March 27 2023

Durian Kampung Rasa Seperti Tekka

Durian Kampung Rasa Seperti Tekka - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Walaupun kebanyakkan pekebun durian sibuk dengan pengurusan harian, tetapi tidak lupa untuk mengesan varieti durian yang baru, malah mengusahakan varieti yang kualitinya baik, misalnya durian kampung FC38 yang ditanam oleh Leong Kam Soon. 


Dua pokok durian yang dibiak dengan biji benih durian kampung, semasa berbuah, satu berbuah panjang dan satu lagi berbuah bulat.

 

Terdapat 36 Jenis Durian di Kebun

Walaupun kebanyakkan pekebun durian sibuk dengan pengurusan harian, tetapi tidak lupa untuk mengesan varieti durian yang baru, malah mengusahakan varieti yang kualitinya baik, misalnya sejenis durian kampong FC38.

Ini menyatakan usaha dan dedikasi pekebun durian telah menyumbang kepada pertumbuhan  ekonomi negara.

Pekebun durian Leong Kam Soon yang bertani di Karat, Pahang, merupakan teladan yang baik semasa kebunnya mempunyai 36 jenis durian. Ini menunjukkan beliau

bertungkus-lumus untuk mengesan varieti durian yang baharu.

Buah FC38 yang berbentuk panjang rasanya seperti Tekka, dan bijinya kecil.

 

Pulpa yang Panjang Rasanya Seperti Tekka

Baru-baru ini, Leong mengesan sejenis durian kampung FC38 di kebun rakannya yang terletak di Karak. Keistimewaan durian ini ialah rasanya seperti Tekka, dan warna pulpanya berwarna kuning oren dengan kelabu dan hitam. Warna biji pula berwarna daging, saiz rata dan kecil.

Selepas penyelidikan oleh Leung dan pemilik kebun, mereka mendapati bahawa pokok durian yang dibiak dengan biji durian kampung, menghasilkan dua jenis buah, salah satu berbuah panjang manakala satu lagi berbuah bulat.

Leung juga berkata, rasa kedua-dua buah tersebut berbeza, buah yang berbentuk panjang rasanya 80% seperti Tekka. Bagi buah yang bulat, rasanya biasa.

Selepas itu, Leong menanam pokok yang berbuah rasa Tekka dengan kaedah cantuman walaupun pasaran Tekka tidak begitu popular seperti dahulu, dan industri telah beralih kepada Musang King untuk penanaman dan pembangunan.

Rasa buah bulat tidak seperti Tekka.

 

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag