November 02 2023
Buah durian yang ditanam sendiri di China dipasarkan pada harga yang tinggi dengan pengeluaran kuantiti yang terhad.
Meski harga yang dipasarkan secara domestik di China sangat mahal berbanding harga raja buah di pasaran di negara sekitar Asia Tenggara, namun ia tidak dapat mencabar harga pasaran yang dikongsi para pengimport di negara Asia Tenggara sehinggalah terdapat penanaman komersial berskala besar dapat direalisasikan.
Durian merupakan raja buah yang sangat mendapat sambutan baik di Asia Tenggara, fenomena musim durian sangat dinantikan buat golongan pencinta buah manis berlemak ini. Namun gara-gara cuaca ekstrem tahun ini menyebabkan pengusaha durian mengeluh kesah tatkala melihat jumlah buah yang diperolehi.
Nasib yang sama menimpa pengusaha buah durian dari China di mana mereka berjaya mengakhiri penantian mereka apabila raja buah yang ditunggu telah masak dan menanti untuk dipasarkan di dalam negara mereka dalam masa terdekat.
Jualan Durian Pertama China
Buah durian yang ditanam sendiri di China dipasarkan pada harga yang tinggi dengan pengeluaran kuantiti yang terhad.
Meski harga yang dipasarkan secara domestik di China sangat mahal berbanding harga raja buah di pasaran di negara sekitar Asia Tenggara, namun ia tidak dapat mencabar harga pasaran yang dikongsi para pengimport di negara Asia Tenggara sehinggalah terdapat penanaman komersial berskala besar dapat direalisasikan.
Mengikut laporan media China Xinhua, di pulau Hainan tropika selatan, durian yang dihasilkan dalam negara telah masak dan bersedia untuk jualan pertama mereka di pasaran.
Menurut laporan, di awal penuaian buah durian di wilayah ini dikatakan menjangkau sehingga 93.3 hektar bagi setiap lot tanah di wilayah berkenaan, pengusaha tanaman raja buah iaitu Youqi Agricultural Group telah menanam keseluruhan 800 hektar buah dan yakin hasil tuaian durian akan meningkatkan pada tahun yang mendatang.
Harga Tinggi Tiga Kali Ganda
Berdasarkan laporan pengeluaran yang dikeluarkan oleh MZ Marketing Communication yang berpusat di Shanghai mendedahkan bahawa harga raja buah ini meningkat kepada tiga kali ganda berbanding harga pasaran buah durian di negara Asia Tenggara yang lain.
Harga yang ditawarkan di pasaran China bagi sekilo durian adalah 120 yuan atau lebih kurang RM76.40.
Menurut Pengarah Institut Buah Tropika dalam bidang Sains Agrikultur di Akademik Hainan, Feng Xuejie, mengatakan bahawa harga buah durian di pasaran domestik China tidak akan menurun dalam masa terdekat dan China masih lagi bergantung kepada pasaran di Asia Tenggara bagi memenuhi permintaan buah durian mereka.
Mengikut Pentadbir Am Kastam, China merupakan antara pembeli terbesar buah durian di pasaran dunia, di mana pada tahun 2022 negara dengan jolokan tanah besar itu telah mengimport sebanyak 825,000 tan buah.
Fokus Hasilkan Rasa Buah Berkualiti
Feng Xuejie yang juga merupakan penyelidik di Sains Agrikultur, Akademik Hainan turut mendedahkan bahawa perubahan cuaca di Hainan menyebabkan tuaian buah tertangguh selama lebih kurang sebulan dan jualan buah durian pertama memasuki pasaran pada bulan Jun 2023.
Selain itu, penyelidik ini juga mengatakan bahawa pengeluaran buah durian pada tahun ini sangat terhad. Kini raja buah berkenaan hanya boleh didapati di kebun buah. Meskipun begitu, hasil tuaian raja buah ini dipercayai akan semakin bertambah di masa akan datang.
Apatah lagi penanaman buah dalam negara di China memfokuskan pada kualiti dan juga rasa buah yang sedap berbanding bersaing dari segi harga dengan negara di sekitar Asia Tenggara.
Cabaran Menanam Raja Buah
Ramai pengusaha raja buah ini di negara sekitar Asia Tenggara berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengusahakan tanaman buah durian ini. Seperti di China, penanaman raja buah ini di wilayah Hainan dan Asia Timur misalnya berdepan cabaran sukar membesarkan buah durian.
Antara salah satu cabarannya adalah serangan taufan, di mana batang pokok durian yang tidak kuat dan rapuh akan menyebabkan pokok berkenaan tidak dapat menahan kelajuan angin yang tinggi semasa musim taufan melanda.
Selain itu, kos bagi penghadang logam yang dipasang bagi mengumpul buah durian yang jatuh boleh mencecah sehingga 1,000 yuan atau lebih kurang RM636.70 bagi sebatang pokok. Bukan itu saja, ketahanan penghadang logam yang digunakan juga menjadi persoalan sama ia mampu atau tidak bertahan apabila taufan melanda.
Cabaran lain yang turut menyukarkan penanaman buah durian ini adalah dari sudut kurangnya pakar yang berpengalaman, dan secara tidak langsung menyebabkan ia menjadi penghalang untuk mengkomersialkan penanaman buah durian berskala besar di China.
Penanaman durian domestik di China juga banyak dilakukan oleh syarikat swasta, yang mana ia bergantung kepada biji benih durian yang diimport. Masalah kekurang tanah dan juga pokok induk juga antara penyebab kenapa China sukar melakukan penanaman buah durian berskala besar.
Secara konklusinya, selagi China tidak merangka pelan bagi menangani cabaran yang dihadapi, selagi itu pengusaha durian China mengimport buah serta biji benih raja buah ini dari negara-negara sekitar Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Malaysia.
If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.