May 06 2025

Pakej Alba Milagro Menjadi Pilihan Petani Padi

Pakej Alba Milagro Menjadi Pilihan Petani Padi - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Pakej Alba Milagro telah diperkenalkan kepada beberapa petani di kawasan utama penanaman padi di Negeri Kedah dan Perlis. Pakej ini direka cipta sebagai pakej lengkap untuk mencapai matlamat utama iaitu meninggikan hasil padi secara konsisten. Beberapa parameter untuk mengeluarkan hasil terbaik ditekankan pencapaiannya dalam pakej ini seperti mendapat peratus percambahan yang tinggi, kadar pertumbuhan yang cepat, penghasilan anak yang banyak, pohon yang tegap tidak mudah rebah, tahan terhadap perubahan cuaca kemarau/banjir, panjang tangkai (bulir) yang maksimum, bilangan biji padi per tangkai yang optimum dan menghasilkan biji yang bernas dan berat. 

Antara produk yang digunakan dalam pakej Alba Milagro ialah Aminoton, Silimax dan Harvest K. 

Dalam kalangan ramai petani yang menggunakan pakej Alba Milagro, lima orang petani telah dipilih untuk memberi pandangan dan dapatan mereka sebagai pengguna langsung pakej Alba Milagro. Mereka memberikan maklumat mengenai pengalaman mereka dalam industri padi, masalah-masalah yang sering ditemui sebelum menggunakan pakej Alba Milagro, perbandingan hasil sebelum dan selepas menggunakan pakej Alba Milagro serta sama ada mereka berpuas hati dan akan mengesyorkan pakej ini kepada petani lain. 

Berikut adalah hasil temu bual bersama pengguna-pengguna pakej:

1.   Encik Adznan bin Ali

Dari Kg. Tambun Tulang, Perlis, telah mengusahakan tanaman padi selama 45 tahun bermula sejak berumur 23 tahun. Seperti kebanyakan penanam padi yang lain, harga racun yang terus meningkat saban tahun menyebabkan kos pengeluaran padi semakin tinggi sedangkan harga belian padi masih di takuk lama. Pokok padi tidak menjadi keras menyebabkan ia tidak tahan kepada cuaca yang berubah dan angin kencang serta sangat alah kepada serangan ulat putih. 

Pakej Milagro ini membantu meningkatkan kesihatan tanaman dan hasil padi dengan mengawal serangan ulat putih serta menjadikan pokok padi lebih rintang terhadap cuaca. Anggaran hasil tuaian sebelum ini ialah 12,000 bagi keluasan 7 relung dan meningkat kepada 13,860 bagi keluasan yang sama   selepas menggunakan Pakej Alba Milagro. Encik Adznan akan mengesyorkan pakej ini kepada petani lain kerana ia dapat meningkatkan hasil dan   menjimatkan kos. 

2.   Encik Ahmad Shukri bin Yaacob

Dari Kg. Hutan Putus, Telok Chengai, Kedah, mula menjadi petani dalam   industri padi pada usia 32 tahun dan kini telah terlibat selama 15 tahun. 

Sebelum menggunakan pakej Alba Milagro, Encik Ahmad Shukri sering   menghadapi masalah percambahan benih semasa menyemai, pertumbuhan pokok yang tidak seragam, pokok tidak keras dan rebah menjelang musim menuai serta buah tidak bernas. Selain itu, tanah kurang bernutrisi kerana tiada penggantian unsur baja dan menjadi tidak subur. Pertumbuhan tidak sekata memerlukan kerja menyulam bagi mendapatkan pokok yang cantik, menambahkan kerja dan kos. Pokok juga tidak tahan serangan serangga, penyakit dan cuaca ekstrem seperti kemarau. Tangkai padi tidak cukup panjang untuk menghasilkan buah yang banyak. 

Sejak menggunakan pakej Alba Milagro, Aminoton membantu dalam percambahan anak benih dan pertumbuhan yang seragam. Daun menjadi   hijau dan cantik. Foliar Plus pula memberikan nutrisi melalui daun dan menambah nilai kepada baja kerajaan. Unsur mikro ketika umur padi 40 HLT diperoleh melalui Foliar Plus. Silimax membantu dalam ketahanan penyakit dan serangga serta menjadikan batang pokok lebih keras dan daun lebih lebar. Calcibor pula membantu dalam pertumbuhan tangkai padi yang panjang dan cantik. Harvest K pula membantu pengisian buah yang lebih padat dan bernas. 

Sebelum menggunakan pakej ini, hasil beliau hanya 7 tan metrik bagi 2 hektar. Selepas menggunakannya, hasil meningkat dua kali ganda kepada 14 tan untuk keluasan yang sama selama tiga musim berturut-turut. 

Encik Ahmad Shukri amat gembira dengan pencapaian tersebut dan akan mengesyorkan pakej ini kepada petani lain kerana kesan positif dan kos yang rendah. Petak tanaman beliau kini menjadi rujukan petani di sekeliling. 

3.   Encik Abdullah bin Ahmad

Dari Kg. Bukit Seni, Pendang, Kedah, telah menanam padi selama 55 tahun sejak berumur 18 tahun. Sepanjang penglibatannya, beliau menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit yang silih berganti, tanah menjadi gersang, pertumbuhan padi tidak seragam, percambahan benih kurang, tanah jerlus serta penghasilan buah yang kurang bernas. 

Selepas menggunakan pakej Alba Milagro, tanah menjadi lebih subur dengan penggunaan Aminoton, kawasan berair dalam juga ditumbuhi padi secara seragam, dan kerja menyulam tidak lagi diperlukan. Ini menjimatkan kos dan beban kerja. 

Buah pada setiap pokok menjadi berat kerana biji bernas dan banyak. Batang pokok lebih keras dengan Silimax, daun lebih lebar dan hijau. Serangan penyakit dan serangga berkurangan. Calcibor meningkatkan panjang tangkai padi. Hasil meningkat daripada 4 tan kepada 11 tan untuk kawasan seluas 1.5 hektar dalam tiga musim berturut-turut. 

Encik Abdullah akan mengesyorkan pakej ini kerana ia memberikan hasil lumayan, mengurangkan kos dan racun serta memberi nutrien tepat mengikut peringkat umur pokok. Beliau menggalakkan petani beralih kepada teknologi bioorganik untuk kesuburan tanah dan hasil jangka panjang. 

4.   Encik Muhammad Zamri bin Ahmad

Dari Kg. Tanjung Radin, Pendang, Kedah, telah mengusahakan tanaman padi selama 10 tahun sejak umur 33 tahun. Sebelum menggunakan pakej Alba Milagro, beliau menghadapi masalah tikus, rumpai sukar dikawal, hasil rendah, pokok tidak seragam, daun kecil dan runcing, tangkai pendek, hasil sedikit dan buah tidak bernas. 

Selepas menggunakan pakej ini, kesuburan tanah meningkat, pertumbuhan pokok lebih pantas, pokok lebih tinggi dan keras serta kehijauan yang sekata hingga matang. Pokok mengalami pecahan anak yang banyak tanpa perlu disulam, menjimatkan kos. Tangkai lebih panjang dan biji lebih banyak. 

Sebelum ini, hasilnya hanya 2.9 tan sehektar. Selepas tiga musim menggunakan Alba Milagro, hasil meningkat kepada 4.1 tan sehektar. 

Encik Zamri akan mengesyorkan pakej ini kerana kosnya berpatutan dan memberi hasil yang tinggi serta konsisten. Silimax penting untuk ketahanan pokok dan Aminoton membantu semasa peringkat awal. Kesan ketara dapat dilihat apabila dibandingkan antara pokok yang menggunakan Aminoton dengan yang tidak. 

5.   Encik Mohamad Hafifi Syauqi bin Md Saad

Dari Kg. Chegar, Mukim Jeram, Tunjang, Kedah, telah menanam padi sejak tahun 2011 selama 14 tahun. Beliau sering menghadapi masalah penurunan hasil, tanah jerlus dan ketidaksuburan. Tanah yang tidak subur menyebabkan petani mencari produk, namun sering tertipu dengan produk murah yang tidak berkualiti dan tiada bukti keberkesanan. 

Beliau disyorkan menggunakan pakej Alba Milagro yang mengandungi   Aminoton, Silimax dan Harvest K. Aminoton mengandungi Asid Amino yang membantu kestabilan fisiologi tanaman, pertumbuhan seragam dan   peningkatan hasil. 

Silimax yang kaya dengan silika membina ketahanan pokok terhadap serangga dan penyakit, serta mengurangkan kos racun. Harvest K pula membantu pemadatan dan pembentukan biji bernas. 

Sebelum ini, hasil beliau hanyalah 4.8 tan sehektar. Selepas penggunaan pakej, hasil meningkat kepada 6.16 tan, dan terus meningkat kepada 6.3 tan musim berikutnya walaupun berlaku banjir. Beliau juga menambah penggunaan Foliar Plus. 

Secara keseluruhan, peningkatan hasil mencecah 25 hingga 35 peratus. Petani lain melawat petak beliau dan mencari produk tersebut di pasaran. Encik Mohamad mengesyorkan pakej ini kerana ia memberi hasil yang konsisten berbanding produk lain seperti baja foliar X yang tidak stabil. 

Kos pakej ini juga sangat berpatutan dan kesannya setanding produk mahal. Sebagai contoh, satu liter Aminoton boleh digunakan untuk kawasan seluas 3 hektar (10 relung Kedah) dengan kos hanya RM4.70 serelong.


If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag