March 13 2023

Tradisional & Moden, Kembanglah Bidang Perikanan

Tradisional & Moden, Kembanglah Bidang Perikanan - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Encik Zheng menangkap ikan bersama ayahnya semasa kecil lagi. Setelah bertungkus lumus selama 30 tahun, beliau berjaya menubuhkan syarikatnya yang dinamakan Yu Soon Trading. Pada masa kini, beliau menyerahkan perniagaannya kepada anak-anaknya supaya menumpu sepenuh perhatian dalam penubuhan restoran makanan lautan bagi merebut peluang perniagaan yang dibawa oleh industri pelancongan yang berkembang maju.


Industri perikanan di kawasan pesisiran pantai Kuala Selangor, Selangor menunjukkan prospek yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Ini adalah usaha daripada nenek moyang  sedangkan mereka memulakan perniagaan dengan menangkap ikan di laut terlebih dahulu, mengusahakan kedai ikan dengan menjual hasil tangkapan. Setelah perniagaan stabil, perniagaan itu diserahkan kepada anak-anak, dan sendirinya terus memainkan peranan penyeliaan untuk membantu generasi muda mencari ruang pembangunan yang lebih luas.

Encik Zheng  menunjukkan ikan jenahak merah seberat 7kg ke atas.

 

Di samping itu, usaha bersama seluruh keluarga nelayan dan industri ikan akhirnya mewujudkan status pembangunan perikanan Tanjong Karang, Bagan Pasir, dan kawasan sekitar.Pelancongan tempatan juga berkembang pesat.

Encik Zheng, pengurus Yu Soon Trading Bagan Pasir memang merupakan salah satu contoh yang baik. Beliau menangkap ikan bersama ayahnya pada umur 15 tahun. Setelah bertungkus lumus selama 30 tahun, beliau berjaya menubuhkan syarikatnya yang dinamakan Yu Soon Trading.

Pada masa kini, Yu Soon Trading mempunyai lebih daripada 10 buah bot nelayan yang dikelaskan dalam kategori lesen perikanan A, B dan C. Lazimnya, bot-bot ini turun ke laut selama 25 hari setiap bulan, manakala 5 hari lagi akan berehat jika cuaca tidak izin, seperti angin kencang atau hujan lebat.

Menurut Encik Zheng, bot-bot ini mula ke laut seawal 5 atau 6 pagi setiap hari dan pulang pada 5 atau 6 petang selewat-lewatnya setiap hari. Mereka menggunakan cara menjaring untuk menangkap ikan.

Yu Soon Trading mempunyai lebih daripada 10 buah bot nelayan. Bot-bot ini mula ke laut seawal 5 atau 6 pagi setiap hari.

 

Bagi jumlah tangkapan, ini adalah bergantung kepada nasib, dan juga bergantung kepada kemahiran orang yang memukat. Bagaimanapun, beliau menegaskan operasi mana-mana industri mempunyai masalah berbeza, bergantung kepada kemahiran pengendalian industri.

Jeti Yu Soon yang terletak di Bagan Pasir berhadapan dengan Selat Melaka. Kos pembinaan jeti tersebut setanding dengan lebih RM500,000 pada harga hari ini.

Encik Zheng juga berkata, selepas bot-bot nelayan pulang ke jeti, pekerja-pekerja akan menggunakan kren peralatan untuk menurunkan hasil tangkapan dan membungkus dalam bakul digantung di dok dan memproses segera untuk mengekalkan kesegaran. Sebelum imi,  makanan laut yang dibungkus telah dirawat dengan ais hancur terlebih dahulu.

Bot nelayan sering menangkap sejumlah besar udang kecil yang digunakan untuk membuat belacan. Dengan ini, Bagan Pasir menjadi salah satu kawasan pengeluaran utama belacan.

 

Beliau juga berkata, hasil tangkapan biasanya ialah ikan jenahak merah, ikan senangin, ikan tenggiri, ikan bawal, dan juga ikan laut yang dipanggil ikan kurau oleh pengusaha tempatan. Selain itu, udang kecil yang banyak ditangkap dan digunakan untuk membuat belacan.

Bagan Pasir juga merupakan kawasan penghasil utama belacan.

Encik Zheng kini menyerahkan perniagaan kepada kedua-dua anaknya, Zheng Weidi dan Zheng Zhuanxuan supaya menumpu perhatian dalam pembukaan restoran makanan lautan untuk merebut peluang perniagaan yang dibawa oleh industri pelancongan yang berkembang pesat.

Di samping itu, anak perempuannya, Zheng Zhuanxuan telah pun memulakan perkhidmatan penghantaran ikan dan makanan segar ke rumah. Beliau menyatakan perkhidmatan ini mula beroperasi sebelum penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, perniagaan perkhidmatan penghantaran ke rumah makanan laut yang berkaitan semakin baik.

Jeti yang dibina berhadapan dengan Selat Melaka. Selepas bot nelayan pulang ke jeti, pekerja-pekerja akan segera menurunkan hasil tangkapan bagi mengekalkan kesegaran.

 

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag