December 04 2023

Jual Durian Dapat Pendapatan Asing Indonesia Ikut Jejak Vietnam

Jual Durian Dapat Pendapatan Asing Indonesia Ikut Jejak Vietnam - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Pada separuh pertama tahun 2023, nilai eksport durian Vietnam telah mencapai AS$850 juta, dua kali ganda daripada keseluruhan tahun sebelumnya, dengan permintaan dari pasaran China turut menyumbang. 

Dengan ini, pihak kerajaan Indonesia telah menggesa sokongan untuk industri durian di tempatan merambah pasaran antarabangsa, terutamanya bagi merebut bahagian pasaran China.

Dalam beberapa tahun terakhir, industri durian Vietnam telah menunjukkan pertumbuhan yang kuat, dengan peningkatan pengeluaran dan menarik pelibatan petani dalam penanaman durian. 

Hingga akhir tahun 2022, kawasan penanaman durian di Vietnam telah melampaui 110,000 hektar, hampir dua kali ganda daripada tahun 2017. 

Pada separuh pertama tahun 2023, nilai eksport durian Vietnam telah mencapai AS$850 juta, dua kali ganda daripada keseluruhan tahun sebelumnya, dengan permintaan dari pasaran China turut menyumbang. 

Indonesia juga telah melihat peluang ini, di mana Menteri Pertanian Indonesia telah menggesa sokongan untuk industri durian di negara tersebut merambah pasaran antarabangsa, terutamanya bagi merebut bahagian pasaran China. 

Untuk memastikan perkembangan mampan dalam industri durian, kerajaan Vietnam telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dalam menganjurkan forum pembangunan industri durian Vietnam. 

Berdasarkan laporan dari “chinatimes”, data dari Jabatan Penanaman Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Republik Sosialis Viet Nam menunjukkan bahawa sejak tahun 2017, harga durian telah meningkat dengan ketara, membawa peluang untuk memperkayakan petani di seluruh Vietnam. Pelbagai wilayah di Delta Mekong seperti Tiền Giang, Vĩnh Long, Bến Tre, Can Tho dan wilayah barat seperti Daklak, Lâm Đồng, serta provinsi-provinsi di sebelah tenggara seperti Đồng Nai dan Tây Ninh, telah mendapat manfaat daripada kenaikan harga durian. 

Kawasan Penanaman Berkembang Pesat 

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kawasan penanaman durian di Vietnam berkembang dengan pesat, mencapai jumlah hasil keseluruhan sebanyak 849,000 tan. 

Pada separuh pertama tahun 2023, jumlah eksport durian Vietnam mencapai hampir AS$850 juta, hampir dua kali ganda jumlah eksport keseluruhan pada tahun 2022. 

Dijangka pada keseluruhan tahun 2023, nilai eksport durian Vietnam akan capai AS$1.5 bilion, setara dengan kira-kira RM6.836 bilion, yang merupakan 3.5 kali ganda jumlah eksport pada tahun 2022.

Dalam forum tersebut, untuk mempromosikan pembangunan lestari industri durian, Jabatan Penanaman mengesyorkan agar setiap Jabatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar di setiap wilayah mengutamakan pelaksanaan dan mematuhi dengan tegas arahan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar yang dikeluarkan pada 30 November 2022 mengenai pembangunan lestari dalam pengeluaran durian. 


Pada separuh pertama tahun 2023, nilai eksport durian Vietnam telah mencapai AS$850 juta, dua kali ganda daripada keseluruhan tahun sebelumnya.


Direktor Jenderal Hortikultura Kementerian Pertanian Indonesia, Prihasto Setyanto, baru-baru ini mengunjungi Parigi Moutong dan menyatakan bahawa beliau Beliau menyokong usaha durian tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan berjanji kerajaan akan membantu memperbaiki proses eksport. 

Parigi Moutong merupakan kawasan pengeluaran durian Montong terbesar di Indonesia. Peniaga eksport yang mengiringi turut menyatakan bahawa durian Montong merupakan salah satu jenis yang paling diminati di pasaran China, dan ia dijual secara meluas ke bandar-bandar seperti Fuzhou, Beijing, Shandong, dan Pudong. 

Jika produk durian Indonesia memenuhi keperluan dan piawaian pasaran China, maka durian tersebut dapat dieksport terus dari Indonesia ke China tanpa perlu melalui negara-negara lain sebagai perantara. 


Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag