July 08 2023
Encik Chang yang menanam betik sekaki seluas 5 hingga 6 ekar meluahkan perasaan kekecewaan beliau terhadap kekerapan buah di kebunnya yang telah menjangkiti penyakit antraknosa. Kulit buah yang terjejas itu tidak dapat dijual lagi dan akhirnya buah tersebut terpaksa disingkirkan.
Walaupun beliau telah mengambil langkah-langkah pengawalan, tetapi musim hujan yang semakin kerap amat menyukarkan penggunaan racun perosak.
Selama ini Antraknosa telah mula mengancam kebun betik Chang. Pada tempoh pembiakan perosak yang kurang, hanya beberapa peratusan buah-buahan yang terjejas. Pada musim hujan, bilangan buah yang terjejas turut meningkat secara mendadak mececah lebih daripada 10% dan ini menyebabkan beliau mengalami kerugian yang besar sekali.
Penanaman betik memerlukan air yang banyak dan paling sesuai untuk ditanam di negara-negara tropika seperti Malaysia.
Namun, hari hujan yang berterusan menyukarkan petani apabila hendak mengguna racun perosak, dan mereka terpaksa menghadapi wabak penyakit dan serangga perosak yang serius.
Salah seorang daripadanya ialah Chang yang menanam betik sekaki seluas 5-6 ekar di Kampung Teratai, Johor.
Pokok betik Chang berumur kira-kira satu tahun, dan ia telah dituai sejak September 2022. Walau bagaimanapun, ia menghadapi musim hujan dalam tempoh yang lama, menyebabkan penyakit merosakkan banyak tumbuhan dan menjejaskan hasil.
Beliau berkata, banyak buah betik mengalami masalah antraknosa yang banyak menjejaskan penampilan pada kebelakangan ini. Buah-buah yang terjejas kehilangan nilai komoditi dan mesti dihapuskan.
Sebenarnya, antraknosa telah mengancam kebun betik Chang, tetapi hanya beberapa peratus buah-buahan terjejas semasa tempoh tidak puncak. Semasa musim hujan, bilangan buah yang terjejas meningkat lebih daripada 10%, menyebabkan banyak kerugian.
Biasanya Chang kerap meronda kebunya, dan sebaik sahaja menjumpai buah-buahan yang terkena antraknosa, beliau akan terus memetik dan membuangnya di luar kebun.
Selain itu, beliau juga menggunakan racun perosak untuk pencegahan dan rawatan. Malah, hari hujan yang semakin banyak pada kebelakangan ini telah menyukarkan penggunaan racun perosak.
Musim hujan pada masa dahulu boleh diramal, membolehkan Chang merancang penyemburan sendiri, dan menyembur serta-merta apabila tiba musim kemarau, tetapi sekarang cuaca tidak menentu, memaksanya untuk bergegas menyembur pada waktu pagi apabila tidak hujan.
Sememangnya jika hujan pada sebelah petang tiada apa yang boleh Chang lakukan, beliau hanya boleh pasrah dengan takdir, tetapi sekurang-kurangnya racun itu telah digunakan pada waktu pagi, dan beberapa kesan racun itu telah diserap oleh tumbuhan dan memainkan peranan.
Selain daripada antraknosa, thrips adalah masalah perosak yang paling biasa dihadapi Chang.
Chang menegas bahawa satu-satu caranya untuk mencegah perosak thrips adalah kerap menggunakan racun perosak. Beliau juga mencadangkan langkah-langkah pencegahan perlu diguna, iaitu penggunaan racun perosak secara berkala selama 7 hari untuk meminimumkan bilangan populasi thrips, jika tidak, apabila wabak berlaku, betik di seluruh kebun akan terjejas.
Penanaman Betik di Rabung
Chang berkata bahawa sebenarnya betik memerlu banyak air, oleh itu, siraman harian mesti cukup dan saliran mesti baik.
Bagi memenuhi permintaan betik, seluruh kebun telah memasang sistem pengairan. Sememangnya, siraman tidak diperlukan pada hari hujan, tetapi dalam cuaca kering, mesti siram kerap.
Secara amnya Chang mencadang bahawa menyiram pada waktu pagi, mengelakkan hari panas atau petang.
Oleh kerana betik memerlukan sistem saliran yang baik, mendorong ramai petani membina rabung sebelum penyediaan tanah.
Fungsi rabung bukan sahaja untuk membantu sistem akar betik berkembang, malah rabung yang longgar juga kondusif untuk pengaliran yang cepat.
Chang berkata bahawa apabila sejumlah besar air disiram, sistem akar akan mengumpul air secara semula jadi. Jika saliran air bertakung ia akan menyebabkan reput akar, menjejaskan pertumbuhan betik, dan daun akan gugur dengan serius sehingga menyebabkan kematian. Kejadian ini paling serius pada musim hujan. Betik yang tidak ditanam dirabung akan mengalami defoliasi daun yang lebih teruk, dan fenomena ini telah berlaku pada kebun betik Chang.
Pengguguran daun betik yang teruk akan menyebabkan baki daun menjadi kuning dan gugur, lalu menjejaskan fotosintesis tumbuhan, pertumbuhan betik juga akan menjadi perlahan.
Nasib baik kebun betik Chang terletak di lereng bukit dan salirannya agak memuaskan.
Pada masa yang sama, tanah kebun itu adalah tanah kerikil. Tanah yang gembur mendorong saliran yang baik dan mengurangkan masalah yang disebabkan oleh ketiadaan rabung.
Walau apa pun, Chang menasihat petani betik perlu membina rabung terlebih dahulu, dan beliau berkesal kerana beliau mula-mula menanam pisang dan kemudian memasang sistem pengairan.
Apabila pisang dituai dan Chang beralih kepada menanam betik, beliau mendapati bahawa jika buat rabung, paip perlu dialihkan, ini merupakan projek besar dan mungkin merosakkan paip, jadi beliau terus menanam betik di atas tanah dan bukannya membuat rabung.
Oleh itu, masalah pengairan masih kekal sehingga hari ini.
Taman Durian pada Masa Hadapan
Pada masa ini, hasil betik dalam kebun Chang mula berkurangan, kerana ada pokok dibiarkan selepas dituai. Selain itu, apabila terdapat pokok mati akibat serangan penyakit dan serangga perosak, ia tidak ditanam semula.
Beliau berkata, sebab utama tidak menanam semula ialah pertumbuhan keseluruhan mestilah sama bagi memudahkan pengurusan, jika tidak, tumbesaran akan berbeza, membebankan mereka. Lagipun kebun ini didominasi durian.
Chang yang berpengalaman bertahun-tahun mempunyai pandangan tersendiri tentang penanaman durian.
Beliau berpendapat tidah harus menanam durian secara membabi buta. Memandangkan penanaman durian mempunyai kitaran tumbesaran yang Panjang, Chang telah menanam pisang pada peringkat awal dan disusuli dengan dengan penanaman betik terpilih sebagai tanaman jangka pertengahan untuk memastikan keuntungan yang mampan.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.