October 30 2025
Pengarah AgTech Exhibition, Kok Jian Shen (kiri dua) menyampaikan cenderamata kepada Jeffrey Kitingan. Kiri: Pengarah Pertanian Sabah, Jifrin Hj. Mohamad. Kiri empat: Pengerusi Penanam Durian dan Buah Tropika Sabah (MaSDa), Duane Michael Evans.
Pameran Teknologi Pertanian Antarabangsa Ag Tech (Edisi Sabah) telah berlangsung dengan gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 3 dan 4 Oktober, menarik penyertaan ribuan wakil industri. Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
Jeffrey Kitingan (tengah) berinteraksi dengan peserta pameran mengenai trend baharu teknologi pertanian.
Jeffrey Kitingan (kiri tiga), Kok Jian Shen dan lain-lain mengunjungi gerai pameran serta bergambar mesra bersama pengusaha industri.
Duane Michael Evans (kiri) berkongsi perkembangan semasa pusat pengumpulan durian dan industri pemprosesan hiliran.
Pameran ini mempamerkan kepelbagaian teknologi inovatif dengan kehadiran lebih 150 pempamer dari dalam dan luar negara. Pelbagai bidang teknologi pertanian dipamerkan termasuk ladang pintar, jentera pertanian dan penternakan, bioteknologi, sistem pengairan, benih, perlindungan tanaman, akuakultur serta teknologi hortikultur.
Penganjur turut menjemput pakar dan wakil industri untuk berkongsi pengetahuan dengan pengusaha pertanian tempatan. Program ini membantu peserta memahami dan menguasai trend terkini dalam industri penanaman dan penternakan.
Melalui pameran ini, para hadirin berpeluang mengetahui kecekapan operasi pelbagai perlatan dan sistem, disamping memahami penyelesaian aplikasi produk yang berbeza di pasaran.
Wakil Borneocado menyampaikan avokado kepada Jeffrey Kitingan (tengah).
Wakil Jabatan Pertanian Sabah menerangkan kepentingan pensijilan myGAP dan myOrganic.
Sebagai buah yang diberi tumpuan utama Sabah tahun ini, avokado serta produk berkaitan turut dijual di beberapa gerai.
Pengalaman praktikal ini menyumbang ke arah memacu transformasi pertanian tempatan ke arah kecekapan tinggi dan pengoperasian pintar.
Acara ini juga berjaya mengukuhkan interaksi dan kerjasama antara pelbagai peringkat rantaian industri. Usaha ini mempromosikan penyebaran dan aplikasi pengetahuan teknologi pertanian, sekaligus memberikan suntikan tenaga yang kukuh kepada pembangunan pertanian moden.
Perkongsian Tren Industri oleh Pakar
Persatuan Penanam Durian dan Buah Tropika Sabah (MaSDa) turut serta dengan menganjurkan Persidangan Durian yang menumpukan perhatian kepada aspek penanaman, penjualan, dan eksport.
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah mempamerkan penemuan penyelidikan terkini.
Pegawai Jabatan Pertanian memberi taklimat mengenai dasar dan program terkini di tapak pameran.
Profesor Madya Dr. Phoebe Ting dari Universiti Putra Malaysia membincangkan teknik penanaman dan pembungkusan durian bersama para hadirin.
Majlis ini menjemput pakar-pakar dari Thailand dan Malaysia untuk berkongsi pandangan profesional dan pengalaman praktikal.
Persidangan dibahagikan kepada tiga tema utama: Dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri, Dr. Yossapol Palapol memperkenalkan pengalaman penyelidikan durian Thailand, Lin Zhenqi membincangkan cara Sabah boleh mengejar ketinggalan dalam penanaman durian, manakala Aidi Rosli berkongsi keadaan semasa dan potensi kawasan pengeluaran durian Malaysia.
Pada bahagian pasaran dan eksport, Dr. Worachat Dulyasatien menganalisis kedudukan dan cabaran durian Sabah di pasaran global, Feng Xue Jie menyelidik keperluan pengguna di pasaran China, dan Norman Ng membentangkan keadaan infrastruktur semasa serta keperluan masa depan untuk eksport durian Sabah.
Bagi tema teknologi dan inovasi, Dr. Phoebe Ting membincangkan teknik pembungkusan durian, manakala Tan Han Wei menunjukkan aplikasi teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam pengurusan kebun durian dan pengoptimuman pengeluaran.
Majlis pembukaan diiringi persembahan tarian tradisional Sabah, mempamerkan ciri kebudayaan tempatan.
Pihak industri secara umumnya bersetuju bahawa Pameran AgTech menyediakan platform penting untuk petani dan usahawan mendapatkan akses kepada teknologi pertanian moden dan amalan komersial.
Ini membolehkan para pengusaha menguasai tren terkini, mencari peluang kerjasama baharu, serta memacu pertanian tempatan ke arah modenisasi yang lebih tinggi.
Penganjur juga mengumumkan bahawa Pameran Teknologi Pertanian Antarabangsa AgTech yang seterusnya akan diadakan pada 25-27 Jun 2026 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), meneruskan usaha membina jambatan pertukaran dan inovasi untuk pembangunan pertanian di Malaysia dan rantau ini.
Orang ramai mempelajari tentang operasi drone dalam pengurusan pertanian.
Para hadirin mencuba peralatan kawalan jauh aplikasi teknologi pertanian.
Peralatan pengangkutan berkaitan pertanian dipamerkan di luar dewan, menarik perhatian pengunjung.
If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.