September 08 2025

Benih Padi Sah Prasyarat Hasil Tinggi

Benih Padi Sah Prasyarat Hasil Tinggi - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Jamaludin Mat Rashid

Sejak manusia mula  bertani, input benih menjadi keutamaan yang sangat dititikberatkan. Benih-benih bermutu yang kekal hingga kini lahir daripada aktiviti yang sangat ringkas—memilih yang terbaik untuk dikembangkan dan membuang mana- mana yang tidak berkualiti.

Masyarakat pesawah dalam kalangan orang Melayu dahulu kala mempunyai ritual tertentu untuk menjemput semangat padi. Mereka percaya semangat padi. Mereka  percaya semangat padi dapat menentukan kejayaan tuaian padi pada musim hadapan. Tentunya, benih padi menjadi watak utama. Gemal padi daripada tuaian musim sebelumnya yang disimpan dengan baik akan dikeluarkan sebagai benih.

Pemahaman Sains Pertanian dan Pengeluaran Benih Bermutu

Pemahaman yang mendalam mengenai sains  pertanian telah mewujudkan amalan berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan. Pengeluaran benih bermutu telah menjadi cabang perniagaan dalam agrobisnis, setaraf dengan pengeluaran racun makhluk perosak dan baja. Ia dikawal oleh kerajaan melalui skim pengesahan pengeluaran biji benih yang ketat bagi menjamin kualiti yang ditetapkan dan bebas daripada pencemaran berupa biji benih rumpai serta bahan yang diserang penyakit.

Fasa Pengeluaran Benih Padi Sah

Terdapat empat fasa benih padi sebelum dapat  dikeluarkan sebagai benih padi sah, iaitu benih baka, benih asas, benih daftar dan benih sah. 

Benih baka ialah benih yang dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan. 

Benih baka ini akan digandakan sebagai benih asas yang dipindahkan kepada syarikat-syarikat pengeluar benih yang dilantik oleh pihak  kementerian. 

Proses pengeluaran benih asas padi merupakan  satu proses yang telah dipersijilkan bagi memastikan biji benih padi yang dikeluarkan berkualiti dan memenuhi piawaian kawalan pengeluaran benih.

Pengeluaran Benih Padi Sah

Benih padi sah ialah benih yang dikeluarkan oleh pengeluar yang dilantik oleh kerajaan untuk menanam dan mengeluarkan benih padi yang bermutu. Benih padi yang dibiarkkan itu diperoleh daripada benih asas yang diperoleh daripada sumber yang sah seperti MARDI.

Skim Pengesahan dan Pemantauan Kualiti

Terdapat skim pengesahan benih padi yang menetapkan prosedur dan standard kualiti yang perlu dipatuhi oleh pengeluar benih padi sah. Pengeluar akan dipantau mengikut rejim yang ketat, termasuk pemeriksaan ladang pada peringkat pra-tanam, peringkat pertumbuhan/tampang, fasa berbunga, dan pra-tuai. Loji pemprosesan biji benih diperiksa supaya bebas daripada cemar kimia mahupun biologi, serta ujian kualiti biji benih terutama peratus percambahan.

Kelebihan Penggunaan Benih Padi Sah

Penggunaan benih padi sah membantu  meningkatkan produktiviti dan kualiti padi yang dihasilkan. Benih yang bercambah dengan baik menjimatkan masa dan belanja petani kerana populasi optimum dapat dicapai tanpa kerja-kerja sulaman. Bekalan benih dijamin mencukupi untuk keperluan petani kerana perancangan keperluan benih dilakukan lebih awal oleh pihak berwajib.

Taburan Pusat Pengeluaran dan Jaminan Kualiti

Terdapat pusat pengeluaran benih padi sah di seluruh negara seperti di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Ini bertujuan untuk memperkukuh industri padi dan beras negara, semoga dalam jangka panjang dapat mencapai tahap sara diri. 

Benih padi sah dijamin bebas daripada bahan asing terutama biji benih rumpai yang mampu menjadi wabak dan meningkatkan kos merumpai, terutamanya rumpai sukar dibasmi seperti padi angin dan sambau. 

Benih padi sah memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan, termasuk ketulenan fizikal, kelembapan dan peratus percambahan. 

Antara pusat pengeluaran benih terbaru ialah Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah PPN Perak. Pusat ini dijangka dapat memproses dan menghasilkan 250,000 beg benih padi sah dengan kapasiti 5,000 tan metrik setahun. Ia akan memberi manfaat kepada 16,000 pesawah di negeri Perak.

Perkembangan Pusat Pengeluaran Benih

Selain pusat di Perak, tiga lagi pusat pengeluaran benih padi sah diwujudkan di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah bagi memperkukuh industri padi dan beras negara serta meningkatkan pendapatan pesawah dan melengkapkan rantaian nilai industri padi.

Fokus Reformasi Industri Padi

Fokus terkini kementerian adalah agenda untuk mereformasi industri padi dan beras negara serta meningkatkan produktiviti  ruminan, khususnya pengeluaran daging lembu dan kerbau. 

Reformasi industri padi dan beras tidak hanya bertujuan mencapai kemandirian bekalan tetapi juga untuk membawa industri ke tahap lebih tinggi serta meningkatkan pendapatan para pesawah.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag