May 05 2025
Plantation Ladang Ayer Kala, di bawah pengurusan BU Farm Sdn Bhd, telah menjalankan satu kajian ladang yang berinovatif untuk menilaikan manfaat amalan fertigasi menggunakan baja YaraRega terhadap pokok durian Duri Hitam. Tujuan kajian ini adalah - untuk menbuktikan pembajaan YaraRega melalui fertigasi dapat meningkatkan kecekapan penggunaan nutrien dan juga boleh memudahkan proses pembajaan yang berlandaskan pekerja.
Hipotesis kajian ini menumpukan pengurangan kos pembajaan dan peningkatan pertumbuhan pokok benih durian. Dalam kajian ini, pretasi pertumbuhan dan kesihatan pokok durian berusia 6 bulan yang seluas 100 ekar telah dipantau selama 6 bulan - dan telah memberikan jawapan yang memberangsangkan pandangan, fertigasi bermanfaat dalam agronomi dan amalan praktikal.
Pertumbuhan dan Perkembangan Pokok
Dalam kajian ini, amalanfertigasi menggunakan YaraRega 15-15-15 menunjukkan penambahbaik pada pertumbuhan pokok benih durian Duri Hitam berbanding dengan rawatan kawalan. Ketinggian pokok benih durian selepas 6 bulan dengan rawatan fetigasi yang menggunakan YaraRega menunjukkan penambahbaik sebanyak 1.3% berbanding dengan rawatan kawalan. Walaupun kedua-dua rawatan mempunyai purata pertumbuhan ketinggian bulanan yang hampir sama (9.6 cm hingga 9.7 cm sebulan), pokok yang dirawat dengan YaraRega menunjukkan pertumbuhan yang lebih konsisten dan mantap sepanjang tempoh kajian.
Selain daripada ketinggian pokok, bilangan pertumbuhan daun baru pada pokok benih durian juga dikajikan. Selepas 6 bulan pengajian, pokok benih durian yang dirawat dengan YaraRega 15-15-15 menghasilkan 73% lebih banyak daun berbanding rawatan kawalan. Secara purata, pokok yang dirawat dengan YaraRega menghasilkan 4 daun baru bagi setiap cabang sebulan, berbanding hanya 2 daun sebulan pada rawatan kawalan. Peningkatan penghasilan daun ini penting bagi meningkatkan keupayaan fotosintesis pokok dan Petanda kepada kesihatan pokok.
Peningkatan Saiz Lilitan Batang Pokok
Satu lagi penemuan penting dalam kajian ini ialah peningkatan ketara pada saiz lilit batang pokok durian yang dirawat dengan YaraRega. Pokok benih yang dirawat dengan YaraRega menunjukkan pertambahan garis pusat batang 57% lebih besar berbanding rawatan kawalan selepas enam bulan. Secara purata, lilitan batang pokok durian menggunakan YaraRega secara fertigasi bertubuh 0.2 cm sebulan, manakala pokok durian daripada rawatan kawalan hanya menunjukkan pertumbuhan 0.13 cm sebulan. Peningkatan lilitan batang ini adalah faktor penting bagi kesihatan jangka panjang dan produktiviti pokok, kerana batang yang lebih tebal berkait dengan perkembangan struktur yang lebih baik.
Maklum Balas Petani: Penjimatan Masa dan Tenaga Kerja
Keputusan kajian ini bukan sahaja bermanfaat daripada segi agronomi, tetapi juga terjemah dalam segi praktikal dan ekonomi. Menurut maklum balas petani, penggunaan fertigasi YaraRega 15-15-15 telah menjimatkan masa dan mengurangkan kos tenaga pekerja,berbeza dengan kaedah tradisional yang menggunakan baja butiran secara tabur, yang memerlukan lebih banyak tenaga pekerja. Pembajaan secara fertigasi menggunakan YaraRega bukan sahaja boleh mengurangkan kos, tetapi juga meningkatkan kecekapan penggunaan baja kerana penghantaran nutrien yang lebih tepat dan kerap pada pokok. Pengurus kebun durian menyatakan bahawa pertumbuhan pokok benih durian menambahbaik dan perkembangan pokok lebih seimbang kerana penyerapan nutrien yang lebih berkesan dan sekata dengan pembajaan YaraRega 15-15-15 secara fertigasi.
Kesimpulan
Kajian yang dijalankan di Plantation Ladang Ayer Kala telah memberikan bukti yang kukuh bahawa fertigasi YaraRega 15-15-15 adalah kaedah yang sangat berkesan dan cekap untuk meningkatkan pertumbuhan pokok benih durian. Daripada segi peningkatan ketinggian pokok dan lilitan batang hingga penghasilan daun yang lebih baik, serta pengurangan kos tenaga kerja, keputusan ini menunjukkan manfaat penggunaan baja YaraRega dalam amalan pertanian durian moden. Kepada petani yang ingin meningkatkan produktiviti dan keuntungan ladang durian mereka, ujian ini memberikan petunjuk yang kukuh untuk beralih kepada sistem fertigasi yang mengoptimumkan penggunaan nutrien dan mengurangkan kebergantungan kepada kerja manual.
Kesimpulan, gabungan formulasi nutrien YaraRega dan teknologi fertigasi menawarkan rumusan yang memimpin penanaman durian secara mampan dan cekap.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.