October 15 2025

Khidmat Jualan Sokongan untuk Pertanian Bandar

Khidmat Jualan Sokongan untuk Pertanian Bandar - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Bushral Karim Md Yusob

Ramai penduduk bandar ingin memulakan usaha menanam sayuran dan tanaman di kawasan rumah, tetapi tidak ramai yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk memulakannya. Ini merupakan satu potensi yang boleh meningkatkan pengeluaran makanan negara. Atas kesedaran ini, terdapat individu yang melihat potensi tersebut dan memulakan khidmat jualan serta sokongan kepada peminat kebun bandar.

Sebelum ini, Encik Jauhari Jalil telah terlibat dengan hidroponik sebagai hobi sejak 10 tahun lalu. Beliau mengusahakan taman bunga dan sayuran di belakang rumah, kemudian menyediakan set hidroponik.

Melalui perkongsian di media sosial, beliau menyedari adanya permintaan untuk menyediakan khidmat jualan dan bantuan kepada peminat kebun bandar dari seluruh negara. 

Dengan perkongsian beliau dalam media sosial, didapati ramai yang berminat untuk membeli. Oleh itu, beliau mula menjual set mini hidroponik. Apabila permintaan semakin meningkat, beliau memindahkan operasi ke Kawasan Perindustrian Gopeng. 

Encik Jauhari Jalil melihat ini sebagai peluang untuk menggalakkan konsep kebun bandar. Maka, beliau menyewa sebuah tapak berhampiran Pusat Transformasi Desa di Gopeng dan menumpukan penanaman sayuran serta tumbuhan yang sesuai untuk tanaman bandar.

Latar Belakang dan Sejarah Joe Galeria

Walaupun minat orang ramai untuk terlibat dalam kebun bandar semakin meningkat, pemasaran produk untuk pertanian bandar masih agak terhad.Ramai peminat tanaman hidroponik  mencari kawasan jualan yang menyediakan kelengkapan serta benih untuk tanaman  yang sesuai. 

Menyedari potensi ini, Encik Jauhari bertekad menggalakkan kegiatan kebun bandar sebagai satu usaha untuk mendorong penduduk bandar mengusahakan tanaman di kawasan terhad. 

Pada tahun 2021, beliau menyewa sebuah kawasan seluas 0.66 ekar daripada kerajaan negeri. Lokasi kawasan ini sangat strategik kerana berhampiran dengan Ibu Pejabat FAMA Negeri Perak dan kawasan hentian rehat Simpang Pulai. 

Di kawasan ini, beliau menyediakan pelbagai peralatan, benih, baja, dan kemudahan  untuk pelanggan. 

Beliau juga menggabungkan aktiviti pertanian dengan rekreasi bagi menarik minat seluruh ahli keluarga yang melawat galerinya. 


Pelancong dan pengunjung galeri berpeluang melihat kecantikan tanaman dan hiasan yang disediakan, selain membeli produk tanaman, bunga, baja, serta kelengkapan kebun semasa lawatan mereka.

 


Pelancong dan pengunjung galeri ini berpeluang melihat kecantikan tanaman dan hiasan yang disediakan, selain membeli produk  tanaman, bunga, baja, serta kelengkapan kebun semasa lawatan mereka.

Manfaat Kebun Bandar Dikongsi

My Hygrow Farmville yang ditubuhkan bertujuan untuk pameran kepada orang awam serta agensi kerajaan. Pengunjung boleh melihat sendiri sistem tanaman dan kepelbagaian produk terkini yang dikeluarkan serta dipasarkan. 

Selain menyediakan pelbagai benih tanaman, produk dan kelengkapan pertanian, beliau turut menawarkan khidmat nasihat berkaitan pertanian bandar. 

Pelawat yang datang ke Joe Galeri akan berpeluang melihat sendiri kaedah penanaman dan sistem hidroponik yang dipamerkan.

Mereka boleh memilih produk yang ingin dibeli, dan ramai menganggap ini sebagai satu tarikan untuk mula mempelajari pertanian bandar. 

Malah, lawatan ke galeri ini turut memberikan idea untuk mengembangkan usaha pertanian  di kawasan rumah sendiri. 

Di galeri ini juga terdapat pelbagai kelengkapan dan kemudahan tanaman hidroponik. Pelanggan  boleh memilih aksesori yang diperlukan serta  kaedah untuk melengkapkan sistem perlindungan haba, sistem pengairan, dan sistem penjagaan tanaman. 

Anak-anak yang datang bersama ibu bapa turut dirangsang untuk terlibat dalam aktiviti pertanian kerana konsep penjagaannya yang mudah, bersih, dan tidak memerlukan tenaga buruh yang banyak. 

Pelajar sekolah, pelajar universiti, serta pelbagai komuniti penduduk juga kerap mengunjungi galeri ini untuk lawatan sambil belajar  tentang kaedah menanam, sistem saliran,  teknologi hijau (tenaga solar), binaan rumah hijau, dan sistem IoT.

Program Pembelajaran dan Komuniti

Terdapat komuniti penduduk yang datang untuk belajar dan mengikuti kursus melalui program yang disediakan. Dana daripada kerajaan  turut memberi sokongan untuk kursus-kursus  ini, termasuk program Kebun Komuniti Madani dan Program Sejati Madani. Melalui program  ini, Joe Galeri menyediakan peralatan serta kemudahan tempat berkursus. 

Pelawat yang datang ke galeri berpeluang melihat kemudahan hidroponik dan mempelajari secara lebih dekat cara menanam. Mereka juga  boleh membeli set tanaman sama ada untuk sayuran segar atau set permulaan bagi tujuan penanaman di rumah.

Konsep Pertanian Moden

Program-program yang dianjurkan oleh galeri menerapkan konsep pertanian moden yang  lebih bersih, tidak memerlukan ruang tanah yang luas, serta tidak menimbulkan suasana  semak di kebun. 

Kaedah ini lebih cantik dan menenangkan, dengan penjagaan yang mudah dapat membekalkan sayuran yang lebih bersih untuk keluarga.Galeri  juga menawarkan konsep berhibur khususnya untuk kanak-kanak dan remaja. 

Pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad),  anak-anak boleh didedahkan dengan aktiviti pertanian serta berinteraksi dengan haiwan  ternakan yang terdapat di sini. 

Agropelancongan merupakan satu bentuk pelancongan yang menggabungkan aktiviti pertanian dengan pelancongan. 

Joe Galeria menggabungkan aktiviti pertanian dengan rekreasi bagi menarik minat seluruh ahli keluarga yang melawat galerinya.

 

Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mengalami kehidupan di ladang, mempelajari proses pertanian, serta menikmati keindahan alam semula jadi. 

Konsep ini semakin popular di Malaysia dan banyak negara lain kerana bukan sahaja menguntungkan petani tetapi juga mempromosikan pelancongan tempatan. 

Joe Galeri merupakan antara tarikan pelancongan di Negeri Perak. Pelancong bukan sahaja dapat mempelajari kaedah mudah menanam sayuran di rumah, malah boleh membeli kelengkapan pertanian yang diperlukan. 

Agropelancongan ini memberi pendedahan kepada pelancong tentang kepentingan pertanian mampan dan pemeliharaan alam sekitar. 

Ramai pelancong yang berkunjung ke Ipoh  mengambil peluang melawat Joe Galeri, terutamanya pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad). 

Kemudahan dan Produk

Bermula pukul 3 petang setiap Jumaat, pelbagai aktiviti disediakan termasuk lawatan ke kawasan ternakan kambing pigmi untuk memberi  makan serta kawasan kolam pancuran untuk anakanak bermain air. 

Galeri ini juga menjadi tumpuan pengunjung awam yang mencari alat dan aksesori pertanian. Sambutan yang menggalakkan diterima kerana menyediakan set pertanian bandar yang boleh diperoleh terus di sini.

Produk-Produk Utama yang Dipasarkan

Antara produk utama yang boleh diperoleh di Joe Galeri ialah Set Hidroponik HLT yang diperkenalkan oleh Encik Jauhari sejak hampir 10 tahun lalu. Set ini mudah dipasang dan sesuai digunakan di kawasan tanah yang terhad.  Set ini juga boleh disatukan dengan sistem pengairan mudah yang turut disediakan,  serta boleh dipasang terus di kawasan kediaman. 

Bidang pertanian menghadapi pelbagai cabaran termasuk kawalan serangga perosak, penyakit tanaman, serta mengekalkan prestasi jualan. 

Oleh kerana pertanian bandar tidak mempunyai kawalan terhadap produk yang dihasilkan, terdapat pihak yang mengambil kesempatan  dengan mencetak rompak alat tanaman.  Hal ini menyukarkan usahawan seperti Encik Jauhari untuk mengekalkan harga peralatan pertanian yang kompetitif.


Pendapatan utama Joe Galeri diperoleh melalui jualan hasil ladang dan peralatan pertanian.

 


Joe Galeri perlu mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan selepas jualan. Pada masa ini, beliau memerlukan antara 5 hingga 10 orang pekerja untuk memastikan galeri dijaga  dengan baik, diselenggara dan dibersihkan secara berkala. 

Namun, sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan yang menyebabkan tugas penyelenggaraan turut terjejas.

Potensi Pendapatan

Pendapatan utama Joe Galeri diperoleh melalui jualan hasil ladang dan peralatan pertanian. Melalui lawatan ke galeri ini, pelancong dapat memahami teknik penanaman dan penjagaan tanaman, seterusnya membeli hasil tanaman serta peralatan terus dari galeri. 

Malah, mereka berpeluang meningkatkan pengetahuan tentang teknik penjagaan tanaman melalui interaksi dengan Encik Jauhari menerusi pelbagai platform media sosial. 

Kerajaan turut menekankan kepentingan jaminan makanan dan konsep penanaman  sendiri untuk sara diri. Walaupun fokus bukan pada pengeluaran hasil pertanian berskala industri, penglibatan setiap keluarga dalam aktiviti penanaman sendiri mampu memberikan  kepuasan kepada lebih ramai penduduk. 

Potensi pendapatan akan lebih baik dengan peningkatan dana untuk kempen pertanian bandar serta kesedaran masyarakat tentang kepentingan penanaman sendiri.

Kesimpulan

Pertanian bandar merupakan gabungan usaha antara penduduk bandar, pengusaha  tanaman, serta kemudahan teknikal daripada pihak kerajaan dan swasta. 

Usaha Joe Galeri berpotensi membuka minda lebih ramai penduduk untuk meneroka konsep penanaman sendiri di sekitar rumah, baik sebagai hobi mahupun sumber pendapatan tambahan. 

Semua pihak yang memahami kepentingan pertanian bandar digalakkan untuk menyokong inisiatif ini, sekaligus menggalakkan penglibatan lebih ramai penduduk, terutamanya generasi muda, dalam aktiviti pertanian bandar.

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag