November 16 2023
Disediakan oleh: Ali Hanafiah (FACULTY OF DURIAN)
Nangka (Artocarpus heterophyllus Lam) adalah salah satu tanaman tradisi Malaysia yang telah berkembang di dalam mengharungi arus peredaran teknologi. Dahulunya, ia diuruskan secara tradisi dan ia telah berkembang seiring dengan teknologi semasa. Malah, kini ia sudah mendapat tempat di peringkat antarabangsa untuk peminat buah tropika ini.
Berikut adalah data perangkaan untuk penanaman nangka di Malaysia:
| 2020 | 2021 | 2022 | |||
Jenis Tanaman | Keluasan bertanam (ha) | Pengeluaran Hasil (mt) | Keluasan bertanam (ha) | Pengeluaran Hasil (mt) | Keluasan bertanam (ha) | Pengeluaran Hasil (mt) |
Nangka | 4,675 | 35,624 mt | 5,074 | 41,047 | 5,089 | 41,252 |
Rujukan : Jabatan Pertanian Malaysia, Statistik Tanaman
Kelulusan laluan eksport ke China pada April 2023, menjadi lagi satu dorongan terbaik kepada pelabur tanaman nangka bagi mengembangkan lagi pelaburan mereka. Peluang serta ruang pasaran telah menjadi semakin luas dan pelaburan dalam industri tanaman ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa depan.
Sejarah Nangka : Eksport Pertama Ke China
Pada Oktober 2023, satu lagi sejarah industri pertanian negara tercipta apabila Malaysia telah mula mengeksport buah nangka ke China. Program ini dijayakan oleh Syarikat Dulai Fruits Enterprise Sdn Bhd yang menyertai percubaan eksport pertama pengeksportan buah nangka segar dalam bentuk “Whole Fruit”. Varieti bagi nangka yang dieksport ialah varieti J33, Tekam Yellow.
Persediaan Eksport
Antara syarat yang ditetapkan di protokol eksport adalah seperti berikut: -
1. Buah diambil dari ladang yang telah berdaftar dengan pihak Jabatan Pertanian dan diaudit oleh General Administration of Customs of People's Republic of China (GACC).
2. Ladang pengeluar telah diakrediatasi dengan pensijilan myGAP dan mengamalkan Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management - IPM) untuk kawalan perosak tanaman.
3. Buah mestilah diproses di pusat pembungkusan berdaftar oleh Jabatan Pertanian dan diaudit oleh pihak GACC.
4. Fasiliti pemprosesan perlu mendapat kelulusan GMP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kesesuaian topografi, keunikan varieti, teknologi tinggi dan pengurusan Amalan Perladangan Baik (APB) mampu memacu lagi industri ini. Melalui pencapaian yang membanggakan seperti ini, diharap industri nangka Malaysia dapat terus berkembang ke pasaran antarabangsa dan menghangatkan lagi industri pertanian negara.
Berikut adalah senarai kilang yang telah mendapat kelulusan eksport oleh pihak GACC:-
1 | Hernan Corporation Sdn. Bhd. |
2 | Top Fruits Sdn. Bhd. |
3 | Dulai Fruits Enterprises Sdn. Bhd. |
4 | Far East Import-Export (Serdang) Sdn. Bhd. |
5 | Tiara Bentong Sdn. Bhd. |
6 | Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn. Bhd. |
7 | Fruitglo Sdn. Bhd. |
8 | Chin Sam Chiap Sdn. Bhd. |
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.