May 21 2023

Rebut Peluang Musim Buka Gerai di Merata Negara

Rebut Peluang Musim Buka Gerai di Merata Negara - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Encik Choi pada asalnya menceburi perkilangan besi, pada masa yang sama, beliau turut terlibat di dalam perniagaan katering dan mengusaha cendol durian. 

Pada 5-6 tahun yang lalu, beliau telah menukar hala tuju perniagaan kepada pengusaha buah durian yang bermusim. Beliau turut membuka gerai-gerai penjualan raja buah di merata-rata di negara kita.


Encik Choi Yu Quan telah membuka gerai durian di merata-rata di negara kita sempena musim durian. Ini bukan sahaja menggambarkan keberanian beliau, malah menunjukkan beliau benar-benar optimis dan merebut peluang perniagaan durian.

Encik Choi Yu Quan membuka gerai durian merata-rata di Malaysia berdasarkan musim tempatan yang bersesuaian. Gambar ini diambil semasa beliau menjaja di Sungai Lipis.

 

Kandungan Pulpa Tinggi

Sebernar, beliau telah membuka gerai di sekitar Raub dan Kuala Lipis di Pahang untuk menjual raja buah sendiri.

Pada masa yang sama, beliau telah berjaya mempromosikan varieti durian tempatan yang dikenali sebagai "Durian Tuhan". Varieti tersebut amat digemari oleh pelanggan tempatan dan buah ini telah menambah satu lagi pilihan kepada pelanggan.

Varieti "Durian Tuhan" ini belum sempat didaftarkan, walau bagaimanapun, testur, kualiti dan rasa pulpanya adalah mirip kepada D24 dan rasanya tidak mengkal, bahkan pulpanya berasa pahit yang mendalam, testur melekit dan sangat licin, sehingga pelanggan tidak dapat melupakan rasanya. 

Tambahan, bijinya bukan sahaja lebih kecil daripada D24, tetapi boleh terdapat banyak biji rata yang kerap dengan isi pulpanya yang banyak.


Durian Tuhan adalah berasal dari Raub, isinya berwarna kekuningan oren, dan berasa kepahitan yang teras, testurnya melekit dan kerap boleh dijumpai dengan isi biji kecil dan rata.

 

Ambil Peluang Buka Pasaran

Encik Choi pada asalnya menceburi perkilangan besi, pada masa yang sama, beliau turut terlibat di dalam perniagaan katering dan mengusaha cendol durian. 

 Pada 5-6 tahun yang lalu, beliau telah menukar hala tuju perniagaan kepada pengusaha buah durian yang bermusim. Beliau turut membuka gerai-gerai penjualan raja buah di merata-rata di negara kita.

Choi membekal dan menjual durian melalui sumber daripada pemilik dusun durian di pelbagai tempat, jadi beliau berpeluang menemui durian tempatan yang bernama "Durian Tuhan" yang berkualiti tinggi. Beliau berkata ia adalah dari Raub dan pembekal berharap "Durian Tuhan" akan menjadi popular pada masa hadapan.

Harga runcit "Durian Tuhan" pada asasnya adalah sama dengan Durian XO. Pada hari temuduga kami melawat gerai durian Choi, beliau hanya mendapat 4 biji "Durian Tuhan" dari pemiliknya dengan sebab belum sampai musim menuai "Durian Tuhan".


Gerai Choi menjual pelbagai varieti durian termasuk durian kampong. Musang King adalah di antara yang paling mahal.

 

Bilangan Hari Mengikut Jualan

Choi Yu Quan membuka gerai durian di pelbagai tempat sempena musim durian, malah beliau tidak berasa ia sukar walaupun jarak yang jauh. Lagipun, pengalaman berniaga yang lalu membuatkan beliau sudah biasa melancong ke pelbagai tempat.

 Encik Choi menegaskan, sejak 5 atau 6 tahun lalu, beliau telah menjual durian di pelbagai tempat dan Kuala Kubu Bharu, Selangor mempunyai prestasi perniagaan yang terbaik. Beliau juga membuka gerai di tempat lain termasuk Bagan Datuk, Perak. 

Walau apa pun, biasanya beliau menentukan bilangan hari untuk membuka gerai mengikut situasi perniagaan. Jika perniagaan tidak bagus, biasanya beliau menutup gerai selepas 3 hari dan beralih ke tempat yang berpotensi.

Beliau menjual durian di Kuala Kubu Bharu 4 tahun lalu selama sebulan menunjukkan kawasan sekitar mempunyai hasil tuaian durian yang baik, dan tempat itu dipenuhi orang ramai dan mempunyai kuasa beli yang kukuh.

Ketika berada di Kuala Kubu Bharu, sumber durian beliau adalah dari kawasan pengeluar utama durian iaitu di sekitar Raub, dan beliau pergi ke Raub melalui lebuhraya Bukit Fraser, ini banyak memanfaatkan kemudahan logistik.

Penjaja perlu memegang lesen untuk menjual durian di gerai agar tidak melanggar undang-undang.

 

 Lesen Gerai RM600 Sebulan

Di samping itu, Encik Choi berkata pasti ada masalah semasa menubuhkan gerai, yang terutama, penjaja mesti ada lesen dan bayaran lesen pada asasnya ialah RM20 sehari, jadi sebulan RM600. Sekiranya penjaja tidak memegang lesen berkaitan, beliau mungkin akan didenda. 

Namun, secara amnya di pekan-pekan kecil ataupun di kawasan luar bandar, penjaja biasanya tidak menghadapi masalah rampasan durian yang dijual oleh pegawai. Sebaliknya, di kawasan bandar yang makmur, terdapat kemungkinan besar durian dirampas tanpa lesen. 

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag