July 08 2023

Tidak Bimbang Terhadap Iklim, Petani Giat Hasilkan Betik

Tidak Bimbang Terhadap Iklim, Petani Giat Hasilkan Betik - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Suhu tinggi, hujan yang kerap dan kelembapan yang tinggi  disebabkan oleh perubahan iklim menggalakkan pembiakan perosak dan bakteria dan akhirnya menjejas pertumbuhan betik. 

Oleh itu, ramai petani  terpaksa meninggalkan tanaman betik buat sementara waktu dan beralih kepada tanaman lain.

Walau bagaimanapun, Cheng Rong Qiao, seorang pemilik ladang di Batu Pahat masih gigih dan giat menceburi dalam penanaman buah betik dengan rumah hijau. Hasil pengeluarannya adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk bekalan kepada  pengusahan buah betik.


Hari hujan yang berterusan  berpunca daripada perubahan cuaca iklim mengakibatkan keamatan cahaya yang tidak mencukupi dan kepanasan suhu persekitaran yang luar biasa amat menggalakkan serangan penyakit yang serius. Kejadian ini turut menjejaskan pengeluaran betik di negara kita.

Walaupun penanaman betik sering menghadapi banyak cabaran, Cheng Rong Qiao masih gigih mengekalkan pertanian dan pengeluaran. Gambar ini adalah pokok betik Exotica 2 yangberbuah lebat.

Tanaman di Rumah Hijau

Bagi menandatangani situasi sebegini, ramai petani buah terpaksa meninggalkan penanaman betik buat sementara waktu dan menukar  jenis  penanaman yang lain. 

Namun masih terdapat segelintir pemilik ladang yang masih gigih   menanaman betik. Mereka sanggup belajar teknik dari Taiwan dan Thailand dan  mencari  variasi betik yang lebih berdaya tahan daripada serangan penyakit.

Cheng Rong Qiao, pemilik Ace Natural Farm di Batu Pahat, Johor merupakan satu contoh yang  klasik.

 Ladang betiknya masih bergiat mengekalkan operasi penanaman betik dan dengan kadar pengeluaran yang  normal . 

Beliau  mengusahakan tanaman betik cara tunas pokok betik di dalam rumah hijau. Hasil penanaman beliau bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, beliau juga berkongsi bekalan hasilannya dengan  rakan pengusaha  tempatan.

Musim hujan yang berterusan amat menyukarkan para petani menanam anak pokok betik. Justeru, Cheng Rong Qiao berasa beliau perlu menghulur bantuan kepada rakan  pengusaha.

Menurut Cheng, ladangnya juga menggunakan kaedah rumah hijau untuk menanam tembikai susu dan tembikai. Kebanyakan hasilnya adalah untuk diekspotke pasaran Singapura.


Ladang Cheng Rong Qiao menanam tunas pokok betik di rumah hijau. Selain daripada kegunaan ladang, kebun beliau juga sempat membekalkan hasilannya kepada rakan sebaya tempatan.

 

Tanaman Betik Cabaran Banyak

Ladang Cheng terletak di kawasan Sungai Ayam di pinggir Batu Pahat, dan telah memperolehi pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).

Pada mulanya beliau hanya saja-saja melabur di dalam bidang pertanian . Kejayaan ladang tersebut telah menunjukkan prestasi yang baik selepas  itu. Oleh demikian, beliau turut dipelawa  oleh syarikat racun perosak dan baja domestik yang terkenal untuk mewakili syarikat tersebut menjadi wakil pengusaha; seterusnya syarikat Cheng turut menceburi menjadi agen penaja baja. Perkembangan syarikat tersebut terus berkembang sehingga sempat menghasilkan formulasi baja tersendiri dan telah diwarwarkan di dalam pasaran.  

 Daripada aspek pelaburan penanaman dan pengeluaran betik, Cheng Rong Qiao tidak menafikan bahawa walaupun harga borong betik pada kira-kira 20 atau 30 tahun yang lalu hanya 20 hingga 30 sen sekilogram,  ianya masih kira menguntungkan pada masa itu. Sebaliknya zaman masa kini  penanaman betik banyak menghadapi cabaran.terutamanya kebelakangan beberapa tahun ini, perubahan iklim menyebabkan hari hujan yang kerap dan keadaan yang teruk sering menyebabkan betik menghadapi serangan penyakit reput akar dan penyakit virus bintik cincin.Akhirnya petani terpaksa kehilangan hasil tuaian dan mengalami kerugian.

Beliau menegaskan bahawa suhu tinggi, hujan kerap dan kelembapan tinggi yang disebabkan oleh perubahan iklim menggalakkan pembiakan perosak dan bakteria, akhirnya menjejaskan pertumbuhan betik.

Malangnya, satu atau dua pohon pokok betik Exotica 2 yang ditanam- olehnya turut terkena reput akar. Mujurlah beliau mengesan penyakit itu lebih awal dan sempat menghapuskan pokok yang dijangkiti dengan segera bagi mengelak daripada sebaran jangkitan kepada tumbuhan yang lain.

Keutamaan penghasilan di rumah hijau ladang Cheng Rong Qiao tertumpu kepada buah tembikai susu dan tembikai. Pada hari bertemu-ramah itu, kebetulan kerja-kerja penuaian betik di kebun beliautelah pun selesai dan mereka bersedia untuk jenis penanaman yang seterusnya.

 

Exotica 2 Ada Tumbuhan Betina

Cheng Rong Qiao menegasbahawa pokok betik di ladangnya masih menghadapi masalah lain. Contohnya, Exotica 2 yang ditanam mempunyai pokok betina dan mengeluarkan buah bulat, manakala tumbuhan berumah satu menghasilkan buah berbentuk mentol.

Beliau berkata, buah berbentuk mentol yang dihasilkan oleh Exotica 2 berumah satu adalah bentuk buah ortodoks, dan pulpanya juga wangi. 

Bagi buah bulat yang biasanya dihasilkan oleh tumbuhan betina sekarang, beliau bersedia untuk diekspot ke pasaran Singapura. Tambahan pula, saiz buah bulat adalah lebih kurang sama, dan beliau yakin potensinya dapat diperkembangkan ke pasaran di seberang.

Cheng menegaskan jika tumbuhan betina Exotica 2 yang menghasilkan betik bulat hendak dibetulkan untuk menghasilkan buah berbentuk mentol ortodoks, pokok betina boleh diperbetulkan menjadi tumbuhan hybrid jantan dan betina melalui kaedah cantuman. 

MemandangkanCheng kini sedang bersiap sedia mengeksport buah bulat ke Singapura. , beliau akan memelihara 80 pokok betina yang ditanamnya pada peringkat ini.

Pada asalnya, ladangnya menanam 500 pokok Exotica 2, dan akhirnya 80 daripadanya menjadi tumbuhan betina dan menghasilkan buah bulat. Hasil buah bulat adalah lebat, sama seperti tumbuhan berumah satu yang menghasilkan buah berbentuk mentol.

Ladang Cheng Rong Qiao terletak di kawasan Sungai Ayam di pinggir Batu Pahat. Ladangnya telah berjaya diakreditasikan dengan pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).

 

Kebanyakan Eksport ke Singapura

Ladang Cheng juga menanam betik sekaki, dan kebanyakan hasil betik dieksport ke Singapura, dan hanya sebahagian kecil dipasarkan di dalam negara.

Sebenarnya, keadaan iklim dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mengurangkan pengeluaran betik, yang mengakibatkan bekalan betik berkurangan, dan harga jualan telah meningkat dengan banyak.

Beliau juga mendedahkan bahawa sebelum Tahun Baru Cina, harga borong betik sekaki di Batu Pahat melebihi dua ringgit sekilogram. Sama ada petani dapat beruntung atau tidak masih tidak, ini masih bergantung kepada jumlah pengeluarannya. Memandangkan keadaan iklim yang teruk mengakibatkan serangan penyakit yang kerap, ini pasti akan membawa kesan yang besar ke atas jumlah penuaian betik. 


Buah betik daripada pokok betina Exotica 2 berbentuk bulat manakala bentuk buah betik daripada pokok kacukan betina bersama dengan jantan adalah berbentuk “mentol”.

 

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag