March 04 2023

Urus Ladang Buah Seluas 210 Ekar

Urus Ladang Buah Seluas 210 Ekar - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Wong Cheng Shu yang mempunyai pengalaman bertani selama 30 tahun berkata, di bawah pengurusan dan penjagaan beliau serta pasukan, buah-buahan di ladangnya bukan sahaja mencapai hasil tuaian yang berkualiti, tetapi bilangan juga banyak.

Ladang seluas 210 ekar pada masa ini menghasilkan paling banyak jambu Lohan dan jambu Kristal. Pengeluaran harian kedua-dua jenis jambu batu ini, buah gred A menyumbang lebih daripada 90%, dan 70% daripadanya dieksport ke pasaran Singapura, dan bakinya dijual di pasaran domestik. Dengan ini, sering berlakunya kekurangan buah di pasaran domestik.


Wong Cheng Shu, seorang wanita veteran dalam pengeluaran dan penjualan sayur-sayuran dan buah-buahan domestik, kini bekerja sebagai pengurus dusun di bawah syarikat multinasional Mafrica Group. 

Beliau bukan sahaja mengurus pengeluaran harian pelbagai buah-buahan di ladang, memastikan penuaian yang berkualiti, tetapi juga memimpin ladang untuk berkembang secara beransur-ansur, dan bersedia untuk menambahkan unsur-unsur pelancongan supaya meningkatkan keuntungan ladang.


Jambu batu Wong Cheng Shu bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi harga borong juga tinggi, dan ia agak tahan lama.

 

 


Berusaha Teguh

Wong Cheng Shu mempunyai pengalaman bertani selama 30 tahun. Ladang yang diurusnya terletak di Kulai, Johor. Ia meliputi kawasan seluas 210 ekar dan menanam jambu Lohan dan jambu Kristal pada peringkat ini, Pengeluaran harian buah gred A kedua-dua jenis jambu batu ini menyumbang lebih daripada 90%, dan 70% daripadanya dieksport ke pasaran Singapura, dan bakinya dijual di pasaran domestik. Dengan ini, sering berlakunya kekurangan buah di pasaran domestik.

Di bawah pengawasan dan bimbingan Wong Cheng Shu, di antara 7,000 pokok jambu batu yang ditanam di ladang, pokok yang mula dituai biasanya terdapat tiga hingga lima kali setahun, di mana jambu Luohan tiga tuaian, dan jambu kristal 5 tuaian. Kadang-kadang hasil tuaian dalam satu hari malah boleh mencecah sehingga 5 tan.

Pencapaian yang paling membuatkan Wong Cheng Shu berpuas hati ialah di bawah pengurusan dan penjagaannya, jambu yang dituai bukan sahaja berkualiti, tetapi juga mempunyai rasa yang enak dan isi yang manis. Ini nyatalah Wong Cheng Shu telah mencurahkan banyak usaha dalam pengurusan dan penjagaan.

Wong Cheng Shu berkata, pengurusan pokok buah-buahan sememangnya memerlukan perhatian yang teliti. Dari segi pembajaan, beliau menggunakan lebih sedikit baja kompaun dan lebih banyak baja unit. Secara umumnya, beliau juga menyediakan baja organik dan enzim untuk pemakanan tumbuhan.

Malah, beliau juga menggali lubang di tempat yang sesuai sebagai titik pembajaan, dan membaja tanpa mengisi tanah kembali supaya lubang itu boleh terus menjadi titik pembajaan yang berkesan.


Wong Cheng Shu berkata, pokok jambu batu di ladang selalunya tuaian tiga hingga lima kali setahun, dan kadangkala mencecah sehingga 5 tan sehari.

 

 


Tuaian Berkualiti Tinggi

Wong Cheng Shu berkata bahawa di bawah pengurusan dan penjagaan beliau dan pasukan, buah-buahan yang ditanam di ladang telah mencapai hasil tuaian yang berkualiti dan juga bilangan yang terbanyak. Buah-buahan ini termasuk durian, nangka, jambu, ciku dan juga kelapa. Antaranya, kebanyakkan durian ialah pokok tua, varieti yang sangat popular dengan kualiti pulpa yang baik.

Wong Cheng Shu juga bercadang untuk menanam lebih banyak pokok durian dan buah-buahan lain, seperti avokado, betik dan buah naga.

Setakat ini jambu batu merupakan buah yang paling banyak dituai di ladang itu. Bagi memastikan hasil tinggi, petani perlu mengurus dan menjaganya dengan teliti, pokok jambu batu hendaklah dicantas untuk membuang dahan. Selain itu, mencantas daun akan merangsang tumbuhan untuk mekar dan berbuah. 

Bagi penyingkiran sepal, mesti sedikit dan jangan terlalu banyak, ini adalah untuk mengelakkan pusar buah yang terlalu besar dan mengakibatkan buah tidak sedap dipandang dan penampilan yang buruk.


Ramai pekerja sedang mengemas jambu batu yang baru dituai.

 


Berkualiti Tinggi Tidak Takut Dibanding

Selain kualiti buah yang tinggi, jambu batu yang diuruskan oleh Wong Cheng Shu juga mempunyai harga borong yang lebih tinggi berbanding dengan jambu batu yang diimport dari Thailand, dan ia agak tahan lama.

Beliau berkata, apabila jambu batu dan buah-buahan lain di negara kita kekurangan bekalan, orang tengah akan mengimport dari Thailand. Namun, secara umumnya jambu batu negara kita bukan sahaja lebih berkualiti daripada produk Thailand, tetapi nilai harga juga tinggi, jadi tidak takut dibanding.

Wong Cheng Shu mula menanam asparagus semasa mula menceburi bidang pertanian. Sebelum menjadi pengurus dusun di bawah Kumpulan Mafrica, beliau juga melabur dalam penanaman asparagus di Melaka. 

Sekarang dengan pencapaian yang lebih tinggi, ia akan mendorong perkembangannya dalam industri buah-buahan. Prestasi beliau dalam bidang tersebut tentunya turut menggalakkan sumbangan beliau kepada pengeluaran buah-buahan negara. 


Wong Cheng Shu (pertama dari kiri) berkata, kualiti jambu batu negara kita bukan sahaja lebih baik daripada Thai, tetapi nilai harga juga lebih tinggi.

 


Meninjau Perkembangan di Bidang Pemprosesan

Pada masa ini, selain 210 ekar ladang, Wong Cheng Shu juga mengurus 40 ekar kebun kelapa sawit di kawasan sekitar, dan beliau masih memerlukan banyak pekerja asing untuk operasi. Memandangkan dengan ini, beliau komited untuk mentransformasikan pembangunan ke arah operasi berjentera. Dengan ini, syarikatnya baru-baru ini membeli mesin pemotong rumput dari Belanda untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga manusia dalam kawalan rumpai.

Bagi perancangan masa depan, Wong Cheng Shu telah merangka syarikatnya akan menuju ke arah pembangunan dalam bidang pemprosesan buah-buahan, seperti pengeluaran buah-buahan kering dan produk lain. Malah, beliau juga akan mengguna buah-buahan yang disingkir untuk membuat baja organik atau enzim supaya menjaga pemakanan pokok buah-buahan, di samping itu memainkan peranan dalam membantu memperbaiki tanah.


  

Pokok nangka yang ditanam di ladang berbuah lebat.

 



Secara keseluruhannya, dengan memikul tugas penting untuk membangunkan ladang mengakibatkan beliau kadang-kadang berasa tertekan, tetapi dengan keberanian dan kebolehannya dapat mengatasi masalah, ini menunjukkan cita-cita yang setanding dengan lelaki.

Selain kebun, perniagaan semasa Kumpulan Mafrica termasuk perhutanan, perdagangan am, ladang kelapa sawit, perkhidmatan pengedar kereta dan alat ganti, pembangunan perisian perniagaan perusahaan, agensi insurans, pembiakan burung walet, pendidikan, media, dan juga perkapalan.


Ladang seluas 210 ekar itu juga menanam pokok durian, dan Wong Cheng Shu bercadang untuk menanam lebih banyak pokok durian.

 


If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag