May 21 2023
Gerai-gerai durian sudah lama beroperasi di seluruh negara kita, ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pasaran jualan durian Malaysia, malah turut memacu pembangunan ekonomi kawasan terletaknya gerai-gerai durian tersebut, sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, dan berkemungkinan besar memberi inspirasi kepada penduduk tempatan untuk mempertimbangkan pelaburan dalam penanaman durian.
Ini menunjukkan gerai jual durian telah berkembang sehingga memainkan peranan penting dalam pembangunan industri durian.
Gerai-gerai jual durian memainkan peranan penting dalam pembangunan industri pengusahaan buah durian. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pasaran jualan durian negara kita, malah turut memacu pembangunan ekonomi kawasan terletaknya gerai-gerai durian tersebut, sekali gus meningkatkan kadar peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Apatah lagi selepas menyedari hasil jualan durian adalah bermanfaat, berkemungkinan besar penduduk setempat turut mempertimbangkan pelaburan dalam usaha penanaman durian di kawasan sekitar.
Dengan ini, hasil durian akan dibekalkan kepada peniaga-peniaga gerai durian pada masa hadapan, atau pun petani juga boleh membuka gerai untuk menjual durian hasil tanaman sendiri bagi mempromosikan dan memantapkan lagi pembangunan industri durian di negara kita.
Pengguna Kunjungan Pelancong dari Jauh untuk Membeli-belah
Sebenarnya gerai jual durian sudah lama beroperasi di seluruh negara kita. Malah, ia telah menjadi satu ciri istimewa, terutamanya gerai durian di kawasan luar bandar.
Selain menjadi mercu tanda yang menarik perhatian, apatah lagi berjalan kaki ke gerai terdekat lalu membeli durian yang sedap warna dan wangi.
Semestinya terdapat juga gerai durian yang mengalami tranformasi dan berjaya untuk menaik taraf gerai bagi memenuhi cita rasa para pelancong dari luar negara. Sehubungan itu, gerai-gerai durian di kawasan bandar bukan sahaja menjual buah-buahan segar tetapi juga terdapat pelbagai produk durian yang diproses dengan haruman dan rasa yang menarik.
Bagi gerai-gerai durian di luar bandar, sudah pasti pelancong akan singgah. Semestinya para pelancong mengetahui keenakan dan haruman durian yang membuatkan mereka bergegas ke kawasan pengeluaran durian untuk melawat dan merasai kelazatan dan keistimewaan durian tersebut.
Dengan senario ini, pemilik-pemilik gerai durian di Gua Musang, Kelantan amat mengalu-alukan kedatangan pelancong yang beramai-ramai dari Jepun dan Korea untuk membeli durian hasil tempatan.
Petani yang Tanam Durian Mula Berniaga Sendiri
Potensi pembangunan komersil daripada hasil gerai jual durian sudah tentu mendorong usahawan yang pandang jauh untuk melabur dalam bidang perniagaan ini, misalnya petani yang tanam durian turut melabur dalam perniagaan gerai jual durian dengan kelebihan menjual durian dari dusun mereka, dan tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk mendapat sumber bekalan.
If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.