April 23 2025

Amazing MZ5885 Perkasa Industri Jagung Bijian

Amazing MZ5885 Perkasa Industri Jagung Bijian - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Bekalan dedak berkualiti tinggi amat penting dalam industri penternakan ayam bagi memastikan pertumbuhan optimum dan kesihatan ternakan. Namun, kebergantungan tinggi terhadap jagung bijian import   menyebabkan kos meningkat dan risiko bekalan semakin tinggi. 

Malaysia mengimport sekitar 4,000,000 MT jagung bijian setiap tahun, manakala pengeluaran tempatan masih sangat rendah, hanya 140 MT pada 2023. Kenaikan harga global, isu logistik, dan ketidakstabilan bekalan terus memberi tekanan kepada penternak. 

Oleh itu, meningkatkan pengeluaran jagung bijian secara domestik adalah langkah penting untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import dan menstabilkan harga dedak ayam. 

Cabaran dan Peluang dalam Penanaman Jagung Bijian

Salah satu cabaran utama dalam memperkasa   industri ini adalah kesediaan petani untuk menanam jagung bijian. Berbeza dengan jagung manis yang mempunyai pasaran segar yang kukuh, jagung   bijian lebih tertumpu kepada industri ternakan, dan ramai petani kecil masih kurang menerima   maklumat yang lengkap mengenai potensinya. 

Jika petani kecil diberikan akses kepada informasi yang tepat, termasuk teknik penanaman yang   betul, pemilihan varieti yang sesuai, kos operasi, serta keuntungan yang boleh diperoleh sudah pasti minat terhadap tanaman ini akan meningkat.   

Sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 30% tahap sara diri (SSL) bagi jagung bijian menjelang 2032, penyelesaian terbaik adalah memperkenalkan varieti yang mampu memberi hasil tinggi, daya   tahan baik, dan kos operasi yang lebih rendah. Negara jiran seperti Thailand dan Vietnam telah   berjaya menjadikan industri jagung bijian sebagai sektor berpotensi tinggi dengan menyokong petani melalui infrastruktur dan mekanisasi yang lebih baik. 


Amazing MZ5885 mempunyai kernel yang lebih berat dan tinggi kandungan protein sekitar 9% berbanding bijian import.

 


Malaysia boleh memberi tumpuan dan menilai daripada kejayaan ini dengan membangunkan   infrastruktur Malaysia juga boleh mengambil pendekatan serupa dalam memperkukuh serta menyokong penanaman jagung bijian secara besar-besaran. Sebagai langkah ke arah meningkatkan pengeluaran jagung bijian tempatan, Amazing MZ5885 daripada syarikat Crop Power telah terbukti sebagai varieti yang berdaya saing. 

Ujian lapangan di Perak, Johor, dan Kelantan menunjukkan bahawa varieti ini   mampu memberikan hasil tinggi dengan kepadatan tanaman sekitar 55,000 - 60,000 pokok per hektar serta jarak tanaman 20 cm x 75 cm. Keberkesanan varieti ini turut dibuktikan melalui pengalaman   seorang petani di Kelantan yang melaporkan   peningkatan hasil sebanyak 25% berbanding varieti sebelumnya, dengan penggunaan baja serta racun serangga dan penyakit yang lebih rendah. 


Proses penilaian net shelling bagi Amazing MZ5885 yang mencecah sehingga 85% daripada pegawai Jabatan Pertanian.

 


Amazing MZ5885 juga menawarkan beberapa kelebihan utama yang menjadikannya pilihan ideal bagi petani yang ingin beralih kepada penanaman jagung bijian: 

1)   Produktiviti Tinggi dan Kematangan Pantas

- Amazing MZ5885 mampu menghasilkan 8,000kg 

- 10,000kg bijian bersih per hektar dengan kadar net shelling sehingga 85%. Tempoh tuaian sekitar   110 hari, membolehkan pusingan tanaman yang lebih efisien bagi petani.

2)   Daya Tahan Penyakit dan Persekitaran

- Varieti ini sangat tahan terhadap penyakit seperti Northern Leaf Blight (NLB), Southern Leaf Blight (SLB), dan Common Rust. Struktur batang yang kukuh dengan ketinggian tanaman sekitar   210 cm menjadikannya lebih tahan terhadap rebahan (Anti-Lodge), sekali gus meningkatkan kejayaan   tanaman. 

3)   Komposisi Nutrisi dan Saiz yang Cemerlang

- Gabungan flint dan dent corn menghasilkan jagung dengan kandungan karbohidrat tinggi serta purata protein sekitar 9% selepas diproses, menjadikannya sesuai untuk dedak ayam berbeza dengan jagung   bijian import yang telah melalui pelbagai proses sebelum sampai ke Malaysia dan kadar proteinnya hanya sekitar 6-7%. Saiz tongkol yang konsisten dengan berat purata sekitar 450-500g serta   perlindungan daun jagung yang lebih baik terhadap kulat. 

Potensi Kawasan Penanaman Jagung Bijian

Negeri seperti Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak merupakan kawasan yang strategik dan berpotensi tinggi untuk mengembangkan industri ini kerana keluasannya. Para petani yang memiliki tanah melebihi 10 ekar disarankan untuk mengambil peluang ini lebih-lebih lagi petani yang memiliki kawasan tanaman padi yang kurang menjalankan operasi atau hanya mampu menghasilkan pengeluaran satu musim setahun adalah peluang besar untuk menambah pendapatan. Ini adalah kerana jagung bijian memerlukan 30% kadar penggunaan air berbanding padi, ia juga akan membantu memperbaiki struktur tanah dan nutrient tanah untuk membolehkan petani menghasilkan padi yang lebih baik untuk musim akan datang. 

Masa Depan Pengeluaran Jagung Bijian

Dengan permintaan yang semakin meningkat dalam industri penternakan, penanaman jagung bijian secara besar-besaran menggunakan varieti yang tepat dapat menjadi solusi jangka panjang bagi industri ternakan negara. Selain kurangkan kebergantungan terhadap import, ia juga membuka peluang baharu dalam sektor agribisnes serta meningkatkan daya saing petani tempatan di pasaran. 


Struktur pokok yang kukuh menjadikannya lebih tahan terhadap rebahan (Anti-Lodge).

 


Industri jagung bijian tidak sama dengan industri tanaman seperti getah, kelapa sawit dan sebagainya yang memerlukan pekerja luar dan berkemahiran untuk melakukan proses tuaian. Jagung bijian boleh dioperasi sepenuhnya menggunakan mekanisasi daripada seawal proses penanaman sehingga tuaian. Ini adalah salah satu kebaikan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sama ada Malaysia boleh mengadaptasi model yang sama seperti   negara Eropah. 

Bagi mencapai matlamat ini, sokongan daripada   kerajaan dan pemain industri seperti penyedia benih, penyelidik pertanian, dan penternak perlu   digerakkan secara bersama. Dengan strategi yang betul, Malaysia berpotensi menjadi pengeluar   jagung bijian berkualiti tinggi bukan sahaja untuk keperluan domestik, malah untuk pasaran eksport pada masa hadapan. Sekiranya Malaysia berjaya memperluas sektor ini, negara akan memperolehi hasil pengeluaran jagung bijian yang lebih segar dan tinggi kadar protein yang bagus untuk haiwan   ternakan. 

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag