March 08 2023
Eksport durian Thailand ke China telah membuka banyak peluang perniagaan di wilayah Chanthabur iaitu kawasan pengeluran durian utama Thailand. Kebanyakan stesen pemerolehan durian di Chanthabur diusahakan oleh peniaga China.
Pan Jiaoling, yang berasal dari Nanning, Guangxi China adalah salah satu daripadanya.Gadis jelita ini berhasrat membuka kedai pemerolehan durian di Chumphon supaya dapat memperluaskan eksport durian ke pasaran China.
"Pada bulan Mei, harga pemerolahan Bantal Emas di Wilayah Chanthaburi ialah 120 baht sekilogram, manakala harga pemerolahan Musang King dan Black Thorn hampir 4 kali ganda lebih tinggi daripada Bantal Emas, ia sangat menakjubkan!"
Peluang perniagaan besar yang wujud daripada eksport durian Thailand ke China mendorong Pan Jiaoling, yang berasal dari Nanning, Guangxi China mengusahakan stesen pemerolehan durian di Chantaburi, iaitu kawasan pengeluar durian utama di Thailand.
Beliau mengeksport duriannya ke China melalui jalan laut, darat dan udara, bagi memenuhi permintaan pasaran durian China yang semakin meningkat.
Hanya Memenuhi 20% daripada Permintaan Pasaran China
Di Chanthaburi,95% stesen pemerolehan durian diusahakan oleh peniaga China, namun durian yang diperolehi dan dieksport ke China hanya mampu memenuhi 20% daripada permintaan durian di pasaran China.
Durian Thai yang dieksport ke China kebanyakannya adalah Bantal Emas, Guinea dan Ganyao.
Keadaan ini berubah apabila durian Malaysia seperti Musang King dan Blackthorn semakin popular dan lebih menguntungkan, menyebabkan banyak petani durian mula menanam pokok Musang King dan Blackthorn.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Chanthaburi juga telah mengeluarkan sejumlah kecil durian varieti Malaysia, yang telah mendorong kedai pemerolehan miliki Pan Jiaoling memperoleh sedikit bekalan Musang King dan Black Thorn.
Musang King Lebih Mahal daripada Bantal Emas
Semasa musim durian pada bulan Mei tahun ini, Majikan EQ Resources Zhou Tianyi membuat lawatan khas ke Chanthaburi untuk meninjau hasil tuaian durian tempatan, dan mengetahui harga pemerolehan Bantal Emas pada ketika itu dari pengedar China, iaitu 120 baht sekilogram.
Harga pemerolehan bagi sekilogram Musang King dan Blackthorn tempatan adalah 3 kali ganda malah hampir 4 kali ganda lebih tinggi daripada Bantal Emas, ia sungguh menakjubkan!
Sejak industri penanaman durian tempatan berkembang maju, dapat menyaksikan jenis Blackthorn dan Musang King semakin popular dalam penanaman durian.
Sebagai pemeroleh dan pengeksport durian, Pan Jiaoling lebih suka merasai keenakan buah durian matang yang jatuh terus dari pokok. Ia juga menunjukkan sebahagian besar pengguna China tidak suka makan durian yang belum matang dan dipetik dari pokok.
Membuka Kedai di Chumphon
Semasa berinterasi dengan Pan Jiaoling mengenai trend perkembangan durian, Zhou Tianyi mendapati Pan Jiaoling merancang membuka kedai pemerolehan durian di kawasan pengeluar durian utama lain di Thailand seperti Chumpun,supaya dapat mengembangkan pengeksportan duriannya ke pasaran China. Difahamkan bahawa Chumphon berpotensi berkembang dengan lebih pesat atas kelebihan geografi dan keadaan iklim yang menggalakkan.
If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.