabkan betik menghadapi masalah perosak dan penyakit yang serius.
Hujan Beberapa Bulan
Kebun betik Albert meliputi kawasan seluas kira-kira 2 ekar. Buah betik yang ditanam ialah betik sekaki, dan pokok-pokoknya berumur kira-kira satu tahun.
Di bawah pengurusannya, tanaman betik telah berhasil sepanjang masa, tetapi terdapat gangguan sekali-sekala selama kira-kira dua minggu dan hasilnya masih kira memuaskan.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, cuaca buruk dengan hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini menyebabkan buah betik diserang oleh penyakit dan serangga perosak dengan serius mengakibatkan hasil dan kualiti merosot. Beliau terpaksa memusnahkan sebilangan penanamannya untuk mengelakkan sebaran penyakit secara meluas.
Menurut Albert, hari hujan berterusan selama 3 bulan, bermula dari akhir bulan September ke akhir bulan Disember 2022. Jarang sekali hujan berhenti, jika ada, hari cerah hanya akan bertahan selama beberapa hari, yang paling lama hanya dua minggu.
Sementara itu, Albert berpendapat bahawa Tahun Baru Cina akan menyambut musim kering yang stabil, tetapi hujan berturut-turut selama beberapa hari pada ketika itu.
Katanya, dahulu musim kemarau dan musim hujan memang ketara, tetapi kini kini tidak lagi menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugas-tugas kebun dengan lancar.
Oleh itu, selagi cuaca adalah kering, Albert mesti memesan pekerjanya menyembur racun perosak untuk mencegah dan mengawal perosak dan penyakit.
Malah, walaupun racun perosak boleh disembur pada hari hujan, tetapi jika hujan lebat, sebahagian racun perosak akan dicuci.
Walaupun dengan pelekat, keberkesanan racun perosak itu masih tidak baik sehingga menyebabkan wabak penyakit dan serangga perosak dengan cepat.
Sukar Sembur Pada Hari Hujan
Biasanya, Albert menyembur racun perosak sekali seminggu, tetapi kini hari hujan yang berterusan menyebabkan beliau menangguhkan semburan sehingga 10 hari, atau lebih lama lagi.
Apa yang paling mengganggu Albert ialah hujan yang tidak dapat dijangkakan. Beliau berkata, biasanya apabila kemuculan hujan pada waktu petang secara berturut-turut selama dua hari, beliau menjangka sempat menyembur racun serangga pada pagi keesokan. Akan tetapi, kini kadang-kala hujan turut terjadi berturut-turut pada pagi keesokkannya dan ini menyebabkan beliau menggaru kepala dan kehilangan idea penyelesaian.
Secara amnya, racun perosak boleh diserap oleh tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dalam masa satu jam selepas semburan. Bagi Albert, biasanya beliau mengambil dua jam untuk menyelesaikan kerja penyemburan di kebun seluas 2 ekar ini. Andaikan beliau bermula kerjanya dari pukul 8 pagi, kerja semburan ini biasanya akan bertamat pada 10.00 pagi nanti. Malah, hujan sering berlaku pada waktu ketika itu dan ini menyebabkan kebersanan racun ke atas tanaman yang disembur terdahulu terganggu pada pukul 8.00 akan mendapat kesannya, tetapi tidak pada pukul 9:00, dan perosak dan penyakit akan berlaku.
Albert juga terpaksa meneruskan kerja penyemburan racun serangga pada hari hujan yang berselang-seli dengan harapan di mana hujan yang kurang lebat tidak akan mengalirkan racun serangga yang sekian ada.
Reput Hitam MembBunuh Tumbuhan
Perosak dan penyakit yang dihadapi oleh Albert termasuk reput hitam, antraknosa dan thrips.
Daun betik yang menjangkiti reput hitam akan berbintik-bintik sehingga mati perlahan-lahan. Selain itu, tangkai daun pokok akan layu, daunnya berwarna kuning. Sebelum daun gugur, bahagian dalam tumbuhan akan menjadi hitam dan mati.
Tidak kira pokok matang, pokok muda atau anak pokok boleh dijangkiti, malah tumbuhan berbuah juga akan menghadap nasib yang sama.
Penyakit ini merebak dengan cepat dan sukar untuk dirawat. Oleh itu, sebaik sahaja Albert menjumpai tumbuhan yang dijangkiti penyakit itu, beliau akan mencabutnya serta-merta, dan lubang yang berpenyakit terpaksa disterilkan.
Pada masa yang sama, Albert akan menunggu dan tidak akan menanam semula dengan segera supaya mengelakkan wabak penyakit itu lagi.
Penyakit itu sangat merbahaya sehingga Albert terpaksa menghapuskan satu-demi-satu pokok sejumlah lebih daripada 60 pohon yang berpenyakit, sehingga kawasan itu terbiar dengan dengan rumput-rumpai.
Buang Buah yang Berantraknosa
Penyakit Antraknosa yang dihadapi oleh Albert telah merendahkan kualiti buah.
Bagi buah-buahan yang dijangkiti penyakit ini, bintik-bintik bulat akan muncul pada kulit sebelum ia matang dan menjadi kuning; bahagian yang berpenyakit akan bertenggelam. Buah-buahan yang berpenyakit secara amnya perlu dipetik dan disingkirkan untuk mengurangkan peluang menjangkiti buah-buahan sihat yang lain.
Kelembapan dan suhu tinggi adalah sebab utama kemunculan penyakit Antraknosa.. Iklim yang panas beserta dengan hujan terputus-putus mendorong wabak antraks mudah tercetus.
Albert gigih membuang buah-buahan yang berpenyakit. Beserta dengan pengurusan yang baik, tumbuhan yang berpenyakit itu dapat diselamatkan tanpa perlu menghapuskan keseluruhannya.
Jika cuaca masih buruk, penyakit ini masih boleh tersembunyi dan ia hanya boleh dikawal secara minima dengan menggunakan racun perosak.
Albert berkata bahawa buah-buahan berpenyakit mesti dialih keluar dari kebun dan tidak boleh diketinggalan di dalam kompaun kebun.
Pada hari bertemu bual itu, Albert telah membuang banyak betik berpenyakit sehingga lori angkat telah diisi penuh. Jumlahnya amat menakjubkan.
Thrips Kurangkan Hasil
Bagi perosak Thrips, hampir semua petani betik mengetahui kebahayaannya.
Pada asasnya, Thrips menyebabkan tumbuhan berbunga buruk dan maka gagal berbuah. Jika ianya berbuah, hasilnya menjadi kurang. Dalam sesetengah kes yang teruk ianya boleh langsung tidah berbuah.
Thrips juga akan merosakan buah betik. Kulit buah yang terjejas adalah kasar dan tidak rata, nilai komoditinya amat rendah dan ia terpaksa menurunkan gred kepada gred B.
Pada masa yang lalu, Thrips membiak dalam jumlah besar sewaktu musim kering. Dengan fenomena cuaca yang tidak stabil baru-baru ini, kelajuan pembiakan Thrips nampaknya adalah lebih cepat. Buat masa ini Albert tidak ada idea Tindakan pencegahan lagi dan hanya boleh menggunakan racun perosak untuk mengawal sebanyak yang mungkin.
Albert berkata bahawa penyakit dan serangga perosak betik ini mesti dirawat dengan racun perosak. Dengan cuaca yang buruk dan sukar dijangkakan ini, kawalan secara ekologi tidak lagi efektif ke atas seranggan perosak betik.
Rumpai yang Serius
Selain daripada perosak dan penyakit yang disebabkan oleh cuaca buruk, terdapat juga masalah rumpai.
Albert berkata bahawa adalah sukar untuk menyembur racun herba pada hari hujan, tambahan pulan selepas semburan rumpai akan bertumbuh semula dengan lagi cepat.
Terlalu banyak rumpai menjadi tempat pembiakan perosak dan seterusnya menyebabkan serangan perosak yang serius.
Dasarnya petani betik membuat sungkupan untuk mengelakkan rumpai semasa menyediakan rabung.
Filem sungkupan mempunyai pelbagai kelebihan, termasuk menjimatkan kos racun herba, tetapi Albert percaya bahawa penanaman betik bukanlah tanaman jangka masa pendek, dan biasanya akan mengambil selasa 2 hingga 3 tahun. Selalunya filem sungkupan ini akan sering terdedah kepada kepanasan dan air hujan. Kira-kira selepas setahun ia akan mula rosak.
Maka, petani terpaksa mengganti semula dan ini turut meningkatkan kos operasi dan bahan tanaman.
Selain itu, selepas filem plastik ,menutup permukaan tanah, haba pada permukaan itu tidak dapat tersesar dengan lancer. Maka, udara panas akan tertumpu di bawah filem plastik. Susulan dengan hari hujan berterusan, kuman akan membiak secara merebak di dalam filem plastik yang panas itu dan menggalakkan rebakan wabak penyakit tanaman.
Kemudaratkan penggunaan filem plastik pada musim cuaca buruk baru-baru ini adalah jelas mendorong lebih daripada kebaikannya. , Maka, Albert hanya boleh mencegah pertumbuhan rumpai dengan racun rumpai dan bukannya dengan filem plastik.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.