March 13 2023

Vitamin Menggalak Tumbesaran Ayam

Vitamin Menggalak Tumbesaran Ayam - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Dengan perkembangan teknologi penternakan ayam, vitamin memainkan peranan yang lebih penting. 

Walau bagaimanapun, makanan berfungsi konvensional lazimnya tidak dapat menampung keperluan vitamin ayam yang bertumbuh, dan kekurangan vitamin adalah perkara biasa. Oleh itu, suplemen vitamin tambahan amat diperlukan.


Memandangkan perkembangan kualiti makanan ternakan tidak selari dengan promosi, ini menghalang pembangunan industri ayam moden ke arah kualiti tinggi, kecekapan tinggi, kesihatan dan perlindungan alam sekitar. 

Antaranya, terdapat banyak salah faham dalam pemahaman vitamin. 

Sebagaimana yang kita tahu, vitamin adalah salah satu nutrien penting untuk ayam, tetapi jumlah yang digunakan tidak memenuhi keperluan pertumbuhan, pengeluaran dan kesihatan ayam.


Keperluan pemakanan ayam kini semakin meningkat, oleh itu, suplemen vitamin yang mencukupi amat diperlukan untuk mendapat ayam yang lebih berkualiti.

 


Pemakanan Standard Semasa Tidak Memuaskan

Dengan perkembangan teknologi penternakan ayam, pemahaman industri tentang peranan pelbagai vitamin semakin meningkat, dan dos vitamin yang disyorkan sentiasa berubah dan bertambah. 

Suplemen pemakanan vitamin bukan sahaja harus menghalang kekurangan vitamin, tetapi juga menangani sokongan untuk pemakanan yang optimum dalam persekitaran operasi komersial. 

Penggunaan makanan komersial berfungsi konvensional selalunya tidak dapat menampung keperluan vitamin ayam yang bertumbuh, dengan itu kekurangan vitamin pada ayam adalah perkara biasa. Untuk mengatasi masalah  ini, suplemen vitamin tambahan amat diperlukan.

Industri penternakan ayam pada hari ini lazimnya bermasalah dengan pemakanan semasa belum mencapai standard sedangkan ayam bertumbuh dengan cepat, dengan itu, diet formula standard tinggi dan tambah vitamin berkualiti tinggi memainkan peranan yang penting.

Untuk mengurangkan kesan buruk seperti kemerosotan persekitaran ladang, ketumpatan pembiakan yang tidak cukup, penyalahgunaan antibiotik dan ubat kimia, dan pengaruh mikotoksin, permintaan vitamin semakin meningkat. Antaranya, mikotoksin sangat berbahaya dan akan memusnahkan vitamin C, E, A, D, B6, biotin dan sebagainya, ia juga mengakibatkan pengoksidaan pelbagai asid lemak tak tepu dalam ayam, mengurangkan kebolehubah bentukan sel imun yang tidak spesifik. Fungsi faktor dan antibodi yang lemah menyebabkan fungsi imun yang rendah dan menrupakan punca kepada semua penyakit.



Vitamin dalam makanan akan hilang disebabkan oleh faktor seperti pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan mikotoksin, ini mengakibatkan pengambilan vitamin yang tidak sekata kepada ayam.

 


Vitamin makanan akan musnah

Vitamin ialah mikronutrien yang terlibat dalam hampir semua proses metabolik organik dalam ayam dan penting untuk mencapai prestasi dan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, vitamin mudah teroksida dan mempunyai kestabilan yang lemah. Semasa proses pengeluaran makanan, suhu tinggi, kelembapan yang tinggi, dan pemusnahan asid klorida akan menyebabkan kerugian yang lebih besar. Kolin dan mineral dalam makanan juga mempunyai kesan yang merosakkan vitamin, dan juga akan teroksida dan hilang semasa penyimpanan. 

Di samping itu, keseragaman vitamin yang lemah dalam makanan juga merupakan masalah. Butiran vitamin tidak konsisten dengan butiran makanan, dan akan diasingkan semasa pengangkutan dan penyimpanan, yang pasti akan mengakibatkan pengambilan vitamin tidak sekata di kalangan kumpulan ayam yang sama dalam pemberian makanan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masalah mikotoksin makanan amat dipentingkan, dan penyingkiran acuan telah digunakan secara meluas. Akan tetapi, penyingkiran acuan juga menyerap beberapa vitamin, ini mengakibatkan vitamin dalam makanan semakin kurang, apatah lagi ayam memerlukan lebih banyak vitamin untuk menggalakkan metabolisme bagi meningkatkan keupayaan detoksifikasi.

Apabila cuaca panas dan hujan kerap, vitamin paling mudah dimusnahkan oleh penguraian oksidatif.Kandungan vitamin dalam makanan sudah berada pada tahap nutrisi yang rendah, dan tidak dapat dielakkan ia akan hilang. Secara amnya, premix aditif perlu digunakan dalam 1 hingga 2 bulan, dan yang paling lama tidak boleh melebihi 6 bulan. Penyimpanan hendaklah dalam persekitaran yang kering, kedap udara, gelap dan suhu rendah. Malah, banyak masalah kualiti makanan dalam pengeluaran semasa kebanyakannya adalah masalah vitamin, yang perlu diberi perhatian oleh industri.

Industri penternakan ayam biasanya merumuskan formula makanan dengan hanya mempertimbangkan keperluan pemakanan ayam, tetapi bukan keperluan imuniti badan. 


Selain pemakanan, vitamin boleh meningkatkan kualiti kulit telur, warna kuning telur, dan meningkatkan kesegaran daging ayam dan memanjangkan hayat simpanan.

 


Keperluan Vitamin telah berubah

Penyelidikan pemakanan vitamin telah berkembang ke tahap biologi molekul, dan kesan tambahan yang baru ditemui dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah jauh melebihi skop tradisional pencegahan dan rawatan kekurangan vitamin. 

Keperluan vitamin ayam telah banyak berubah.Salah satu sebab ialah pemilihan baka ayam mengubah keperluan pelbagai vitamin, begitu juga degan pengaruhan faktor tekanan dalaman dan luaran. Selain itu, keperluan kualiti produk juga mengehadkan bekalan vitamin berkualiti tinggi.

Pada masa yang sama, semakin ramai pengguna mula meminta kualiti sedia ada produk ayam, seperti rasa, warna, pemakanan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan kebersihan. 

Selain fungsi pemakanan, vitamin juga boleh meningkatkan kualiti kulit telur, warna kuning telur, kandungan vitamin, kesegaran daging dan meningkatkan prestasi pembiakan. Oleh itu, bekalan vitamin bukan sahaja perlu mempertimbangkan kesan pemakanan, tetapi juga menilai sama ada produk itu memenuhi keperluan pasaran.

Keperluan pemakanan ayam untuk vitamin perlu dipertimbangkan dalam tiga faktor, iaitu jenis vitamin yang ditambah, tahap penambahan, dan keseimbangan antara vitamin. Di antaranya, jenis vitamin yang ditambah adalah lebih penting. Apabila vitamin tertentu kekurangan, ia berkemungkinan menjejaskan prestasi pengeluaran ayam, dan akan berlaku masalah keseimbangan yang sama antara asid amino antara vitamin yang berbeza.

Baka ayam semasa kini bertumbuh dengan lebih cepat dan produktif,  ini memerlukan tahap ketersediaan nutrien yang lebih tinggi untuk mencapai potensi genetik sepenuhnya. Selain produktiviti, keperluan vitamin dinilai oleh parameter lain, seperti imunisasi,  kebajikan haiwan,  kualiti karkas,  kualiti produk, penunjuk mikrobiologi, dan lain-lain. Tambahan tahap tinggi vitamin tambahan membawa kepada prestasi pengeluaran yang lebih tinggi, kesihatan, tahap kebajikan haiwan dan kualiti produk.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag