April 07 2025

Cabaran & Inovasi Jentera dalam Ladang Kelapa Sawit

Cabaran & Inovasi Jentera dalam Ladang Kelapa Sawit - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Penggunaan jentera telah memperbaiki sektor pertanian, khususnya di ladang   kelapa sawit. Selaras dengan permintaan minyak kelapa sawit yang semakin meningkat di seluruh dunia, industri perladangan menghadapi cabaran seperti kesukaran   mendapatkan khidmat buruh, keberkesanan kos, dan kelestarian industri. 

Dengan   bertambahnya penggunaan jentera, pengusaha ladang dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kebergantungan kepada buruh, dan meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan alam sekitar. 


Mesin Land Surf Wider (LS360W) - Spreader digunakan untuk aktiviti pembajaan di ladang sawit.

 


Secara tradisi, ladang-ladang kelapa sawit terlalu bergantung kepada penggunaan buruh kasar untuk kerja-kerja seperti mengutip buah, mengumpul dan mengangkut tandan buah segar, serta membersihkan ladang.

Umum mengetahui, kebelakangan ini industri   sawit menghadapi kesukaran disebabkan kadar upah buruh yang semakin meningkat dan kurangnya   minat pekerja tempatan dalam industri ini. Keadaan ini jika berterusan, akan mengurangkan perolehan pendapatan pengusaha ladang. Operasi secara   manual juga meningkatkan pembaziran masa, kurang cekap, dan menyebabkan kawalan alam   sekitar yang merosot. 

Penglibatan Wide Agro Ventures dalam Industri

Menyedari potensi ini, sebuah syarikat yang   berpusat di Seri Iskandar, Perak, telah menumpukan usaha untuk menyediakan fasiliti pembuatan dan pemasangan jentera yang sesuai untuk tujuan mengangkut buah sawit, kerja-kerja meracun, membaja pokok, dan membersihkan ladang. 

Wide Agro Ventures, yang dimiliki 100% oleh   bumiputera, telah dilantik sebagai pembekal agen tunggal pada awal 2017 dan memfokuskan kepada perniagaan pengedaran produk jentera dan peralatan pertanian jenama OREC dari   Fukuoka, Jepun, bagi pasaran di Malaysia.


Kalibarasi taburan boleh diselaraskan mengikut keperluan pokok sawit dengan semburan baja samada kiri atau kanan.

 


Bermula tahun 2021, Wide Agro Ventures telah membentuk pasukan R&D untuk mencipta   produk khas bagi keperluan di ladang sawit.   Produk yang dihasilkan sesuai untuk   penggunaan di kawasan bermasalah seperti gambut, teres, dan paya. 

Syarikat ini memasarkan pelbagai jentera untuk kegunaan ladang, termasuk Jentera   Pengangkut, Jentera Membaja, Jentera   Meracun, dan Mesin Membersihkan Kawasan Ladang. Jentera-jentera yang disediakan dilengkapi dengan tayar lipan (crawler), corong sumpitan, dan tong pengangkut (hopper). 

Jentera Land Surf Wider (LS360W) - Spreader

Jentera Land Surf Wider (LS360W) – Spreader dapat mengangkut 200 kg baja dalam satu masa. Kerja-kerja membaja secara manual jika   dilakukan oleh seorang buruh, dapat disiapkan dalam masa yang cepat, bergantung kepada keadaan ladang dan bentuk muka bumi. 

Setiap mesin akan menjalani proses pemasangan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

Mesin Land Surf Wider (LS360W) – Spreader dilengkapi dengan hopper dan corong. Jentera ini boleh diangkat menggunakan kereta pickup yang sesuai atau lori kecil dengan muatan 1 tan. Jentera akan dibawa ke ladang dan seterusnya diturunkan untuk dikendalikan oleh seorang   operator. Operator akan memasukkan baja ke dalam hopper berkapasiti 200 kg dan memasang corong yang akan menghalakan muncung ke   sebelah kiri dan kanan jentera. Luas laluan untuk jentera hanyalah 4 kaki sahaja, membolehkan jentera melalui trek dan kawasan teres di ladang pokok kelapa sawit.

Jentera yang menggunakan crawler dapat   meredah kawasan yang tidak rata dan   berlumpur dengan mudah. 

Jentera ini juga boleh digunakan untuk tujuan   meracun. Land Surf Wider (LS360W) – Sprayer menggunakan tangki yang boleh diisi dengan   200 liter racun, dan proses yang sama dilakukan, memerlukan hanya seorang operator untuk   mengendalikan kerja meracun. 


Ibu pejabat Wide Agro Ventures Sdn Bhd di Seri Iskandar, Perak.

 


Jentera ini boleh guna petrol atau diesel, dan   penjagaannya dapat dikendalikan oleh operator dengan mudah. Kos penjagaan hanyalah dengan menyediakan minyak pelincir dan alat ganti yang boleh diperoleh daripada pembekal dengan mudah. 

Khidmat Sokongan

Encik Ahmad Fadzil bin Mustafa adalah Pengarah Urusan, Wide Agro Ventures Sdn. Bhd. dan telah memulakan perniagaan menyediakan jentera   pertanian ladang sejak 2017. Ibu pejabat terletak di Seri Iskandar digunakan untuk pentadbiran,   penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran, servis, penyelenggaraan, dan lain-lain. 

Beliau telah mengembangkan perniagaan ke tiga cawangan lain di Muadzam Shah (Pahang), Tawau (Sabah), dan Bintulu (Sarawak) bagi memenuhi   permintaan pasaran di kawasan-kawasan tersebut. 


Perbincangan bersama pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

 


Kilang pemasangan juga akan ditempatkan dalam sebuah kawasan industri dalam masa terdekat   untuk kembangkan lagi keupayaan pengeluaran   jentera bagi memenuhi permintaan industri. 

Penggunaan jentera ladang kini keperluan, bukan kemewahan, bagi meningkatkan produktiviti,   keberkesanan, dan kelestarian. Teknologi ini   membantu mengatasi kekurangan tenaga kerja, mengurangkan pembaziran, serta memastikan   keselamatan pekerja dan kelestarian alam sekitar, menjamin masa depan industri yang lebih berjaya.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag