February 02 2024

Durian Kura-kura Pahang

Durian Kura-kura Pahang - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Disediakan oleh: Ali Hanafiah (FACUALY OF DURIAN)

Penemuan terbaru spesis durian yang menggemparkan industri durian negara telah membuka lagi cabang industri durian. Keunikan pokok yang berbuah di pangkal dan berwarna ungu gelap menjadi lagi tarikan kepada spesis baru ini. Melalui tinjauan, penemuan pokok ini disedari oleh penduduk kampung di Kampung Sengkela, Raub, Pahang dan beritanya merebak luas ke sepelusuk negara. Kehadiran “influencer dari pelbagai saluran dan juga pihak media turut memberi impak yang sangat baik. Julukan bagi spesis ini adalah Durian Kura-Kura Pahang sempena julukan Durian Kura-Kura di sekitar Borneo (Durio testudinarum) tetapi ia bukan dalam spesis yang sama.

Ada juga pihak yang berseloroh tentang buah ini adalah buah durian Opet, iaitu satu watak yang terkenal di dalam animasi Malaysia iaitu Upin Ipin “Pengembaraan Bermula” di bawah produksi Les’ Copaque. Ini disebabkan warna buah yang berwarna ungu sama seperti warna Durian Kura-Kura Pahang ini.

Watak animasi Opet di dalam Filem Upin Ipin "Pengembaran Bermula" yang menikmati durian berwarna ungu.

 

Terdapat perbezaan karakter dengan Pokok Durian Kura-kura, Durio testudinarum. -Rujukan: Lidsay Gasik/Year of Durian

 

PENGECAMAN SPESIS

Pemerhatian dan penelitian telah dibuat berdasarkan rekod penulisan yang sedia ada bagi meneliti karakter spesis tersebut. Tetapi, penelitian dari segi bunga, rupabentuk daun dan lain-lain memerlukan masa yang tepat dan penelitian yang betul bagi mencari padanan yang tepat. Contohnya, pengamatan karakter bunga memerlukan penelitian ketika musim mendatang bagi mengesahkan keserasian spesis.

KEADAAN SEMASA POKOK


Keadaan pokok yang dianggarkan berumur 20-25 tahun oleh masyarakat setempat.

 


Keadaan pokok yang ditemui dan keadaan persekitarannya.

 

BENTUK DAUN & CIRI UNIK

 

Warna bahagian atas daun hijau dan daunnya tebal.

 



Ciri unik di tepi daun bergerigi halus.

 



Belakang daun berwarna perang, dan daun berbentuk acuminate.

 


Permukaan belakang daun seperti bersisik.

 

 

 BENTUK BUAH & CIRI UNIK

Buah berbentuk obovat dan berwarna ungu gelap.

 


Keadaan bawah buah dan buah akan pecah apabila matang.


KEADAAN BENTUK BUAH & ISI


Terdapat ruang kosong di bahagian atas di tengah pangsa.

 

 

KEADAAN BUAH PADA PANGSA


Ciri unik bahagian dalam pangsa yang mempunyai titik/jalur berwarna ungu.

 


Keadaan ulas buah dan biji. Terdapat jalur berwarna ungu pada biji.

 


Biji berwarna coklat gelap dan ciri uniknya mempunyai jalur (juring) berwarna ungu pada biji.

 


Keadaan aril pada ulas buah yang nipis, liat dan mempunyai sedikit bau seperti salak.

 

PERBINCANGAN


1.  Penemuan spesis ini BERKEMUNGKINAN adalah spesis yang belum didokumenkan atau telah didokumenkan. Anggapan melalui keserasian ciri perlu dibuat secara menyeluruh termasuk karakter bunga, daun dan lain-lain lagi yang memakan masa yang lama dan teliti melalui padanan / rujukan sedia ada.

2.  ADAKAH ianya boleh dimakan?

Melalui uji rasa pada aril buah yang matang, ianya boleh dimakan. Tetapi keadaan aril yang nipis, keras dan liat tidak menunjukkan nilai komersil untuk pemakanan. 

3.   POTENSI spesis ini adalah menjadi salah satu daya tarikan peminat durian, pemburu durian, durian “collector”, pelancong dan masyarakat sekeliling untuk menikmati keunikan serta perbezaan daripada spesis yang biasa iaitu Durio zibethinus.

4.   Tanaman ini berpotensi untuk dijadikan tanaman landskap kerana keunikan warna dan penghasilan buahnya di bahagian pangkal pokok dengan syarat dapat memenuhi keperluan pokok seperti olahan dengan gaya habitat asal.

5.   Pembiakan perlu dijalankan sebagai inisiatif untuk membiakkan agar ia dapat menjadi rujukan serta kajian dan juga untuk generasi mendatang.


Percubaan menyemai biji benih untuk pembiakan spesis.

 

Diharap anugerah ini, dapat dinikmati dan menjadi salah satu koleksi tanaman di Malaysia untuk tatapan generasi mendatang. Semoga permata ini dapat digilap dan mewarnai industri durian negara kita agar megah di mata dunia.


 

Rujukan:

1. Lawatan tapak dan program pencirian, November 2023

2. Salma Idris/ Durio of Malaysia

3. Pencirian Durian/ Bahagian Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian

4. Lindsay Gasik/ Year of Durian


Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag