March 07 2023

Eksport Durian Thailand Hadapi Cabaran Besar

Eksport Durian Thailand Hadapi Cabaran Besar - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Durian Thailand telah lama dieksport ke China. Justeru, permintaan durian Thailand oleh rakyat China memberi impak yang mendalam terhadap masa depan industri durian negara tersebut.

Peningkatan kawasan penanaman durian di negara anggota ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam baru-baru ini telah memberi cabaran baru kepada pengeksportan durian Thailand. Di samping itu, terdapat ahli akademik  meramal pengeluaran durian di Malaysia akan meningkat sebanyak 44.9%, ini memberi cabaran besar kepada pengeksportan durian Thailand. 

Menurut laporan kajian indeks risiko durian terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan Thailand, disebabkan polisi sifar Covid-19, pengangkutan, pengeluaran, hubungan China-Thailand, kualiti durian negara jiran, monopoli industri, kekurangan buruh, pemalsuan dan isu iklim dan sebagainya, masa depan pasaran pengeksportan durian Thailand dalam tempoh lima tahun akan datang menjadi tidak menentu……


Ahli-ahli akademik Thailand memberi pandangan tentang pasaran durian negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Ada di antara mereka percaya jika negara China meningkatkan jumlah pengimportan durian Thailand sebanyak 15%, harganya boleh melambung sehingga 400 baht sekilogram, dan jumlah pengeksportan durian Thailand akan melonjak 90%. 

Namun ada yang berpendapat durian Thailand menghadapi risiko yang tinggi berbanding dengan sebelum ini, terutamanya negara jiran seperti Malaysia memperluaskan kawasan penanaman durian, ia memberi impak kepada eksport durian Thailand.



Durian Malaysia terkenal dengan kualiti, menyebabkan durian Thailand suka mengekalkan pertumbuhan yang tinggi.

 


Sukar Mengekalkan Pertumbuhan Tinggi

Menurut laporan kajian indeks risiko durian terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan Thailand, disebabkan polisi sifar Covid-19,pengangkutan, pengeluaran, hubungan China-Thailand, kualiti durian negara jiran, monopoli industri, kekurangan buruh, pemalsuan dan isu iklim dan sebagainya, masa depan pasaran pengeksportan durian Thailand dalam tempoh lima tahun akan datang menjadi tidak menentu berbanding dengan tahun 2018-2019. Ini juga bermakna Thailand akan sukar mengekalkan tahap pertumbuhan duriannya yang tinggi.

Laporan itu juga menyebut tentang durian Thailand menghadapi banyak cabaran akibat kebergantungan kepada pasaran China, kecuali jika China meningkatkan jumlah pengimportan durian Thailand dan harga durian dinaikkan, dan durian Thailand dianggap berpotensi untuk berkembang. Tetapi pada hakikatnya, keadaan ini memang mustahil.

Mengikut laporan tersebut, didapati bahawa kawasan penanaman durian di timur laut Thailand meningkat hampir 6 kali ganda dalam tempoh 10 tahun ini , kerana harga durian melambung tinggi mendorong penanam lain seperti petani getah dan petani ubi kayu beralih menanam pokok durian. 

Laporan juga meramal pengeluaran tahunan durian di Thailand akan meningkat sebanyak 337,648 tan dari tahun 2022 hingga 2026, meningkat sebanyak 5 kali ganda berbanding 10 tahun yang lalu.




Kebergantungan kepada pasaran China membawa cabaran besar kepada durian Thailand.

 


Pengangkutan rentas sempadan menjejaskan prestasi eksport

Ahli akademik juga meramal harga purata durian Thailad adalah 136 baht sekilogram dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan di atas, kenaikan harga durian Thailand bergantung kepada pasaran China.

 Jika jumlah pengimportan China meningkat kurang daripada 10%, harga durian Thailand dijangka mencecah 312 baht sekilogram menjelang 2026, harga purata 5 tahun akan mencecah 271 baht sekilogram. 

Jika jumlah pengimportan meningkat antara 10% dan 15%, harga durian Thailand akan berada antara di 362 dan 417 baht menjelang 2026, dan harga purata 5 tahun akan berada di antara 313 dan 361 baht.

Laporan juga menyentuh tentang jumlah pengeluaran durian global  pada tahun 2022 hingga 2026. Ia dijangka meningkat sebanyak 1.8 kali ganda, jumlah pengeksportan akan menokok sebanyak 2.2 kali ganda, serta jualan domestik akan meningkat sebanyak 1.7 kali ganda. 

Pengeluaran tahunan global pula akan meningkat sebanyak 612,276 tan dan pengeksportan tahunan meningkat sebanyak 273,937 tan.

Apabila pengeksportan tahunan durian Thailand melonjak kepada 700,000 tan, jumlah pengeluaran durian di rantau Asia Pasifik akan meningkat sebanyak 2.4 kali ganda kepada 2,904,697 tan. Sebagai contoh, jualan domestik durian di Thailand pada tahun 2022 akan menyumbang 24.6%, dan baki 75.4% akan dieksportkan, dan perkadaran ini dijangka menjadi 34.4% dan 65.6% dalam tempoh 5 tahun.



Pengeluaran tahunan durian Thai dijangka akan meningkat sebanyak 337,648 tan dari tahun 2022 hingga 2026 dan pada masa yang sama negara-negara jiran juga meningkatkan pengeluaran mereka secara besar-besaran, ini menjadikan pasaran eksport durian semakin mencabar.

 


Negara Jiran Mula Pengeluaran Besar-besaran

Selain kebergantungan kepada pasaran China akan mempengaruhi masa depan durian Thailand,  memperluaskan kawasan penanaman durian di Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan negara-negara ASEAN lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga memberi cabaran baharu kepada Thailand.

Laporan juga menjangkakan pengeluaran durian meningkat sebanyak 44.9% di Malaysia, 28.9% di Indonesia, 44% di Filipina, 93.9% di Vietnam, dan 82.5% di negara-negara Asia Pasifik lain.

Walau apa pun, peningkatan atau kemerosotan durian Thailand dalam tempoh lima tahun akan datang bergantung kepada tiga aspek,iaitu hubungan antara China dengan Thai, permintaan durian di China serta kualiti durian.

Sudah tentu, jika berlaku perubahan dalam hubungan antara China dan Thai, ataupun kualiti durian merosot, begitu juga dengan pengeluaran besar-besaran durian di negara jiran, pemalsuan, pengangkutan rentas sempadan, masalah cuaca, monopoli industri, kekurangan buruh dan wabak,  kesemua ini akan menjejaskan pembangunan masa depan durian di Thailand.


Peningkatan atau kemerosotan durian Thailand dalam tempoh lima tahun akan datang bergantung kepapa tiga aspek termasuk kualiti durian.

 


Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag