July 08 2023

Hujan Mendorong Perosak & Penyakit, Pengeluaran & Kualiti Betik Makin Teruk

Hujan Mendorong Perosak & Penyakit, Pengeluaran & Kualiti Betik Makin Teruk - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Kalau dahulu, musim kemarau dan musim hujan memang dapat dijangkan pada waktu-waktu yang tetap. 

Tetapi kini musim-musim ini tidak lagi terjangka. Albert, seorang petani betik di Sagil, Johor tidak dapat menjalankan tugas-tugas penanaman kebun dengan lancar.

Apabila memasuki musim kering, Albert mesti memesan pekerja mengguna racun perosak untuk mencegah dan mengawal perosak dan penyakit. Malah, sebahagian racun perosak yang disemburkan pada hari hujan akan dihanyut dan keberkesanannya turut dipengaruhi dan akhirnya menyebabkan wabak penyakit dan serangga perosak  tidak dapat dikawalkan dengan baiknya.


Albert, seorang petani betik di Sagil, Johor, mengeluh bahawa beliau mengalami hujan berterusan baru-baru ini, menyebabkan betik menghadapi masalah perosak dan penyakit yang serius.


Albert – keluasan penanaman  Betik Sekaki - seluas meliputi kawasan  kira-kira 2 ekar, dan pokok-pokoknya berumur kira-kira satu tahun. Beliau menyesal kerana betik mengalami masalah perosak dan penyakit yang serius berikutan hujan lebat berterusan sejak kebelakangan ini.

 

Hujan Beberapa Bulan

Kebun betik Albert meliputi kawasan seluas kira-kira 2 ekar. Buah betik yang ditanam ialah betik sekaki, dan pokok-pokoknya berumur kira-kira satu tahun.

Di bawah pengurusannya, tanaman betik telah berhasil sepanjang masa, tetapi terdapat gangguan sekali-sekala selama kira-kira dua minggu dan hasilnya masih kira memuaskan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, cuaca buruk dengan hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini menyebabkan buah betik diserang oleh penyakit dan serangga perosak dengan serius mengakibatkan hasil dan kualiti merosot. Beliau terpaksa memusnahkan sebilangan penanamannya untuk mengelakkan sebaran penyakit secara meluas.

Menurut Albert, hari hujan berterusan selama 3 bulan, bermula dari akhir bulan September ke akhir bulan Disember 2022. Jarang sekali hujan berhenti, jika ada, hari cerah hanya akan bertahan selama beberapa hari, yang paling lama hanya dua minggu.

Sementara itu, Albert berpendapat bahawa Tahun Baru Cina akan menyambut musim kering yang stabil, tetapi hujan berturut-turut selama beberapa hari pada ketika itu.

Katanya, dahulu musim kemarau dan musim hujan memang ketara, tetapi kini kini tidak lagi menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugas-tugas kebun dengan lancar.

Oleh itu, selagi cuaca adalah kering, Albert mesti memesan pekerjanya menyembur  racun perosak untuk mencegah dan mengawal perosak dan penyakit.

Malah, walaupun racun perosak boleh disembur pada hari hujan, tetapi jika hujan lebat, sebahagian racun perosak akan dicuci. 

Walaupun dengan pelekat, keberkesanan racun perosak itu masih tidak baik sehingga menyebabkan wabak penyakit dan serangga perosak dengan cepat.


Pekerja menyembur racun serangga pada cuaca kering kini yang jarang berlaku.

 

Sukar Sembur Pada Hari Hujan

Biasanya, Albert menyembur racun perosak sekali seminggu, tetapi kini hari hujan yang berterusan menyebabkan beliau menangguhkan semburan sehingga 10 hari, atau lebih lama lagi.

Apa yang paling mengganggu Albert ialah hujan yang tidak dapat dijangkakan. Beliau berkata, biasanya apabila kemuculan hujan pada waktu petang secara berturut-turut selama dua hari, beliau menjangka sempat menyembur racun serangga pada pagi keesokan. Akan tetapi,  kini kadang-kala hujan turut terjadi berturut-turut pada  pagi keesokkannya dan ini menyebabkan beliau menggaru kepala dan kehilangan idea penyelesaian.

Secara amnya, racun perosak boleh diserap oleh tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dalam masa satu jam selepas semburan. Bagi Albert, biasanya beliau mengambil  dua jam untuk menyelesaikan kerja penyemburan di kebun seluas 2 ekar ini. Andaikan beliau  bermula kerjanya dari pukul 8 pagi, kerja semburan ini biasanya akan bertamat pada  10.00  pagi nanti. Malah, hujan sering berlaku pada waktu ketika itu dan ini menyebabkan kebersanan racun ke atas tanaman yang disembur terdahulu terganggu pada pukul 8.00 akan mendapat kesannya, tetapi tidak pada pukul 9:00, dan perosak dan penyakit akan berlaku.

Albert  juga terpaksa meneruskan kerja penyemburan racun serangga pada hari hujan yang berselang-seli  dengan harapan di mana hujan yang kurang lebat tidak akan mengalirkan  racun  serangga yang sekian ada.


Antraknos menyebabkan bintik-bintik yang bulat pada kulit betik, dan kawasan yang berpenyakit tenggelam.

 

Reput Hitam MembBunuh Tumbuhan

Perosak dan penyakit yang dihadapi oleh Albert termasuk reput hitam, antraknosa dan thrips.

Daun betik yang menjangkiti reput hitam akan berbintik-bintik sehingga mati perlahan-lahan. Selain itu, tangkai daun pokok akan layu, daunnya berwarna kuning. Sebelum daun gugur, bahagian dalam tumbuhan akan menjadi hitam dan mati. 

Tidak kira pokok matang, pokok muda atau anak pokok boleh dijangkiti, malah tumbuhan berbuah juga akan menghadap nasib yang sama.

Penyakit ini merebak dengan cepat dan sukar untuk dirawat. Oleh itu, sebaik sahaja Albert menjumpai tumbuhan yang dijangkiti penyakit itu, beliau akan mencabutnya serta-merta, dan lubang yang berpenyakit terpaksa disterilkan. 

Pada masa yang sama, Albert akan menunggu dan tidak akan menanam semula dengan segera supaya mengelakkan wabak penyakit itu lagi.

Penyakit itu sangat merbahaya sehingga Albert terpaksa menghapuskan satu-demi-satu pokok sejumlah lebih daripada 60 pohon yang berpenyakit, sehingga kawasan itu terbiar dengan dengan rumput-rumpai.


Thrips menyebabkan kulit betik kasar dan tidak sekata, nilai komoditi sangat berkurangan, dan ia digredkan ke gred B.

 

Buang Buah yang Berantraknosa

Penyakit Antraknosa yang dihadapi oleh Albert telah merendahkan kualiti buah.

Bagi buah-buahan yang dijangkiti penyakit ini, bintik-bintik bulat akan muncul pada kulit sebelum ia matang dan menjadi kuning; bahagian yang berpenyakit akan bertenggelam. Buah-buahan yang berpenyakit secara amnya perlu dipetik dan disingkirkan untuk mengurangkan peluang menjangkiti buah-buahan sihat yang lain.

Kelembapan dan suhu tinggi adalah sebab utama kemunculan penyakit Antraknosa.. Iklim  yang panas beserta dengan  hujan terputus-putus mendorong  wabak antraks mudah tercetus.

Albert gigih membuang buah-buahan yang berpenyakit. Beserta dengan pengurusan yang baik, tumbuhan yang berpenyakit itu dapat diselamatkan tanpa perlu menghapuskan keseluruhannya.

Jika cuaca masih buruk, penyakit ini masih boleh tersembunyi dan ia hanya boleh dikawal secara minima dengan menggunakan racun perosak.

Albert berkata bahawa buah-buahan berpenyakit mesti dialih keluar dari kebun dan tidak boleh diketinggalan di dalam  kompaun kebun.

Pada hari bertemu bual itu, Albert telah membuang banyak betik berpenyakit sehingga lori angkat telah diisi penuh. Jumlahnya amat menakjubkan.

Hujan yang berterusan menyebabkan kemunculan rumpai air  bertumbuh secara tidak terkawal, Ini turut  memudaratkan keuntungan penanaman. Oleh itu, Albert tidak meletakkan sungkupan, dan hanya bergantung pada penyemburan racun herba sebagai langkah pencegahan.

 

Thrips Kurangkan Hasil

Bagi perosak Thrips, hampir semua petani betik mengetahui kebahayaannya.

Pada asasnya, Thrips menyebabkan tumbuhan berbunga buruk dan maka gagal berbuah. Jika ianya berbuah, hasilnya menjadi kurang. Dalam sesetengah kes yang teruk ianya boleh langsung tidah berbuah.

Thrips juga akan merosakan buah betik. Kulit buah yang terjejas adalah kasar dan tidak rata, nilai komoditinya amat rendah  dan ia terpaksa menurunkan gred kepada  gred B.

Pada masa yang lalu, Thrips membiak dalam jumlah besar sewaktu musim kering. Dengan fenomena cuaca yang tidak stabil baru-baru ini, kelajuan pembiakan Thrips nampaknya adalah lebih cepat. Buat masa ini Albert tidak ada idea Tindakan pencegahan lagi dan hanya boleh menggunakan racun perosak untuk mengawal sebanyak yang mungkin.

Albert berkata bahawa penyakit dan serangga perosak betik ini mesti dirawat dengan racun perosak.  Dengan cuaca yang buruk dan sukar dijangkakan ini, kawalan secara ekologi tidak lagi efektif ke atas seranggan perosak betik. 

Rumpai yang Serius

Selain daripada perosak dan penyakit yang disebabkan oleh cuaca buruk, terdapat juga masalah rumpai.

Albert berkata bahawa adalah sukar untuk menyembur racun herba pada hari hujan, tambahan pulan selepas semburan  rumpai  akan bertumbuh semula dengan lagi cepat.

Terlalu banyak rumpai  menjadi tempat pembiakan perosak dan seterusnya menyebabkan serangan perosak yang serius.

Dasarnya petani betik membuat sungkupan untuk mengelakkan rumpai semasa menyediakan  rabung. 

Filem sungkupan mempunyai pelbagai kelebihan, termasuk menjimatkan kos racun herba, tetapi Albert percaya bahawa penanaman betik bukanlah tanaman jangka masa pendek, dan biasanya akan mengambil selasa 2 hingga 3 tahun. Selalunya filem sungkupan ini akan  sering terdedah kepada kepanasan dan air hujan.  Kira-kira selepas setahun ia akan mula rosak.

Maka, petani terpaksa mengganti semula dan ini turut meningkatkan kos operasi dan bahan tanaman.

Selain itu, selepas filem plastik ,menutup permukaan tanah, haba pada permukaan itu tidak dapat tersesar dengan lancer. Maka, udara panas akan tertumpu di bawah filem plastik. Susulan dengan hari hujan berterusan, kuman akan membiak secara merebak di dalam filem plastik yang panas itu dan menggalakkan rebakan wabak penyakit tanaman. 

 Kemudaratkan penggunaan filem plastik pada musim cuaca buruk baru-baru ini adalah jelas mendorong lebih  daripada kebaikannya. , Maka, Albert hanya boleh mencegah pertumbuhan rumpai dengan racun rumpai dan bukannya dengan  filem plastik.

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag