May 21 2023
Dengan bertungkus-lumus selama kira-kira 10 tahun, Lee Kwi Fu telah membangunkan ladang sayuran yang seluas lebih daripada 30 ekar.
Lee yang berpandangan jauh telah melabur banyak dalam membina bangsal dan jaring perancah untuk ladang sayur supaya menjaga penanaman dan penghasilan sayur-sayuran berdaun dengan lebih baik.
Pada masa yang sama, ia juga dapat mengurangkan kemusnahan perosak dan mengurangkan penggunaan racun perosak, sekali gus membantu untuk mengurangkan kos pengeluaran masa hadapan.
Lee Kwi Fu memasuki bidang pertanian sebagai pemula untuk mencari rezaki. Selepas kira-kira 10 tahun kerja keras, beliau kini telah membangunkan kebun sayuran hijau yang seluas lebih daripada 30 ekar, dan kebanyakkan hasilnya dibekalkan ke pasaran domestik, dan 30% yang lain akan dieksport ke Singapura.
Kurangkan Kos Pengeluaran
Setelah bekerja keras untuk menanam sayur-sayuran selama 4 atau 5 tahun, Lee sedar bahawa pembinaan bangsal dan jaring adalah lebih senang jaga dan lebih terjamin. Langkah ini akan mengelakkan air hujan memusnahkan sayur.
Beliau berkata, hujan lebat pada awal Disember telah menyebabkan banyak sayur reput dan mati.
Ladang sayur Lee Kwi Fu kini seluas 30 ekar, dan 13 ekar daripadanya tersedia untuk dijaring. Memandangkan sayur-sayuran yang ditanam semuanya adalah berdaun, adalah lebih sesuai beroperasi di bawah bangsal dan jaring.
Sudah tentu, pembinaan bangsal dan jaring memang menelan kos besar, Lee berkata, ia perlu RM18,000 untuk seekar.
Mujurlah pembinaan ini dapat menjaga penanaman dengan lebih baik, dan pada masa yang sama mengurangkan serangan perosak, yang seterusnya mengurangkan penggunaan racun perosak, seterusnya membantu merendahkan kos pengeluaran.
Beri Ganjaran kepada Pekerja Rajin
Ladang sayur Lee telah lama menanam dan mengeluarkan 14 jenis sayur-sayuran berdaun, termasuk kubis Cina, kangkung, sayur raja dan pelbagai jenis amaranth, termasuk bayam merah, bayam berdaun bulat dan juga bayam hijau berdaun lonjong.
Sebahagian daripadanya boleh dituai 17 atau 18 hari selepas menanam, oleh kerana ia masih muda dan segar, maka mendapat sambutan baik daripada pasaran.
Pada masa ini, beliau tidak menanam dan mengeluarkan sayuran jenis buah, dengan sebab utama sayuran jenis buah tidak boleh dituai awal dan boleh dituai setiap hari, jadi baginya, faedah ekonominya agak rendah.
Operasi penanaman dan pengeluaran sayur-sayuran Lee pada masa ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran. Dalam keadaan kekurangan buruh domestik dan asing, mereka semua menghadapi masalah ‘rampasan’ daripada industri lain.
Sehubungan dengan itu, beliau cuba sedaya upaya untuk melayan mereka dengan baik. Gaji dibayar mengikut prestasi kerja keras iaitu standard gaji adalah berdasarkan pendapatan zon yang diuruskan.
Beliau berkata, dengan insentif yang berkaitan, pekerja asing telah bekerja sekuat tenaga dan menjaga sayur-sayuran dengan lebih teliti untuk mendapat gaji yang tinggi.
Lee berkata, gaji bulanan pekerja asing yang bekerja keras malah boleh mencecah paras RM4,000. Dalam kata lain, dengan ketekunan mereka, sudah tentu pengeluaran sayur-sayuran di ladang sayur akan ditingkatkan, sekali gus menggalakkan faedah bersama majikan dan pekerja.
Mencari Kemajuan
Ladang Lee Kwi Fu terletak di kawasan pengeluaran sayur-sayuran Ulu Tiram, Johor.
Selama ini, beliau amat menyedari bahawa walaupun penanaman dan pengeluaran sayur-sayuran sangat mencabar dan banyak masalah, ia tidak menghalang keazamannya untuk mencari kemajuan. Malah, beliau telah pun merancang dan bersiap sedia untuk menyelidik di China selepas wabak pneumonia mahkota baharu ini.
Beliau akan fokus kepada mekanisasi pertanian, contohnya sama ada terdapat peluang untuk memperkenalkan alat seperti mesin penanam tunas untuk memajukan bidang pertanian negara kita.
Malah, dari segi pembajakan, Lee telah pun menggunakan jentera bajak untuk operasi harian.
Walau apa pun, beliau yakin bahawa kerajaan perlu serius dan memberi sedikit bantuan kepada industri pengeluaran makanan. Lagipun dari segi tanah bercucuk tanam, sewa telah dinaikkan sebanyak 2 atau 3 kali ganda dalam tahun kebelakangan ini. Bagaimanakah industri mampu menghadapinya? Sehubungan dengan itu, kerajaan harus memberi bantuan.
If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.