March 01 2024

Melon Jelai

Melon Jelai - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Disediakan oleh: Ali Hanafiah (FACULTY OF DURIAN)

Perusahaan melon secara fertigasi di dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) sudah tidak asing lagi dan telah menjadi pilihan para usahawan selari dengan peralihan teknologi pertanian di Malaysia.

Teknologi penanaman ini adalah untuk memastikan operasi penanaman dan pengeluaran dapat dijalankan sepanjang tahun dengan meminimumkan faktor perubahan cuaca seperti kadar hujan yang tinggi. 

Perubahan cuaca yang drastik memberi cabaran kepada kebanyakan pekebun bagi melibat banyak olahan seperti pembajaan dan habitat perosak.


Rock Melon varieti RM128 (Romeo)

 



Melon varieti Kirin


Pengurusan Fertigasi Tanaman Melon

Antara kosep asas untuk teknologi ini ialah:

a) Bekalan / sumber air bersih yang mampan

- Air menjadi tunjang kepada setiap hidupan. Kadar keperluan awal dan simpanan air menjadi kayu pengukur tahap kejayaan sesebuah projek.

b) Sistem pengairan dan pengurusan saliran

- Rekabentuk sistem pengairan memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap pokok dapat bekalan air dan nutrisi yang sama rata. Ketidaksamarataan tersebut akan dizahirkan pada pokok dan jual hasil nanti.

- Walaupun menggunakan sistem fertigasi, tahap saliran di dalam rumah SPH perlu dipastikan lancar bagi mengelak kawasan dari berair yang berpotensi untuk mengundang penyakit.

c) Kemahiran pengurusan nutrisi

- Pembajaan asas baja set A & B secara berjadual dan bersistematik.

- Pembajaan tambahan melalui tumpuan sesetiap peringkat pokok seperti Amini Pure, Kompos FOM 361, foliar 128, nanocalcium dan lain-lain.


Pertumbuhan pokok yang seragam dan konsistem mampu menghasil buah yang seragam.

 

d) Kemahiran pengurusan penanaman

- Merangkumi aspek penyemaian, penanaman, pengurusan pemangkasan sulur, mengikat sulur , pendebungaan berbantu dan juga pengurusan penuaian.


Kerja pengutipan hasil dijalankan pada hari ke 70-75 selepas bertanam.

 


e) Kemahiran pengecaman / diagnostik penyakit dan nutruisi

- Kemahiran mendiagnos atau membaca isyarat pokok adalah salah satu kemahiran yang memerlukan pengetahuan serta pengalaman supaya kita dapat mencegah atau mengawal dari awal.

- Antara perosak yang umum adalah seperti Serangan Kulat Powdery Mildew, Phythium  , serangan serangga seperti Thrips, Aphid dan lain-lain.


Buah yang rosak akibat kecederaan fizikal ketika operasi kerja dijalankan.

 



Pemantauan simptom dan pengecaman perosok perlu dijalankan sepanjang masa melalui pemantauan pekerja / usahawan.


f) Pengurusan kewangan dan sumber manusia

- Pengurusan kewangan adalah salah satu aspek penentu tahap kejayaan sesebuah projek. Tanpa pengurusan yang betul, pulangan pelaburan akan berisiko lewat ataupun rugi.

- Pengurusan sumber manusia juga memainkan peranan dari aspek latihan, kerjasama bersama agensi dan lain-lain.


Pengurusan sokongan buah dan juga pemantauan buah dijalankan.


Pekerja membuang dengan mencabut pokok yang bermasalah bagi mengelakkan kerosakan merebak mengikut APB. 

 


ANAK MUDA JELAI & "MELON"NYA

Penglibatan belia muda menjadi satu lagi harapan sebagai penyambung generasi pertanian yang selaras dengan Dasar Keterjaminan Makanan Negara. En.Naqqiuddin Rosdi, anak kelahiran Kuala Medang, Lipis, Pahang sanggup untuk tinggal di desa bagi mencapai impiannya sebagai usahawantani yang berjaya. Bermula pada tahun 2015 sebagai pembantu bapanya, Rosdi Salleh iaitu usahawan fertigasi juga, beliau telah mengembangkan lagi projek pada skala lebih luas dan kini mampu berdiri di atas kaki sendiri. Penglibatan dan kesungguhan beliau di dalam bidang ini, mampu mengangkat dirinya sebagai Ikon Belia Pertanian Negeri Pahang dan kini beliau juga adalah sebagai penasihat projek khas tanaman fertigasi di bawah Yayasan Negeri Pahang.

Projek penanaman yang dijalankan kini ialah tanaman melon varieti Kirin dan RM128 (ROMEO) dengan bilangan polibeg sebanyak 4,750 polibeg bagi setiap varieti. Penanaman secara berperingkat  mengikut giliran rumah SPH yang ada  adalah untuk memastikan pengeluaran buah dapat dikeluarkan sepanjang masa bagi memastikan bekalan hasil tidak putus.

Menurut beliau, dengan kepadatan sebanyak 4,750 polibeg, potensi hasil boleh mencapai 8,000 kg dengan harga borong  RM6.00-12.00/ kg. Kaedah pemasaran adalah lebih kepada tempahan khas , contract farming dan jualan runcit.

 

Warna isi buah berwarna jingga , teksturnya rapuh dan tahap kemanisan adalah sekitar Brix 14-16⁰. 

 

Produk keluaran dikenali sebagai Medang Melon.

 


 Kenapa Duduk di Kampung?

 Soalan lazim yang selalu dituju kepada beliau terima sebagai anak muda. Pilihan hidup di kampung baginya mampu membuka peluang dan meningkatkan sosio ekonomi setempat. Adalah harapan En.Naqqiuddin untuk membangunkan kampung asal usul beliau. Terkini, usahawan muda ini mempunyai organisasi sendiri dengan bilangan pekerja seramai 15 orang yang merupakan anak jati tempatan dan tahap kemahiran yang dilatih agar dapat mengembangkan lagi industri ini.

Penglibatan beliau yang aktif bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, PPK dan juga FAMA  mampu menghasilkan kolabrasi yang baik selari dengan halatujunya.

Harapan beliau adalah dapat membangunkan kampung dan bersama-sama memajukan ekonomi setempat. Bukan dengan mentaliti pekerja, tetapi mentaliti seorang “Tauke”.Seloroh beliau kepada pekerjanya.


Bersama Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail untuk sesi uji rasa Melon keluarannya.

 



Usahawan bersama penulis.

 







If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag