May 08 2023

Industri Pemprosesan Buah-Buahan Semakin Mengembang

Industri Pemprosesan Buah-Buahan Semakin Mengembang - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Kedudukan geografi yang strategik dan ilkim yang sesuai telah menggalakkan pengeluaran buah-buahan tropika di Malaysia.

Dalam situasi ini, usahawan yang berpandangan jauh telah berusaha keras untuk membangunkan industri pemprosesan buah hiliran, malah memasuki pasaran global.

Di antaranya, produk durian Musang King merupakan pilihan ramai, terdapat ramai pengusaha domestik membangunkan produk seperti kuih bulan pada Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan aiskrim Musang King. 


Perubahan iklim memang memberi kesan kepada sesebuah negara, bagi Malaysia, kedudukan geografi yang strategik dan iklim khatulistiwa telah mendorong negara kita menjadi sebuah negara yang menghasilkan banyak buah tropika.


Selain jus pekat dan jem buah-buahan, terdapat juga kilang pemprosesan buah-buahan mengeluarkan pelbagai jenis buah kering.

 


 

Penanam yang Berpandangan Unik

Sudah tentu negara kita tidak boleh hanya bergantung kepada kedudukan geografi dan iklim, malah usaha dan ketabahan pemilik dusun dan penanam adalah satu lagi faktor utama.

Jelas sekali, selepas perjuangan dan kegigihan dua tiga generasi, pemilik dusun dan penanam buah-buahan telah mencapai kejayaan cemerlang dalam pengeluaran buah-buahan.

Apatah lagi, industri buah-buahan tempatan bukan sahaja menghasilkan pelbagai buah untuk sekian lama, malah pemain industri yang berpandangan unik telah pun melibatkan diri dalam pembangunan industri pemprosesan buah-buahan hiliran sambil mengeluarkan pelbagai buah.


Sebuah syarikat durian yang terkenal di Malaysia membekalkan pes Musang King ke kilang memproses aiskrim di Thailand, dan mencatatkan rekod jumlah dagangan RM130 juta setiap tahun.

 


Produk Durian Berprestasi Baik

Dari segi pembangunan industri hiliran, durian adalah yang paling berprestasi baik, ini disebabkan oleh manfaat ekonomi yang tinggi dan ia dibekalkan kepada pasaran luar negara.

Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan sesebuah syarikat tempatan yang terkenal, telah menghasilkan pes durian Musang King lalu membekalkannya kepada kilang memproses aiskrim di Thailand, syarikat tersebut telah berjaya mencatatkan rekod jumlah dagangan RM130 juta setiap tahun.

Bagii negara kita, produk durian yang dihasilkan oleh kilang pemprosesan durian sejuk beku telah lama dieksport ke pasaran luar negara, sekali gus memperoleh pertukaran asing untuk negara sejak sekian lama.

Untuk makanan proses durian di negara kita, oleh sebab jualan yang hangat di pasaran luar negara, permintaan terhadap bahan mentah meningkat dan kawasan tanaman durian dalam negara terus berkembang. Semestinya, selain peningkatan pengeluaran produk proses durian sejuk beku, kilang pemprosesan durian juga turut komited dalam menghasilkan produk durian kering, dengan ini memperkayakan kepelbagaian produk durian yang diproses.


Kejayaan membangunkan produk durian telah mendorong buah yang dituai tidak bergantung kepada jualan segar sebagai satu-satunya jalan keluar.

 



 


Kerajaan Patut Memberi Bantuan

Bagi pembangunan industri makanan pemprosesan buah-buahan negara kita, terdapat kilang kecil telah mengeluarkan jambu batu kering pada awal-awal lagi.

Pada masa yang sama, kilang pemprosesan buah-buahan lain juga mengeluarkan pelbagai buah kering.

Bagi produk buah-buahan lain, jus pekat, jem, dan pelbagai makanan berkaitan yang lazat dan berkhasiat yang diperbuat daripada buah naga telah dieksport ke negara-negara maju, yang sepenuhnya mencerminkan prestasi buah-buahan negara kita yang cemerlang dalam bidang hulu dan hiliran. 

Dengan ini, pihak kerajaan perlu memberikan bantuan tertentu, malah ganjaran, agar industri huluan dan hiliran buah-buahan di negara kita dapat mencapai pembangunan yang lebih baik, apatah lagi industri buah-buahan merupakan penghubung penting dalam bidang makanan dan pertanian!

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag