June 05 2024

Briar Modern Technology Durian Farming Menjadi Konsep Model Pekebun

Briar Modern Technology Durian Farming Menjadi Konsep Model Pekebun - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Wizilla Janti Joshua

Kebun Lian Guan Agro sebagai konsep kebun model "Briar Modern Technology Durian Farming" yang terletak di Linggi, Negeri Sembilan adalah hasil titik peluh Encik Sim dan isterinya yang mula diusahakan pada tahun 2017. Kebun ini bertumpu kepada tanaman durian Musang King dan Duri Hitam. Kedua-dua spesis durian ini mempunyai nilai komersial yang tinggi di Malaysia.

Pengusahaan tanaman kebun durian ini pada asalnya adalah minat yang diasah dan dibangunkan menjadi satu perusahaan oleh Encik Sim. Menurut Menurut Encik Sim, beliau sangat   tertarik dengan tanaman durian sehingga   menjadikannya sebagai sumber pelaburan   serta pendapatan beliau. Tambahan, beliau turut berkongsi bahawa modal untuk memulakan kebun durian adalah sangat tinggi dan ianya bukanlah   sesuatu yang mudah.  

Permintaan sepanjang tahun dan pasaran yang berterusan untuk Musang King dan Duri Hitam di Malaysia adalah satu rantaian yang sangat lumayan. "Saya tidak menyesal dalam menceburkan diri di dalam bidang ini." ujar Encik Sim ketika ditemu   bual di kebun beliau. Lebih-lebih lagi, beliau sangat yakin dengan pasaran durian Musang King dan Duri Hitam di Malaysia, walaupun harganya mungkin   belum stabil dari masa ke masa. 


Dr. Rundi (kanan) bersama CEO Briar Resources Sdn Bhd, Encik Wayne Lai Soon Wei mendengar penerangan dari pakar Briar Resources. 


Kini, beliau mempunyai 3 kebun pokok durian yang dianggarkan seluas 50 ekar di Linggi, Negeri Sembilan.

Keadaan Kebun Durian

Terletak kira-kira 15 minit dari Pekan Linggi, kebun pertama yang dijumpai ketika temu bual bersama Encik Sim merupakan kebun pokok-pokok durian muda di bawah jagaan beliau. Secara puratanya, pokok muda yang ada di kebun tersebut adalah berusia dalam 18 tahun. Pada fasa ini, proses penjagaan rapi amatlah penting bagi memastikan pertumbuhan pokok muda yang baik. Manakala, kebun seterusnya merupakan kebun terbaru yang bakal diusahakan kelak dan berkeluasan dalam 20 ekar dan sedang dalam fasa awal untuk dibangunkan. Seterusnya, terletak lebih kurang 2 kilometer dari kebun-kebun yang terdahulu adalah kebun utama yang juga seluas 20 ekar. Pada masa kini, kebun tersebut mempunyai tanaman pokok   durian Musang King yang seluas 9 ekar dan juga tanaman pokok durian Duri Hitam seluas 0.5 ekar. Tahun ini merupakan tahun pertama tuaian durian Musang King dan Duri Hitam dari kebun tersebut setelah mendapat penjagaan rapi selama 7 tahun. Secara keseluruhannya, kebun tersebut mempunyai 180 pokok durian dengan anggaran hasil tuaian   sebanyak 10 tan. Kebun ini dijaga rapi oleh 2 orang pekerja di bawah penyeliaan beliau sendiri. 


Pokok Musang King yang berusia 18 bulan. Foto: Wizilla Janti Joshua

 


Rombongan kerajaan Sarawak yang diketuai oleh Dato Sri Dr. Stephen Rundi (dua dari kiri) melawat Briar Modern Technology Durian Farming yang terletak di Linggi, Negeri Sembilan.

 


Penggunaan Baja Organik NuGrow dan OrgGrow

Encik Sim juga berkongsi mengenai penggunaan baja keluaran Briar Resources di kebun beliau. Tanaman durian di Lian Guan Agro memanfaatkan baja Organik NuGrow dan OrgGrow untuk membantu pertumbuhan pokok-pokok durian. Baja ini sesuai untuk tanaman durian dan khusus untuk semua jenis pokok buah-buahan. Sehubungan dengan itu, baja Organik NuGrow adalah diformulasi dengan NPK 10-7(MAP)-17(SOP)+2MgO+0.2B+6S+77TE+Organik (100% bahan organik dari tumbuhan) dan OrgGrow (Suplemen pemulihan), memberikan prestasi yang memberangsang dan meningkatkan kualiti buah dan juga sesuai untuk semua jenis tanah, terutamanya di kawasan yang berkelembapan rendah.

Cabaran dan Pasaran Musang King dan Duri Hitam

Di antara cabaran yang dikongsikan oleh beliau   adalah kawalan penyakit dan perosak. Setiap pokok di kebun memerlukan perhatian dan penjagaan   yang khusus supaya tidak merebak kepada pokok-pokok yang lain. Pada masa yang sama, keperluan nutrien bagi setiap pokok amatlah penting.

Oleh itu, beliau memilih untuk menggunakan baja Organik NuGrow dan OrgGrow. Kedua-dua baja ini adalah bentuk “pellet” dan senang ditaburkan   berbanding dengan baja cecair yang memerlukan semburan yang kerap, terutamanya untuk kebun atau ladang yang luas dan berskala besar. Encik Sim turut berkongsi dengan cara pembajaan yang dipraktikkan di kebun beliau, iaitu pembajaan yang langsung ke akar dan disertai oleh pengairan air yang secukupnya.


Dato Sri Dr. Stephen Rundi (tengah) bersama CEO Briar Resources Sdn Bhd, Encik Wayne Lai Soon Wei (dua dari kiri) dan pemilik kebun durian Lian Guan Agro, Encik Sim menikmati durian Musang King di kebun.

 


Di samping itu, beliau turut bercerita tentang kepentingan proses pendebungaan durian dan manfaat kelawar sebagai agen pendebunga. Pada masa hadapan, Encik Sim berharap dapat   meluaskan tanaman pokok durian dan   meningkatkan hasil tuaian selaras dengan   permintaan pasaran.

Baja Rumusan Khas dari Briar Resources

Briar Resources Sdn Bhd merupakan syarikat yang berfokuskan kepada kelestarian pertanian dan membantu para petani untuk meningkatkan hasil tanaman sekaligus mengurangkan kos operasi dan pelepasan karbon. Ia bertapak di Beranang, Selangor. Usaha penyelidikan syarikat ini telah berjaya merumuskan beberapa produk baja untuk kegunaan pertanian pelbagai. Di antaranya adalah MPOB PREMIUM 5, MPOB IMPROVED 5, MPOB F5 SUPER, MPOB F5, Bio Organik 555, NuGrow dan   OrgGrow. Produk terkini syarikat   Briar  adalah baja MPOB F5   PREMIUM dan F5 IMPROVED (Improved 5 and Premium 5). Ianya merupakan formulasi   terkini yang mengandungi teknologi tinggi dan mampu menampung pengeluaran hasil pertanian   sebanyak 6.62 metrik tan per hektar setahun. Baja ini amat sesuai untuk tanaman sawit. Selain itu, baja ini   juga adalah mesra alam kerana teknologi formulasinya (DMPP) mampu mengurangkan pelepasan nitrat di tanah. Baja ini turut   dirumus untuk mengandungi fosfat larut air yang tinggi dan ini membantu tanaman untuk mencerna nutrien dengan lebih berkesan. Briar Resources Sdn Bhd mempunyai kerjasama dan rakan kongsi dengan beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta   seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), MARDI Corporation Sdn Bhd, Behn Meyer AgriCare(M) Sdn Bhd dan E ARGO Sdn Bhd. 


CEO Briar Resources Sdn Bhd, Encik Wayne Lai Soon Wei menerangkan tentang baja keluaran Briar kepada tetamu yang melawat ke kebun.

 


If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag