May 15 2023
Institut Penyelidikan Pertanian Taiwan telah menemui varieti jagung baru Tainong No. 8 selepas berusaha 10 tahun. Hasil Tainong No. 8 adalah 20-30% lebih tinggi daripada varieti semasa, dan memendekkan tempoh pertumbuhan sebanyak separuh. Oleh itu, Tainong No. 8 boleh dituai lebih awal.
Ia juga berciri ketahanan terhadap suhu rendah dan penyakit. Kadar penukaran nutrien juga tinggi selepas haiwan ternakan makan. Jagung Tainong No. 8 juga boleh ditapai menjadi silaj untuk lembu pada sepanjang tahun.
Varieti makanan hijau baharu, Jagung Tainong No. 8 yang ditemui oleh Institut Penyelidikan Pertanian Taiwan selepas 10 tahun berusaha, bukan sahaja menghasilkan 20-30% lebih tinggi daripada varieti semasa, tetapi memendekkan tempoh pertumbuhan sebanyak separuh.
Selain itu, ia juga berciri ketahanan terhadap suhu rendah, dan kadar penukaran nutrien tinggi selepas lembu makan.
Hasil Rumput Sehingga 50 tan Sehektar
Xie Guangzhao, seorang penyelidik Institut Penyelidikan Pertanian Taiwan, menyatakan bahawa pada masa ini, keluasan penanaman jagung bijian di Taiwan sekitar 4,000-5,000 hektar, dan varieti utama ialah Tainong 1, Tainong 24 dan Mingfeng 3.
Di antaranya, penanaman Mingfeng 3 adalah beramai-ramai. Purata hasil rumput segar sehektar adalah kira-kira 30-40 tan.
Hasil Tainong No. 8 adalah 15-20% lebih tinggi daripada Mingfeng No. 3, dan jika berbanding dengan hasil Tainong No. 1 dan Tainong No. 24, ia boleh mencapai kira-kira 30% lebih tinggi. Hasil rumput segar boleh mencecah 50 tan sehektar!
Jagung bijirin sebagai makanan haiwan, Tainong No. 8 mempunyai jumlah berat rumput segar yang tinggi, dan kadar penukaran nutrien selepas lembu memakannya juga lebih tinggi daripada varieti semasa.
Xie Guangzhao menjelaskan bahawa nisbah nutrien yang dicerna dan ditukar per kilogram (jumlah kebolehcernaan nutrien) lembu selepas makan ialah 66.5%, iaitu lebih tinggi daripada 64% Mingfeng No. 3.
Jagung bijirin boleh ditapai untuk membuat silaj dan bagi lembu makan pada sepanjang tahun. Chen Jiasheng, pengarah Institut Penyelidikan Haiwan Taiwan cawangan Hengchun, menegaskan bahawa jika jagung bijian digunakan sebagai silaj, kadar bahan kering keseluruhan tumbuhan selepas mengeluarkan air ialah 30% ± 2%. Pada masa ini, kadar bahan kering keseluruhan tumbuhan Tainong No. 8 yang baru ditemui ialah 34%, yang merupakan varieti jagung bjian yang agak sesuai.
Tebus Kekurangan Rumput Padang
Tainong No. 8 bukan sahaja mempunyai hasil yang lebih tinggi daripada varieti semasa, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk menahan penyakit karat.
Selain itu, ia mampu penuaian awal, yang sangat memendekkan tempoh pertumbuhan. Xie Guangzhao menjelaskan bahawa Mingfeng No. 3 mengambil masa kira-kira 150 hari dari menyemai hingga menuai, tetapi Tainong No. 8 boleh dituai selepas 75-85 hari menyemai, dan tempoh pertumbuhan adalah kira-kira separuh daripada Mingfeng No. 3.
Xie Guangzhao seterusnya menyatakan bahawa disebabkan oleh suhu rendah dari Disember hingga Mac setiap tahun, rumput padang Taiwan tidak boleh tumbuh. Ini merupakan tempoh kekurangan rumput padang yang besar. Contohnya, jika suhu lebih rendah daripada 15°C, Mingfeng 3 akan berhenti bertumbuh , tetapi Tainong No. 8 mempunyai kelebihan rintangan suhu rendah, dan akan dapat mengimbangi keadaan rumput padang yang tidak cukup.
Huang Yanliang, setiausaha agung Persatuan Pembangunan Industri Makanan Taiwan dan ketua Pasukan Pengeluaran dan Jualan Ladang Tenusu Liuying, berkata jagung bijian dikenali sebagai "raja makanan ternakan" dan merupakan makanan ternakan yang mesti dimiliki oleh penternak lembu.
Kini terdapat varieti baru jagung bijian ditemui, sudah tentu beliau sangat yakin, dan menantikan prestasinya pada masa hadapan. Hanya kerajaan perlu menyesuaikan secara fleksibel subsidi semasa dan dasar-dasar lain untuk meningkatkan kesediaan petani supaya menanam jagung bijian dan membiarkan varieti baru mengambil kesempatan.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.