April 26 2024

Hot Volcano CL22 Varieti Cili Baharu Dari Crop Power

Hot Volcano CL22 Varieti Cili Baharu Dari Crop Power - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Jamaludin Mat Rashid

Menjadi seorang petani bukan lagi merupakan pilihan terakhir dalam membina kerjaya. Sudah ramai lepasan universiti memilih untuk menjadi petani sebagai cabang perniagaan, sebagaimana diilustrasikan oleh slogan 'Pertanian adalah Perniagaan’. 

Permintaan yang terus meningkat terhadap produk pertanian, seiring dengan pertumbuhan populasi yang terus bertambah, membuatkan bidang pertanian semakin diminati.

Saat ini, bidang pertanian telah mengadaptasi teknologi moden yang lebih efisien, dalam lingkungan yang bersih dan nyaman. Ini jauh berbeza dengan zaman nenek moyang kita di mana pertanian memerlukan kerja keras dan keringat yang banyak. Petani moden kini mampu mencapai hasil yang tinggi dengan kualiti terbaik dalam waktu relatif yang singkat, melalui penggunaan benih F1 hibrid dan teknologi pertanian canggih.

En. Ah Hui dari Batu Gajah, Perak, adalah salah satu contoh petani moden yang berjaya. Meskipun telah lama terlibat dalam aktiviti pertanian, beliau kini mengambil langkah untuk lebih fokus kepada penanaman cili di bawah naungan Sun Global Management Sdn Bhd. 

Pelbagai Masalah Muncul pada Permulaan

Sepanjang perjalanan Ah Hui menanam cili beliau telah mencuba pelbagai benih cili hybrid F1 dari berbagai syarikat sama ada dari dalam negara mahupun import. Setiap kali itulah beliau tidak berpuas-hati dengan hasil yang diperolehi. Jika hasil baik pokok pula tidak dapat bertahan lama untuk dituai dalam tempoh masa yang munasabah. Ini kerana pokok cilinya diserang penyakit semasa sedang berbuah lebat sehingga terpaksa dimusnahkan. Diketika yang lain, pokok cantik tetapi kurang berbuah kerana bunga yang keluar tidak lekat menjadi buah. 


Ah Hui dengan pokok terbaik Hot Volcano CL22 dari Crop Power.

 


Selain daripada itu, situasi bunga gugur tanpa sebab turut berlaku walaupun kawalan penyakit, pemberian baja dan air dilakukan seperti biasa. Apabila terdengar sahaja ada benih baru yang memberi hasil tinggi, buah yang cantik dan tahan penyakit, Ah Hui akan mencubanya. Namun, bagai mencurah air di daun keladi, usaha beliau tidak membuahkan hasil. Harga cili pula turun-naik, harga bagus bila kurangnya pasaran cili dan harga turun apabila berlakunya lambakan cili dalam pasaran. 

Tambahan pula, pemborong hanya membeli cili yang cantik sahaja iaitu gred A, di mana gred B dan C terpaksa ditinggal mereput di pokok. Adakalanya beliau hampir berputus asa untuk menanam cili ditambah pula dengan kenaikan mendadak harga baja dan input pertanian lain.

Namun, segalanya berubah ketika Ah Hui diperkenalkan kepada varieti cili terbaru oleh agronomis Crop Power. Selaku syarikat benih Malaysia, Crop Power komited dalam membantu petani yang bermotivasi tinggi bagi mencuba benih mereka. Mulanya Ah Hui agak skeptikal, takut-takut kisah lama berulang lagi tetapi oleh kerana analogi yang diberi meyakinkan berserta bukti-bukti gambar dan video yang dikongsikan, beliau bersetuju untuk mencuba benih baru berkenaan. 

Percambahan Tinggi, Mudah Dijaga

Pencarian Ah Hui berakhir kerana Hot Volcano CL22 kini menjadi rahsia kejayaan beliau. Pengalaman Ah Hui dengan Hot Volcano CL22 adalah pengalaman manis yang tidak akan dilupakan. Bermula dengan prestasi peratusan percambahan yang tinggi pada awal proses semaian, Hot Volcano CL22 turut mempamerkan pertumbuhan yang vigorous. Ini menjimatkan masa dan input baginya kerana tidak perlu menyemai benih berlebihan untuk membuat kerja-kerja sulaman. Sebanyak 8,000 polibag benih Hot Volcano CL22 ditanam secara fertigasi dan di sepanjang tempoh tumbesaran sehingga pokok berbunga dan berbuah, varieti ini sangat mudah untuk dijaga. Sifatnya yang tahan kepada penyakit seperti Mosaic Virus menjadikan kerja-kerja semburan racun dan membaja mudah dilakukan secara rutin, secara tidak langsung menjimatkan kos racun petani.


Kualiti terbaik dengan hasil tertinggi.

 


Ah Hui turut mendapati struktur pertumbuhan Hot Volcano CL22 sangat menarik berbanding varieti lain yang pernah digunakan selama ini. 

Dengan reka bentuk ergonomik serta ciri semi-inderteminate yang istimewa, ketinggian pada paras pinggang menjadikan Hot Volcano CL22 sangat mudah dituai serta memudahkan penjagaan pokok terutama dari segi semburan racun dan kerja-kerja tuaian harian. Berbanding varieti popular lain yang sangat rendah sehingga pekerja terpaksa membongkok ketika menuai. Ini membuatkan pekerja sakit pada bahagian pinggang dan mengurangkan kadar hasil kerja. Dan ada pula yang terlalu rimbun dengan daun sehingga perlu mencari buah masak di dalam daun dan buah sering tertinggal tidak dipungut.

Dengan gabungan ciri ini dan Teknik Y-prunning, Ah Hui dapat mengekalkan cabang kedua dan ranting lebih tersusun menjadikan bahagian dalam pokok mendapat cahaya matahari yang cukup. Ini sekaligus dapat meningkatkan kadar fotosintesis dan mengurangkan kawasan terlindung yang menjadi tempat persembunyian serangga seperti aphid dan ulat ratus. Pengurusan tanaman juga menjadi sangat mudah dan cekap bagi semburan racun makluk perosak, racun kulat dan baja foliar.

Dari segi hasil, varieti ini mampu bercabang banyak dengan internod lebih pendek yang di mana setiap internod menghasilkan bunga yang subur dengan peratus kelekatan yang sangat tinggi, diterjemahkan menjadi buah yang sangat lebat dan memberi keuntungan kepada petani.


Hot Volcano CL22 boleh dituai untuk cili hijau dan cili merah, kualiti tetap optimum.

 


Hot Volcano CL22 juga mampu menghasilkan buah dengan saiz yang sempurna untuk pasaran.  Buahnya lebih besar dan seragam berbanding varieti popular yang ditanam oleh kebanyakan petani cili di Malaysia. Bukan itu sahaja, varieti cili ini diminati oleh pasaran cili hijau dan merah. Ini kerana ia menghasilkan buah berwarna hijau pekat yang cantik dan menarik bagi pasaran cili hijau. Manakala, bagi buah yang dipetik pada indeks kematangan 3 ia akan bertukar warna dari hijau ke merah yang segar dan berkilat bila tiba di pasaran. Ini memberi tarikan pasaran yang kuat di kalangan pembeli. Buah Hot Volcano CL22 juga dapat bertahan lama, long shelf life apabila berada dalam bakul tanpa didinginkan untuk jarak perjalanan jauh ke pasaran. 

Dengan semua keistimewaan tersebut, Hot Volcano CL22 tidak hanya memberikan hasil yang memuaskan bagi Ah Hui, tetapi juga membuka peluang yang lebih besar untuk beliau terus berkembang di dalam industri penanaman cili negara. Beliau kini percaya dengan memilih varieti cili yang tepat, produktiviti serta profitability seorang petani akan meningkat dan membenarkan petani untuk terus Plant with Confidence!


Merah yang segar tanpa perlu penyejukan menuju pasaran.

 


Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag