December 27 2024

Teknologi Canggih Di Jerman dan China

Teknologi Canggih Di Jerman dan China - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Nik Sukry Ramli

Sektor penternakan akuakultur yang mempunyai sejarah yang panjang sudah   mengubah landskap ekonomi bagi pengusaha di Jerman dan China. 

Mereka menggunakan pelbagai pendekatan baharu untuk kekal kompetatif di   samping menjana perolehan lumayan.

Sebagai contoh, seorang pengusaha dari Jerman, Bernd   Pommerehne berkata, ikan yang diternak dalam   kolam tidak membabitkan belanja besar. 

"Ia hanya memerlukan sedikit air, satu kilogram makanan dan 150 hari untuk mendapat hasil," katanya.

Dia menternak ikan keli Afrika dan menjelaskan   paling utama adalah memastikan suhu air dalam   kolam ternakan itu kekal pada 28 darjah Celcius. 

“Ikan eksotik ini sudah biasa dengan suhu di Afrika, tempat asalnya, jadi kita kena kekalkan (suhu) untuk memberi keselesaan kepada ikan itu membiak   dengan baik,” katanya. 

Pommerehne turut memaklumkan air kolam   ternakan itu kemudiannya digunakan semula untuk mengairi ladang pertanian yang terletak   berhampiran kolam mereka usahakan. 

Selain untuk ladang jagung, melalui   perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI), mereka menghasilkan biogas dalam aktiviti penternakan akuakultur itu bagi membekalkan   sumber tenaga elektrik dan haba. 

“Sebuah loji biogas khas dibina untuk ternakan ikan. Subsidi daripada kerajaan untuk pemasangan   penjanaan tenaga memberi manfaat kepada petani. 

“Perniagaan ikan keli adalah ‘hasil sampingan’   daripada program tenaga alternatif di Jerman.   Setakat ini, 60 pemasangan sedemikian telah pun dibina dan dalam tempoh lima tahun akan datang, kami meletakkan sasaran sebanyak 600 lagi boleh disiapkan,” ujarnya. 

Penggunaan teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT) membantu pengusaha kolam ternakan berskala besar.

 



Kolam takungan menggunakan teknologi tinggal dapat memastikan kesan terhadap alam sekitar dapat dikurangkan.

 


Sementara itu di China pula, zon rintis ladang ternak marin yang beroperasi di Pulau Changdao, provinsi Shandong mempunyai kapasiti pengeluaran ikan   sehingga 1,000 tan setiap tahun. 

Penggunaan sangkar pintar gergasi ditempatkan pada kedalaman sehingga 30 meter bawah laut   antara menjadi penyumbang kepada peningkatan hasil akuakultur di negara berkenaan. 

Menjadi Laut Seperti 'Jelapang Padi'

Teknologi dan inovasi baharu diperkenalkan untuk meningkatkan industri perikanan dan memperkasa program pembangunan ladang ternak marin,   sehingga menjadikan laut seperti ‘jelapang padi’. 

Data menunjukkan, China berdiri teguh sebagai pengeluar produk berasaskan perikanan terbesar dunia, dengan menyumbang lebih 60 peratus   daripada hasil sektor akuakultur seluruh dunia. 

Sangkar pintar gergasi bawah laut kini diguna pakai secara meluas di China untuk membantu   meningkatkan pengeluaran produk perikanan. Sangkar itu dilengkapi dengan sensor, kamera bawah air dan pengesan isyarat radar,   membolehkan pengusaha ladang ternak berkenaan mendapatkan pelbagai data masa nyata seperti suhu air, tahap kemasinan dan nilai pH. 


Teknologi tinggi dalam sektor akuakultur dapat menjadikan perusahaan ini lebih sistematik dan profesional.

 


Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag