January 13 2025

Eksport Durian Indonesia Hadapi Pelbagai Cabaran

Eksport Durian Indonesia Hadapi Pelbagai Cabaran - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Menurut data dari Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS), pada tahun 2023, pengeluaran durian Indonesia mencapai 1.83 juta tan, menjadikannya salah satu negara pengeluar durian utama di dunia. Namun, hampir 90% daripada jumlah pengeluaran ini hanya   dimakan di dalam negara. 

Walaupun Indonesia mendakwa memiliki lebih daripada 120 jenis durian, kebanyakannya adalah varieti liar dengan kualiti yang tidak stabil. Kualiti yang   berbeza-beza ini menyukarkan eksport ke pasaran antarabangsa, kerana sebagai produk eksport,   pengguna mengharapkan buah durian berkualiti tinggi. 

Sebenarnya, kebanyakan durian Indonesia lebih   sesuai untuk pasaran domestik. Meskipun   permintaan terhadap durian berkualiti tinggi meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan pertumbuhan dalam penanaman   durian, namun bilangan petani yang menanam varieti berkualiti masih tidak ramai.

Indonesia mendakwa memiliki lebih daripada 120 jenis durian, namun kebanyakannya adalah spesies liar dengan kualiti yang kurang stabil. Hampir 90% daripada hasil pengeluarannya hanya untuk pasaran domestik.

 


Daya Saing Kurang Berbanding Negara Jiran

Pulau-pulau di Indonesia mempunyai pelbagai jenis durian di setiap kawasan, sehingga rasa, tekstur, dan aroma durian turut berbeza mengikut daerah. Oleh itu, strategi penjenamaan yang sesuai diperlukan berdasarkan kelebihan setiap wilayah.

Selain itu, daya saing durian Indonesia masih kurang berbanding negara-negara jiran, bukan sahaja dari aspek rasa tetapi juga dari segi lokasi geografi yang jauh dari pasaran berpotensi serta kekurangan   saluran pengedaran yang berkesan. 

Walaupun Borneo juga merupakan kawasan asal durian, selama beberapa dekad, Jawa Timur, Jawa Barat, dan Jawa Tengah merupakan pengeluar   utama dengan Jawa Timur menghasilkan lebih 480,000 tan pada tahun 2023, diikuti oleh Sumatera Barat, Jawa Tengah, Sumatera Utara, Jawa Barat, dan Sulawesi Selatan. 

Durian yang ditanam di Kalimantan juga banyak, tetapi pengeluarannya tidak stabil. Pada tahun 2021, Kalimantan Barat telah mengeksport sejumlah   kecil durian beku dan puri durian ke China. 

Dari 2006 hingga 2017, purata pengeluaran durian di Sulawesi Utara adalah sebanyak 7,864 tan setahun, dan pada tahun 2021, pengeluaran mencapai 18,327 tan. Di Palu, Sulawesi, dan Bali, pengeluaran durian jenis Monthong juga sedang meningkat. 

Pada masa ini, pasaran durian Indonesia terhad kepada pasaran domestik, dan pengeksport menggesa agar kerajaan mempercepatkan rundingan import dengan China. Pulau Sumatera adalah pengeluar durian kedua   terbesar di Indonesia selepas Pulau Jawa. 

Pelbagai Klon Durian Berkualiti

Menurut Dr. T. K. Lim dalam bukunya Boosting   Durian Productivity, Indonesia memiliki pelbagai klon durian yang dinamakan dan diiktiraf, tetapi   hanya 15 jenis yang diwartakan sebagai varieti unggul negara. Antaranya ialah Bokor, Kani, Otong, Perwira, dan Petruk (Jawa), serta Si Dodd (Kalimantan), Si Hijau (Kalimantan), Si Japang (Jawa), Si Mas (Jawa), Si Tokong (Jawa), Siwirig, Sukun (Jawa), dan Sunan (Jawa). 

Pengeksport durian Indonesia mendesak agar kerajaan segera berunding dengan China berkenaan urusan import. Kedua dari kiri ialah Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China, Wang Yi, dan Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia, Luhut Pandjaitan.

 


Pada tahun 1995, lima lagi varieti dari Kalimantan Barat diiktiraf sebagai varieti unggul nasional, iaitu Aspar, Sawah Ma, Raja Mabah, Kalapet, dan   Mansau. Di pulau-pulau lain di Indonesia,   terutamanya Sumatera, terdapat lebih banyak   varieti durian. 

Perlu Membina Ladang Durian Berskala Besar

Durian kini menjadi fokus utama dalam hubungan diplomatik antara China dan negara-negara Asia Tenggara, dengan Beijing berjanji untuk   mengimport lebih banyak durian dari rantau ini. Permintaan durian di China bernilai berbilion   ringgit, dan Indonesia berusaha mendapatkan   sebahagian daripada pasaran tersebut. 

Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan   Investasi Indonesia, Luhut Pandjaitan, selepas   lawatannya ke China, menyebutkan bahawa   untuk bekerjasama dengan China, Indonesia perlu meningkatkan kecekapan eksport durian ke   negara tersebut. Fokusnya adalah mengembangkan kawasan pengeluaran durian yang sedia ada,   seperti di Sulawesi Tengah hingga Fakfak di Papua Barat, sebagai ladang durian berskala besar. 

China merupakan rakan dagangan terbesar   Indonesia, dan Beijing memegang bahagian   terbesar dalam pasaran eksport Jakarta, terutama dalam eksport sumber mineral dan bijih logam. 

Sambutan Petani Dingin

Sigit Purwanto, seorang pakar durian dan ketua   komuniti Durian Traveler Indonesia, memberitahu The Jakarta Post bahawa beliau menjangkakan   Indonesia akan menghadapi cabaran dalam   menghasilkan durian berkualiti tinggi untuk   bersaing dengan negara pengeluar lain yang telah berjaya mengembangkan jenis durian tertentu. 

Selain itu, Sigit juga khuatir bahawa rancangan   eksport durian ini tidak melibatkan petani   tempatan. Menurutnya, isu utama adalah   kerjasama antara kerajaan dan China untuk   membuka kawasan tanaman durian, sementara ribuan hektar ladang durian sedia ada masih   dibiarkan begitu sahaja. 

Indonesia memiliki pelbagai jenis durian, namun hanya 15 jenis telah diiktiraf sebagai varieti nasional berkualiti tinggi. Gambar menunjukkan durian varieti Kani dan Petruk yang dihasilkan di Jawa.

 


Kerajaan telah   memperuntukkan 10,000 hektar tanah untuk   penanaman durian, termasuk kerjasama dengan China. Dikhabarkan, petani Indonesia kurang berminat dengan rancangan ini kerana tiada polisi jelas yang menunjukkan bagaimana mereka akan disertakan dalam program eksport durian tersebut. 

Harga Durian Domestik Meningkat

Profesor bioteknologi dari Institut Pertanian Bogor, Dwi Andreas Santosa, menyatakan bahawa ironi berlaku apabila pengeluaran durian Indonesia t idak mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik yang meningkat dalam beberapa tahun   kebelakangan, menyebabkan harga durian di dalam negara meningkat. 

Dwi berpendapat bahawa, memandangkan   pengeluaran terhad dan permintaan domestik yang kuat, adalah lebih praktikal jika kerajaan   menumpukan pengeluaran usaha dalam untuk meningkatkan   negara sebelum   mempertimbangkan eksport. “Lebih baik tambah pengeluaran untuk keperluan dalam negara   terlebih dahulu,” katanya. 

Dwi merujuk data BPS yang menunjukkan bahawa pada tahun 2023, penggunaan durian domestik di Indonesia mencapai 1.031 kilogram per kapita   setiap tahun, namun angka ini masih lebih rendah berbanding negara-negara lain. 

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag