November 02 2023

Skim Subsidi Harga Beras Tingkat Pendaptan Pesawah

Skim Subsidi Harga Beras Tingkat Pendaptan Pesawah - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Menerusi kenaikan subsidi baharu ini kerajaan telah mengkaji bahawa pengusaha padi sekurang-kurangnya akan dapat meningkatkan sumber pendapatan sebanyak RM1700 untuk setiap tan metrik padi  yang di jual.

Skin subsidi ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pengusaha padi atau pesawah tempatan dalam menampung kos pengurusan tanaman padi dan juga kos sara hidup yang kian meningkat.

Pada awal bulan kemerdekaan ini kerajaan telah mengumumkan berita tentang penambahbaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP), di mana jika sebelum ini padi dijual pada harga RM360 per tan metrik namun dengan skim yang di naik taraf ini pesawah dapat menjual hasil padi yang dituai kepada RM500 per tan metrik berkuatkuasa pada 9 Ogos 2023. 

Berita yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak di Dewan Kerian Lermai mengenai kenaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) membuatkan pengusaha padi mengukir senyuman lebar di wajah mereka.

Kenaikan Terbesar Selepas 25 Tahun 

Untuk makluman semua, ini merupakan skim kenaikan subsidi yang terbesar dalam sejarah tanah air setelah 25 tahun kenaikan skim berkenaan diumumkan.


Dato' Seri Anwar bin Ibrahim menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai kepada Pesawah dan Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah. -Foto: FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

 

Dipetik dari Berita Harian, Anwar berkata bahawa peningkatan subsidi harga padi sebanyak RM140 itu juga membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun oleh kerajaan. 

Kali terakhir Perdana Menteri naikkan subsidi harga padi adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an. 

Tingkat Pendapatan & Tampung Kos Sara Hidup 

Menerusi kenaikan subsidi baharu ini kerajaan telah mengkaji bahawa pengusaha padi sekurangkurangnya akan dapat meningkatkan sumber pendapatan sebanyak RM1700 untuk setiap tan metrik padi yang di jual. 

Skin subsidi ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pengusaha padi atau pesawah tempatan dalam menampung kos pengurusan tanaman padi dan juga kos sara hidup yang kian meningkat.

 Keterjaminan Makanan Mencukupi & Meningkat 

Selain dapat meringankan beban bagi menampung kos sara hidup dan kos pengurusan tanaman padi, dengan skim subsidi ini juga secara tidak langsung memberi semangat dan motivasi untuk pesawah berusaha meningkatkan tanaman dan hasil padi yang baik, kekal mencukupi di samping dapat memastikan keterjaminan makanan negara berada di fasa yang selamat. 

Ekonomi Naik & Menggalakkan Usahawan Tani Muda 

Bukan itu saja, dengan kenaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) ini ia juga dapat menggalakkan lebih ramai usahawan tani muda untuk menceburi bidang pertanian tanaman padi ini. 

Apatah lagi dengan potensi sumber pendapatan yang mampan, ia secara tidak langsung membuka pintu golongan muda untuk terjun dalam industri agrikultur tanah air.

 Kerajaan Tawar Pelbagai Program Agro 

Selain mengumumkan kenaikan subsidi harga padi, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan berjumlah RM21.3 juta untuk dimanfaatkan kepada 28,295 orang pengusaha padi dan peladang di negeri Perak. 

Antara bantuan yang disampaikan adalah Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-Up). Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan, Program Agriprentice, Dana Tabung Hijrah Madani Agrobank, dan juga Bantuan Khas Sumbangan Tunai. 

Semak Semula Penggredan Padi 

Memetik laporan dari Astro Awani, Perdana Menteri juga turut berkata bahawa kerajaan akan menyemak semula penggredan padi untuk memastikan harga mengikut piawaian yang ditetapkan serta memberi jaminan dan keadilan harga kepada pesawah padi. Dengan inisiatif ini, ia secara tidak langsung dapat menghindari pengilang dari bertindak sesuka hati tanpa mengikut piawaian yang telah ditetapkan. 

Justeru itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melatih pegawai pertanian dan akan ditempatkan di kilang-kilang pemprosesan padi swasta bagi memantau secara bebas dan memastikan pengilang mengikut harga penggredan padi dengan telus dan mengikut syarat berdasarkan undang-undang negara. 

Padi Lima Musim 

Berikutan isu beras putih yang didakwa tidak mencukupi di pasaran tempatan menular, pihak kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan bagi melaksanakan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun sebagai inisiatif untuk meningkatkan pengeluran beras negara dan sekaligus memastikan keselamatan makanan terjamin.

 


If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag