June 05 2024
Oleh: Wizilla Janti Joshua
Kebun Lian Guan Agro sebagai konsep kebun model "Briar Modern Technology Durian Farming" yang terletak di Linggi, Negeri Sembilan adalah hasil titik peluh Encik Sim dan isterinya yang mula diusahakan pada tahun 2017. Kebun ini bertumpu kepada tanaman durian Musang King dan Duri Hitam. Kedua-dua spesis durian ini mempunyai nilai komersial yang tinggi di Malaysia.
Pengusahaan tanaman kebun durian ini pada asalnya adalah minat yang diasah dan dibangunkan menjadi satu perusahaan oleh Encik Sim. Menurut Menurut Encik Sim, beliau sangat tertarik dengan tanaman durian sehingga menjadikannya sebagai sumber pelaburan serta pendapatan beliau. Tambahan, beliau turut berkongsi bahawa modal untuk memulakan kebun durian adalah sangat tinggi dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Permintaan sepanjang tahun dan pasaran yang berterusan untuk Musang King dan Duri Hitam di Malaysia adalah satu rantaian yang sangat lumayan. "Saya tidak menyesal dalam menceburkan diri di dalam bidang ini." ujar Encik Sim ketika ditemu bual di kebun beliau. Lebih-lebih lagi, beliau sangat yakin dengan pasaran durian Musang King dan Duri Hitam di Malaysia, walaupun harganya mungkin belum stabil dari masa ke masa.
Kini, beliau mempunyai 3 kebun pokok durian yang dianggarkan seluas 50 ekar di Linggi, Negeri Sembilan.
Keadaan Kebun Durian
Terletak kira-kira 15 minit dari Pekan Linggi, kebun pertama yang dijumpai ketika temu bual bersama Encik Sim merupakan kebun pokok-pokok durian muda di bawah jagaan beliau. Secara puratanya, pokok muda yang ada di kebun tersebut adalah berusia dalam 18 tahun. Pada fasa ini, proses penjagaan rapi amatlah penting bagi memastikan pertumbuhan pokok muda yang baik. Manakala, kebun seterusnya merupakan kebun terbaru yang bakal diusahakan kelak dan berkeluasan dalam 20 ekar dan sedang dalam fasa awal untuk dibangunkan. Seterusnya, terletak lebih kurang 2 kilometer dari kebun-kebun yang terdahulu adalah kebun utama yang juga seluas 20 ekar. Pada masa kini, kebun tersebut mempunyai tanaman pokok durian Musang King yang seluas 9 ekar dan juga tanaman pokok durian Duri Hitam seluas 0.5 ekar. Tahun ini merupakan tahun pertama tuaian durian Musang King dan Duri Hitam dari kebun tersebut setelah mendapat penjagaan rapi selama 7 tahun. Secara keseluruhannya, kebun tersebut mempunyai 180 pokok durian dengan anggaran hasil tuaian sebanyak 10 tan. Kebun ini dijaga rapi oleh 2 orang pekerja di bawah penyeliaan beliau sendiri.
Penggunaan Baja Organik NuGrow dan OrgGrow
Encik Sim juga berkongsi mengenai penggunaan baja keluaran Briar Resources di kebun beliau. Tanaman durian di Lian Guan Agro memanfaatkan baja Organik NuGrow dan OrgGrow untuk membantu pertumbuhan pokok-pokok durian. Baja ini sesuai untuk tanaman durian dan khusus untuk semua jenis pokok buah-buahan. Sehubungan dengan itu, baja Organik NuGrow adalah diformulasi dengan NPK 10-7(MAP)-17(SOP)+2MgO+0.2B+6S+77TE+Organik (100% bahan organik dari tumbuhan) dan OrgGrow (Suplemen pemulihan), memberikan prestasi yang memberangsang dan meningkatkan kualiti buah dan juga sesuai untuk semua jenis tanah, terutamanya di kawasan yang berkelembapan rendah.
Cabaran dan Pasaran Musang King dan Duri Hitam
Di antara cabaran yang dikongsikan oleh beliau adalah kawalan penyakit dan perosak. Setiap pokok di kebun memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus supaya tidak merebak kepada pokok-pokok yang lain. Pada masa yang sama, keperluan nutrien bagi setiap pokok amatlah penting.
Oleh itu, beliau memilih untuk menggunakan baja Organik NuGrow dan OrgGrow. Kedua-dua baja ini adalah bentuk “pellet” dan senang ditaburkan berbanding dengan baja cecair yang memerlukan semburan yang kerap, terutamanya untuk kebun atau ladang yang luas dan berskala besar. Encik Sim turut berkongsi dengan cara pembajaan yang dipraktikkan di kebun beliau, iaitu pembajaan yang langsung ke akar dan disertai oleh pengairan air yang secukupnya.
Di samping itu, beliau turut bercerita tentang kepentingan proses pendebungaan durian dan manfaat kelawar sebagai agen pendebunga. Pada masa hadapan, Encik Sim berharap dapat meluaskan tanaman pokok durian dan meningkatkan hasil tuaian selaras dengan permintaan pasaran.
Baja Rumusan Khas dari Briar Resources
Briar Resources Sdn Bhd merupakan syarikat yang berfokuskan kepada kelestarian pertanian dan membantu para petani untuk meningkatkan hasil tanaman sekaligus mengurangkan kos operasi dan pelepasan karbon. Ia bertapak di Beranang, Selangor. Usaha penyelidikan syarikat ini telah berjaya merumuskan beberapa produk baja untuk kegunaan pertanian pelbagai. Di antaranya adalah MPOB PREMIUM 5, MPOB IMPROVED 5, MPOB F5 SUPER, MPOB F5, Bio Organik 555, NuGrow dan OrgGrow. Produk terkini syarikat Briar adalah baja MPOB F5 PREMIUM dan F5 IMPROVED (Improved 5 and Premium 5). Ianya merupakan formulasi terkini yang mengandungi teknologi tinggi dan mampu menampung pengeluaran hasil pertanian sebanyak 6.62 metrik tan per hektar setahun. Baja ini amat sesuai untuk tanaman sawit. Selain itu, baja ini juga adalah mesra alam kerana teknologi formulasinya (DMPP) mampu mengurangkan pelepasan nitrat di tanah. Baja ini turut dirumus untuk mengandungi fosfat larut air yang tinggi dan ini membantu tanaman untuk mencerna nutrien dengan lebih berkesan. Briar Resources Sdn Bhd mempunyai kerjasama dan rakan kongsi dengan beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), MARDI Corporation Sdn Bhd, Behn Meyer AgriCare(M) Sdn Bhd dan E ARGO Sdn Bhd.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.