March 08 2023

Makanan Alternatif Kurangkan Kos Penternakan

Makanan Alternatif Kurangkan Kos Penternakan - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Harga makanan global yang tinggi sehingga dunia kini menghadapi masalah harga ayam, telur dan daging lain. Industri ternakan negara anggota ASEAN bukan sahaja terpaksa mengurangkan atau menangguhkan pengeluaran ternakan bagi mengelak kerugian, tetapi juga mencari makanan alternatif untuk mengatasi kesulitan di samping mengurangkan kos...


Dengan kenaikan harga makanan ternakan global, pengeluar ternakan di negara anggota ASEAN bukan sahaja terpaksa mengurangkan jumlah pengeluaran ternakan, malah ditutup buat sementara waktu untuk mengelak kerugian. 

Selain itu, sebahagian daripada pengeluar juga bergiat untuk mencari makanan alternatif, supaya mengurangkan kos dan mengatasi masalah.

 Berhati Apabila Menukar Formula Makanan

 Bagi Vietnam, pengeluar ternakan mencari hasil sampingan makanan ternakan, seperti ubi kayu, kulit buah-buahan, produk sampingan tauhu, atau buah-buahan yang rosak, beras pecah, gandum, sisa biojisim sawit dan sebagainya.

Bagaimanapun, perunding pemakanan haiwan Peter Robson menasihat industri ternakan dan pengeluar makanan ternakan bahawa mereka mesti menyemak dengan teliti kandungan nutrisi formulasi makanan alternatif apabila mereka menukar formula makanan. 

Beliau menegaskan bahawa walaupun makanan alternatif mungkin mengandungi protein yang tinggi, tetapi serat yang tinggi tidak boleh dicerna oleh ayam, dan jika formula makanan diubah dengan kerap, ayam petelur mungkin tidak akan makan dan tidak bertelur.

Peter Robson juga memberitahu Asian Poultry bahawa sudah tentu terdapat cabaran dalam memproses bahan makanan alternatif, termasuk produk sampingan bijirin dengan kandungan lembapan yang tinggi, menjadikannya sangat mencabar untuk dibuat pelet, dan lebih-lebih lagi, memandangkan bahan mentah alternatif ini mempunyai jangka hayat yang singkat. Oleh itu, pengeluar makanan menghadapi masalah semasa penyimpanan.

Harga Jagung Suapan Naik Mendadak

Negara kita sangat bergantung kepada jagung makanan ternakan yang diimport sebagai makanan utama untuk ternakan, tetapi malangnya, dengan tercetusnya konflik di antara Rusia dengan Ukraine, tertimbulnya kekurangan bekalan yang serius, yang telah menyebabkan kekurangan jagung makanan yang banyak. Akibatnya, dunia kini menghadapi masalah harga ayam, telur dan daging lain yang melambung tinggi.

 Dengan masalah ini, banyak negara mendapati bahawa kebergantungan terhadap pengeluaran jagung makanan pada jangka panjang bukan satu strategi yang baik. 

Sebaliknya, kerajaan yang bijak harus membimbing negara untuk memajukan penanaman dan pengeluaran jagung makanan. Bagi Malaysia, dengan iklim tropika dan kelebihan geografinya, pengeluaran jagung mengandungi keadaan semula jadi yang sangat baik.

Malah, bidang pertanian negara kita telah mendapat pencapaian yang agak besar dalam penanaman dan pengeluaran padi dan jagung manis, antaranya jagung manis dan  jagung kupas telah dieksport ke banyak negara asing.

Tambahan pula, sisa biojisim sawit yang dihasilkan di negara kita telah dieksport ke Eropah sebagai makanan lembu! 

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag