March 08 2023
Dalam keadaan industri durian yang semakin berkembang,sebagai pengeluar durian terbesar dan kedua terbesar di dunia, Thailand dan Malaysia bekerjasama rapat demi manfaat bersama. Sementara itu, negara anggota ASEAN lain yang mempunyai sedikit kelebihan juga ingin menceburi industri ini.
"Perkembangan industri durian negara kita yang memberangsangkan telah memacu pembangunan pesat kilang pemprosesan domestik, sekali gus mendorong penubuhan banyak kilang pemprosesan durian di kawasan pengeluaran utama durian."
Pasaran durian global yang didominasi oleh China sedang berkembang pesat, manakala Thailand dan Malaysia sebagai negara pengeluar durian terbesar dan kedua terbesar di dunia, sedang giat merebut peluang perniagaan dan bekerjasama rapat demi manfaat bersama.
Peniaga Indonesia Beralih Menanam Pokok Durian
Malah, negara anggota ASEAN lain yang mempunyai kelebihan juga ingin menceburi industri ini apabila melihat perkembangan industri durian semakin pesat.
Sebagai contoh,semasa musim durian di Sumatera, Indonesia, ada peniaga China mula mengunjungi kawasan tersebut supaya memahami status penghasilan pes durian. Sudah ada rakyat Indonesia telah membeli anak benih pokok Musang King dan jenis durian lain dari syarikat Malaysia untuk penamanan komersial di Sumatera.
Bagi wilayah Kalimantan di Indonesia, peniaga Indonesia yang arif bukan sahaja telah menanam banyak kelapa sawit di setempat, tetapi juga meminta bekalan anak benih pokok durian dari rakan sejawat Malaysia.
Pada masa yang sama,Kemboja yang juga negara pengeluar durian telah menarik peniaga China ke sana untuk memperoleh bekalan durian.
Industri durian menerima sambutan hangat, mengikut sumber industri, Sultan Brunei juga bersedia melabur ladang durian seluas 10,000 ekar di Malaysia.
Banyak Kilang pemprosesan durian dibuka
Kini industri durian mempunyai masa depan cerah, penanaman dan pemprosesan durian di negara kita dan Thailand memang berkembang pesat.
Di pasaran Thailand, pengusaha-pengusaha sudah lama mengimport sejumlah besar pes durian Musang King dari Malaysia untuk menghasilkan pelbagai produk yang diproses dan kemudian memasarkannya ke pasaran global.
Sementara itu, peniaga-peniaga China juga mengambil peluang memperoleh bekalan durian dari Thailand dan mengeksport buah durian ke negara mereka melalui saluran laut,darat dan udara.
Perkembangan industri durian negara kita yang memberangsangkan telah memacu pembangunan pesat kilang pemprosesan tempatan, sekali gus mendorong penubuhan lebih banyak kilang pemprosesan durian di kawasan pengeluaran utama durian.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.