June 27 2024

Operasi Pembajaan dalam Tanah Berasid

Operasi Pembajaan dalam Tanah Berasid - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

pH tanah mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan tanaman. pH tanah biasanya diukur dengan nilai pH, di mana nilai pH yang rendah menunjukkan tanah berasid, nilai yang tinggi menunjukkan tanah beralkali, dan 7 menunjukkan neutral.

Kesan Keasidan Terhadap Tanaman

Keasidan tanah mempengaruhi ketersediaan dan kegunaan nutrien. Dalam tanah berasid, beberapa nutrien utama seperti nitrogen, fosforus, dan kalium terkunci di dalam tanah dan tidak mudah diserap dan digunakan oleh tanaman, menyebabkan tumbuhan mengalami kekurangan nutrien. Sebaliknya, dalam tanah beralkali, unsur surih tertentu mungkin melebihi keperluan tanaman dan mungkin juga memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan tanaman. 

Kelebihan asid juga mempengaruhi penyerapan nutrien oleh akar tanaman dan pengambilan air. Secara umum, hanya dalam julat pH yang sesuai, akar tanaman dapat menyerap nutrien dengan lebih baik, mengekalkan keseimbangan air yang diperlukan untuk pertumbuhan, dan dengan itu menggalakkan proses fisiologi dan biokimia yang sihat.

Di tanah yang bersifat asid, beberapa logam berat dan bahan beracun lainnya lebih mudah terlepas dan terakumulasi di dalam tanah. Apabila tanaman menyerap bahan-bahan beracun ini, ia boleh menyebabkan keadaan keracunan.

Manakala di dalam tanah yang bersifat alkali, kelarutan beberapa unsur meningkat, yang juga boleh menyebabkan masalah keracunan.

Selain itu, aktiviti mikroorganisma dalam tanah berkait rapat dengan keasidan atau kealkalian tanah. Nilai pH yang sesuai memudahkan pembiakan dan aktiviti mikroorganisma bermanfaat dalam tanah, yang dapat menguraikan bahan organik, melepaskan nutrien, dan membantu memperbaiki struktur tanah serta kesihatan tanaman.

Berkaitan dengan struktur tanah, keadaan tanah yang terlalu asid akan mengakibatkan pelekatannya yang lemah, yang mudah membentuk kerak atau hilang, yang mempengaruhi pertumbuhan akar.

Manakala dalam tanah yang bersifat alkali, zarah tanah mungkin akan berkumpul menjadi gumpalan, yang mempengaruhi udara dan peredaran air.

Keadaan terlalu asid akan menyebabkan daya ikatan zarah tanah menjadi lemah, mudah membentuk bongkahan keras atau hakisan tanah, yang mempengaruhi pertumbuhan akar.

 

Oleh itu, pemahaman mengenai keasidan atau kealkalian tanah dan mengambil langkah-langkah penyesuaian yang sesuai, seperti menggunakan kapur untuk meneutralkan tanah yang bersifat asid atau menambah sulfur untuk menyesuaikan tanah yang bersifat alkali, adalah sangat penting untuk mengoptimimkan persekitaran tanah dan menggalakkan pertumbuhan tanaman.

Kemampuan pelbagai jenis tanaman untuk menyesuaikan diri dengan keasidan atau kealkalian tanah berbeza-beza. Oleh itu, pemilihan varieti tanaman yang sesuai dengan keadaan tanah tertentu adalah salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan dalam produksi pertanian.

Tanah yang Berbeza Perlu Jenis Baja yang Berbeza

Mengambil tanah alkali sebagai contoh, ia biasanya mengandungi kalsium karbonat aktif, ion kalsium terlarut berlebihan, dan reaksi nitrifikasi yang cepat, dengan pengikatan fosforus luaran dari baja yang lemah.

Semua baja nitrogen bersesuaian untuk ditambah ke dalam sistem penyiraman dan pemupukan tanah beralkali, termasuk baja nitrogen seperti urea yang larut sepenuhnya dalam air dan dapat digunakan dalan sistem pemupukan tanah beralkali kerana ia meningkatkan nilai pH tanah pada permulaan pemupukan.

Jenis tanah liat dalam tanah beralkali utamanya adalah jenis 2:1. Ion amonium mudah diserap oleh zarah tanah liat, tetapi disebabkan, ia tidak menyebabkan keracunan amonium pada sistem akar tanaman.

Nilai pH tanah tidak mempengaruho pemilihan jenis baja kalium, baja unsur sekundur dan unsur mikro yang terikat.

Bagi tanah yang bersifat asid, ia ada ciri-ciri ion aluminium aktif, tetapi kekurangan ion kalsium, tindak balas nitrifikasi yang perlahan, dan kecenderungan yang kuat untuk mengekalkan fosforus dari baja asal.

Penggunaan baja nitrogen perlu diberikan perhatian khusus pada tanah berasid, dan penggunaan nitrogen nitrat akan meningkatkan nilai pH tanah di zon akar tanaman.

Selain itu, peningkatkan pH tanah di zon akar akan membantu mengurangkan keracunan aluminium dan menggalakkan pertumbuhan akar tanaman.


If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag