May 02 2023

Laraskan Formula Suapan Kurangkan Kos Penternakan

Laraskan Formula Suapan Kurangkan Kos Penternakan - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Kenaikan mendadak harga jagung bijian telah memaksa industri ternakan untuk mengurangkan penggunaan jagung sebagai makanan haiwan ternakan. Selain itu, mereka juga menggunakan bahan mentah alternatif untuk melaraskan formula makanan ternakan. 

Dengan ini, akan menyebabkan industri ternakan menghadapi risiko yang boleh menjejaskan kesan pengeluaran penternakan.


Negara-negara Asia Tenggara kini menghadapi masalah kos pengeluaran ternakan yang tinggi. Ini terutamanya disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine. Sudah tentu, kenaikan harga jagung bijian telah menyebabkan kos pengeluaran ayam dan telur untuk meningkat.

Guna Cara Inovatif Tanam Jagung

Malah, Indonesia sebagai anggota terbesar ASEAN telah pun menanam dan mengeluarkan jagung sendiri, namun industri ternakan di negara itu berkata purata pengeluaran jagung di negara maju pada asasnya boleh menghasilkan 12 tan sehektar, purata kos pengeluaran yang berkaitan ialah AS$558 sehektar, tetapi bagi Indonesia, purata pengeluaran jagung hanya menghasilkan 6 tan sehektar, yang jelas separuh daripada pengeluaran negara maju, dan kos pengeluarannya setinggi AS$906.

Sehubungan dengan itu, industri Indonesia terpaksa meminta pertolongan daripada pihak kerajaan untuk membantu industri menanam dan mengeluarkan jagung secara mekanis dan digital, dan menggunakan benih jagung berkualiti tinggi untuk melaksanakan rancangan pelaburan dan penanaman. 

Dengan kata lain, selaras dengan negara maju, mengamalkan kaedah penanaman inovatif untuk menanam jagung makanan ternakan.

Dengan kenaikan harga jagung bijian, industri ternakan terpaksa menggunakan bahan mentah alternatif seperti gandum, beras pecah, ubi kayu dan sisa isirung sawit untuk melaraskan formula makanan.

 

Industri Melaraskan Formula

Dengan kenaikan harga jagung bijian, industri ternakan di Indonesia dan Thailand terpaksa mengurangkan penggunaan jagung sebagai makanan ternakan, sekali gus membantu mengurangkan kos pengeluaran. 

Pisut Khungkamano, pemilik ladang ayam petelur di Wilayah Songkhla, Thailand, terpaksa menggunakan bahan mentah alternatif seperti gandum, beras pecah, ubi kayu dan sisa isirung kelapa sawit untuk melaraskan formula makanan, tetapi mereka juga tahu bahawa formula makanan yang diselaraskan boleh menjejaskan kesan pengeluaran penternakan, lebih-lebih lagi mengguna formula yang sering diubah suai.

Walau apa pun, kos makanan ternakan yang lebih tinggi telah menyebabkan banyak ternakan ayam petelur di Thailand untuk mengurangkan pengeluaran apatah lagi menggantung perniagaan buat sementara waktu. Mereka berpendapat bahawa operasi berterusan sudah pun menghadapi dilema yang tidak menguntungkan.

Menurut Asian Poultry, industri ayam dan akuakultur di Thailand masing-masing memetik 15 hingga 40 peratus daripada import makanan kacang soya dari Amerika Selatan, dengan 15% untuk babi, 25% untuk haiwan ternakan dan 30%-40% untuk akuakultur.

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag