October 10 2025

Ken-Fos 400 Berkesan Jadi Pilihan Utama Petani

Ken-Fos 400 Berkesan Jadi Pilihan Utama Petani - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

KEN-FOS 400 (Asid Fosforus 400 g/L) yang dibangunkan oleh syarikat agrokimia terkemuka, Kenso Marketing (M) Sdn Bhd, berjaya mengawal penyakit reput phytophthora (Phytophthora disease) pada pelbagai tanaman dengan berkesan, dan telah menerima pujian tinggi daripada petani, terutamanya penanam durian.

Penyakit reput phytophthora disebabkan oleh patogen tumbuhan (oomycetes) yang menyekat pengaliran air dalam pokok durian, mengakibatkan bahagian bawah  tanaman menjadi lembap dan seterusnya menyebabkan reput  akar, reput batang serta reput buah. Ini merupakan penyakit kulat  yang paling kerap menjangkiti pokok durian. 

Selepas tiga minggu hingga satu bulan aplikasi bahan kimia Ken-Fos 400, bahagian bawah tanaman yang lembap mula kering dan pulih, membolehkan pengaliran air disalurkan semula ke semua bahagian tanaman.

Selepas tiga minggu hingga satu bulan aplikasi Ken-Fos 400, bahagian bawah tanaman yang lembap mula kering dan pulih.

 

 Encik Ng Chee Yean, Pengurus Promosi & Pembangunan Kenso Marketing (M) Sdn Bhd, menyatakan bahawa walaupun Ken-Fos 400 dihasilkan menggunakan bahan kimia, produk ini tidak dikategorikan sebagai racun perosak (pestisid) kerana sifatnya yang lebih ringan, mesra alam, dan penggunaan jangka panjang oleh petani tidak  memudaratkan kesihatan manusia. 

Encik Ng seterusnya menerangkan peranan Ken-Fos 400 dalam  merawat dan mengawal penyakit reput phytophthora pada durian seperti berikut: 

1. Perlindungan Menyeluruh: Pokok durian menyerap Ken-Fos 400 dan mengedarkannya dalam tisu tumbuhan, memberikan perlindungan menyeluruh terhadap jangkitan penyakit reput phytophthora.  Ia sampai ke semua bahagian pokok durian termasuk akar, batang, dan daun, meliputi kawasan yang mungkin dijangkit patogen. 

2.Perencatan Patogen: Ken-Fos 400 merencat pertumbuhan dan perkembangan patogen phytophthora dengan mengganggu proses  metabolik yang penting untuk kelangsungan hidupnya, sekaligus mengurangkan keupayaan patogen menjangkiti dan merebak  dalam tumbuhan.

3.Induksi Mekanisme Pertahanan Tumbuhan: Penggunaan Ken-Fos 400 merangsang mekanisme pertahanan semula jadi pokok durian dengan mendorong penghasilan sebatian berkaitan pertahanan seperti protein fitoaleksin, seterusnya meningkatkan ketahanan pokok terhadap jangkitan penyakit reput phytophthora. 

Berbanding beberapa fungisida kimia lain, Ken-Fos 400 mempunyai kesan persekitaran yang lebih rendah. Ia terurai menjadi produk sampingan  yang tidak berbahaya di alam sekitar, tidak kekal lama, dan mengurangkan risiko bahaya ekologi. 

Patuhi Dos Penggunaan dan Panduan Keselamatan Encik Ng menekankan bahawa petani boleh menggunakan Ken-Fos 400 melalui tiga kaedah: semburan foliar (permukaan daun), suntikan batang, atau pembasahan tanah. 

Semburan foliar dan suntikan batang membantu melindungi daun dan batang, manakala pembasahan tanah mensasarkan rawatan pada akar – bahagian yang sering dijangkiti penyakit reput phytophthora pada pokok durian. 


Semburan foliar dan suntikan batang membantu melindungi daun dan batang pokok durian. Pembasahan tanah adalah rawatan yang disasarkan pada akar, di mana ia merupakan bahagian yang sering dijangkiti penyakit reput phytophthora pada pokok durian.

 


Beliau mengingatkan petani bahawa walaupun Ken-Fos 400 berkesan mengawal penyakit reput phytophthora, ia hanyalah satu komponen dalam strategi pengurusan penyakit bersepadu. 

"Amalan pertanian seperti pengairan dan saliran yang betul, penjagaan kebersihan, serta ketahanan  genetik tumbuhan juga penting untuk mengawal penyebaran penyakit reput phytophthora dalam kebun durian." 

Encik Ng sekali lagi menekankan bahawa petani mesti mematuhi dos yang disyorkan dan panduan keselamatan ketika menggunakan Ken-Fos 400. 

"Kami berjaya membangunkan dan melancarkan produk ini pada Januari tahun lalu. Dianggarkan sekurang-kurangnya 30% petani di Pahang dan Raub telah menggunakannya dengan hasil yang memuaskan, sehingga mereka terus mengaplikasikannya secara berulang." 

Katanya, selain pokok durian, Ken-Fos 400 juga sesuai untuk tanaman lain seperti lada benggala dan pokok cili.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag