May 08 2023

Produk Durian Eksport ke 13 Negara Asing

Produk Durian Eksport ke 13 Negara Asing - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Simon Chin, pengasas dan pengarah DKing, telah terlibat secara aktif dalam pembangunan produk durian sejak tahun 2009, usahanya memperhebatkan lagi momentum pembangunan semasa produk durian hiliran di negara kita. 

Produk durian yang dihasilkannya sejak sekian lama telah dibekalkan ke 13 buah negara, terutamanya China.

Pada masa yang sama, DKing bertungkus-lumus untuk membangunkan pasaran eksport yang lebih besar.


DKing, sebuah syarikat pengeluaran dan eksport produk durian telah meningkat menjadi salah satu daripada tiga pengeluar produk durian sejuk beku terbesar di negara kita. 

Produk pemprosesan durian bermutu tinggi yang dihasilkannya sejak sekian lama telah dibekalkan ke 13 buah negara, terutamanya China. 

Selain itu, DKing juga terus berusaha tanpa henti untuk membangunkan pasaran eksport yang lebih besar.



Simon Chin berkata bagi meneroka pasaran luar negara yang lebih besar, DKing baru-baru ini mula mengeksport produk durian yang diproses ke negara Timur Tengah.

 


Cenderahati yang Unik

Pada masa yang sama, DKing turut memperkasakan pengeluaran produk pemprosesan durian  dosmestik, bagi membekalkan kepada kedai-kedai istimewa durian tempatan khususnya restoran durian dan gerai durian di SS2. 

Dengan ini, pelancong-pelancong asing di Malaysia , terutamanya pelancong dari China, Hong Kong dan Taiwan, boleh membelinya sebagai cenderahati atau hadiah.

Produk durian keluaran DKing adalah pelbagai dan menarik. Antaranya pai durian emas yang rangup di luar dan wangi di dalam, dengan rasa asli dan haruman yang berlarutan selepas makan, adalah makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan pastinya pilihan terbaik untuk pemberian hadiah.

Selain itu, terdapat juga batang Musang King, kerepek emas Musang King dan coklat durian Musang King (Coklat Durian), dan lain-lain yang menjadi objek wajib dibeli oleh pengunjung. 

Sudah tentu, terdapat juga cendol Musang King dan produk durian mewah seperti kuih bulan “snow skin”juga merupakan barangan eksport utama DKing.


Produk DKing mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

 




Melibatkan Diri Sejak Tahun 2009 

Simon Chin, pengarah syarikat DKing, memberi penyumbangan yang besar dalam promosi produk durian. Beliau telah mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan produk pemprosesan durian seawal tahun 2009, dan membantu memperhebatkan lagi momentum pembangunan produk  durian di negara kita.

Selain itu, beliau juga giat dalam pembukaan pasaran luar negara serta menumpukan pembaikan pasaran tukaran mata wang asing bagi memperkembangkan ekonomi negara.

Simon memulakan perniagaannya di pasar malam dengan menjual makanan goreng pes durian sejuk beku, ini memberi inspirasi kepadanya untuk mencari pembangunan yang lebih besar dalam produk pemprosesan durian. 

Kini beliau adalah pengasas syarikat DKing untuk membangunkan pemprosesan durian, selain China menjadi pasaran import terbesar untuk produk, kedua terbesar ialah Australia, ini disebabkan terdapat ramai orang Asia yang menggemari produk durian telah berhijrah ke Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Simon menegaskan bahawa dalam aspek memperluaskan pasaran luar negara, DKing baru-baru ini mula mengeksport produk pemprosesan durian ke negara-negara Arab.

Beliau berkata, bagi menumpukan lebih banyak tenaga kepada pembangunan industri pemprosesan hiliran durian, DKing pada masa ini tidak terlibat dalam penanaman dan pengeluaran durian, tetapi melabur dan membeli bahan daripada pemilik kebun durian, terutamanya buah durian segar Musang King digunakan sebagai bahan mentah untuk diproses.

Semestinya, skop perniagaan syarikat juga telah berkembang kepada projek eko-pelancongan dusun durian. Selain itu, kumpulan itu juga telah menubuhkan syarikat luar negara seperti Duricious Sdn Bhd, Exofruits Industry Sdn Bhd, DKing Food (HK) Limited dan Fujian Dking Food Co., Ltd.


Evon Chang dan Lim Kai Siang berkata, selain eksport, DKing juga turut menumpukan usaha bagi membangunkan pasaran domestik supaya pelancong berpeluang merasai keunikan produk tempatan Malaysia.

 


Mendapat Sambutan Baik daripada Pengunjung

Evon Chang, pengurus kedai DKing di SS2, memperkenalkan produk pemprosesan durian syarikat yang menarik, termasuk Coklat Durian Musang King. Setiap keping coklat dalam produk ini mengandungi pes durian yang unik. 

Selain itu, terdapat produk pemprosesan yang lain seperti Durian White Coffee, Musang King Bar yang telah dikeringkan beku dan Musang King Durian Golden Pie. Produk ini mendapat pujian daripada pengunjung dan penggemar makanan.

Lim Kai Siang, rakan sekerja Evon Chang, menegaskan bahawa DKing berfokus pada produk pemprosesan durian tersebut adalah untuk membangunkan pasaran domestik, supaya pelancong asing yang tiba di Malaysia berpeluang merasai produk tempatan Malaysia yang unik, dan menggalakkan mereka supaya melawat ke negara kita lagi.

Lagipun, pesona lazat pelbagai produk olahan durian di negara kita memang tidak dapat dibanding.

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag