June 17 2023

Durian Kampung Pelbagaikan Spesis Durian M’sia

Durian Kampung Pelbagaikan Spesis Durian M’sia - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Musang King dan Duri Hitam telah memantapkan diri mereka sebagai raja buah dengan manfaat ekonomi yang tinggi di Malaysia, tetapi durian kampung yang jenis dan perisa berlainan juga digemari oleh pasaran tempatan. 

Dengan penemuan secara beransur-ansur di pelbagai tempat, kepelbagaian varieti durian telah diperkayakan lagi dan telah menyumbang kepada pembangunan industri durian negara kita.


Jenis durian yang terkenal di Malaysia seperti Musang King dan Duri Hitam, telah membawa manfaat ekonomi yang tinggi kepada negara kita, dan telah mendapat pasaran yang besar di dalam dan luar negara, sekali gus merangsang dan menggesa industri untuk melabur dalam rancangan penanaman durian, dan menanam siri durian terkenal ini sebagai pilihan pertama.

Jenis Berbeza, Pasaran Berlainan

Dengan fenomena ini, dusun-dusun durian kini kebanyakkan menanam Musang King dan Duri Hitam.

Selain itu, beberapa varieti baharu yang muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga menjadi sasaran pemilihan. 

Ini mencerminkan kepelbagaian varieti durian domestik, dan ia juga menunjukkan varieti dan perisa durian yang berbeza sering digemari oleh pasaran tempatan. 

Malah, memandangkan pemilik dusun durian memahami bahawa pengunjung di pasaran domestik juga menyukai rasa durian kampung, maka mereka menemui durian kampung yang telah lama wujud dalam masyarakat tetapi telah diabaikan.

Di antaranya, terdapat spesis durian kampung yang sudah berumur 40 atau 50 tahun, dan ia ditanam pada zaman nenek moyang atau ibu bapa pemilik, dan ia ditemui selepas generasi muda mengambil alih pengurusan. 

Selain itu, terdapat juga pemilik dusun durian menemui durian kampung yang jarang jumpa selepas membeli dusun.

Dengan memahami akan mendatangkan untung, maka mereka memelihara pokok-pokok tua itu, atau dicantumkan dengan spesies terkenal seperti Musang King atau Duri Hitam.

Durian kampung yang pelbagai jenis dan perisa telah mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

 

Memperkayakan Kepelbagaian Durian

Memandangkan ia semakin popular, durian kampung di pelbagai tempat telah ditemui secara beransur-ansur, ini telah memperkayakan kepelbagaian jenis durian domestik.

Sebenarnya spesis durian seperti "Durian Fairy", "Durian Susu", "Apple King" dan "Cili Padi" yang telah ditemui secara beransur-ansur di Pahang, Johor dan Perak telah memperkayakan kepelbagaian jenis durian di negara kita, lalu menyumbang kepada pembangunan industri durian.

Sememangnya, ia boleh memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada pemain industri domestik, dan pada masa yang sama, ia juga boleh memberi dorongan kepada mereka untuk terus menemui spesis durian kampung yang telah diabaikan atau belum ditemui, meningkatkan lagi momentum industri durian negaraku ke arah pembangunan yang lebih rancak!

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag