December 23 2025

Dari Tanaman Selingan Menjadi Tanaman Koleksi

Dari Tanaman Selingan Menjadi Tanaman Koleksi - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Ali Hanafiah (Faculty of Durian)

Anak muda, Muhammad Firdaus Ng telah bergiat aktif di dalam industri pertanian sejak berumur 20 tahun lagi. Minat kepada bercucuk tanam, menguruskan kebun dan menjual hasil ladang telah menjadi bidang yang diimpikan beliau. Usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Daerah Raub ini adalah salah satu ikon belia yang berpotensi  untuk bergerak jauh selari dengan visinya.


Usahawan Firdaus Ng bersama APT Jabatan Pertanian Daerah Raub, En.Ammar (kiri) di dalam program khidmat lawatan ladang.

 


Berbekal pengalaman menanam sayur-sayuran seperti bayam, bendi terung dan jagung, akhirnya beliau berjaya mengusahakan tanaman durian. Bagi menambah pendapatan, beliau menanam tanaman pisang sebagai tanaman selingan.

Di situlah bermulanya minat beliau kepada tanaman pisang. Dengan menanam pisang utama seperti Pisang Berangan, Pisang Nangka, Pisang Sematu, Pisang Tanduk akhirnya beliau cenderung untuk memberi variasi dalam kebun dengan koleksi-koleksi pisang lain.

OBJEKTIF

Idea penanaman banyak varieti bermula daripada sebagai koleksi kecil ladang sahaja. Terlintas di hati, jika ia dibangunkan sebagai salah satu rujukan atau ladang yang mempunyai koleksi kultivar, ia mampu menyumbangkan kepada masyarakat terutama di dalam pendidikan pertanian. 

Penglibatan bersama komuniti media seperti  Penanam Pisang, membuka lagi peluang beliau untuk mencari kultivar lain. Buat masa ini, beliau telah menanam dan mempunyai lebih daripada 50 kultivar pisang. 


Pisang Raja Nangka Merah.

 


Pisang Lilin.

 


Pisang Toman.

 


Boleh dikatakan di dalam masyarakat sekarang, masih ramai yang kurang mengenali jenis-jenis pisang dan ini adalah peluang untuk beliau  untuk menyumbang. 

Antara kultivar yang dikumpul di la dang beliau adalah Pisang Lilin, Pisang Toman, Pisang Lemak Manis, Pisang Tongkat Langit, Pisang Raja Nangka Merah, Pisang Kerang, Pisang Abu, Pisang Nangka, Pisang Kapal dan bermacam-macam lagi.

Keinginan Mengumpul

Sudah menjadi lumrah, untuk sesiapa pengumpul tidak kira pokok atau barang, pemiliknya pasti akan berusaha menambah koleksinya. 

Nampak sahaja pokok pisang yang pelik, tanpa  teragak-agak beliau akan terus membelinya. Ada yang murah dan ada yang harganya mencecah RM150.00 -RM200.00/ sulur. 

Jika masuk ke hutan, terjumpa pokok pisang pelik, nescaya ia akan dikorek dan dibawa balik. Kepuasan itu sampai apabila pokok yang ditanam dan mengeluarkan hasil.

Walaupun di peringkat awal, ada juga pekebun atau peminat pisang datang untuk melihat dan berurus niaga untuk hasil serta anak benih. Tempahan pisang yang jarang dijumpai oleh umum pun menjadi peluang untuk beliau. 

Harapan utama pengusaha adalah untuk mewujudkan lot rujukan koleksi pisang walaupun sekarang masih di dalam peringkat awal pengumpulan. Mewujudkan plot koleksi secara bersistem, plot rujukan pelajaran dan pengeluaran benih pisang “rare” yang lain mampu menjana pulangan kepada beliau.


Pisang Hua Moa Hawaii dengan rupa unik pada jejari pisang yang menjadi keunikan pengumpul pisang.

 


Pisang Kerang dengan susunan sisir berbentuk kerang.

 


“Walaupaun pisang mempunyai nilai hasil buah, tetapi ia juga berpotensi dijadikan tanaman hiasan yang memenuhi landskap ornamental kita” seloroh beliau sambil berehat di bawah pohon pisang  koleksinya. 

Pisang Tongkat Langit yang selalu menjadi perhatian dan permintaan benih yang tinggi sebagai koleksi.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag