September 21 2023
Harga koko kini mencapai tahap tertinggi dalam hampir 40 tahun sejak 1985.
Permintaan yang jauh melampaui penawaran, faktor iklim di wilayah pengeluar terbesar di Afrika Barat, dan juga keperluan untuk pemeliharaan alam sekitar, semuanya adalah faktor yang menyebabkan kenaikan harga koko yang mendadak.
Harga koko melonjak sebanyak sepertiga pada separuh pertama tahun ini, mencatatkan rekod tertinggi dalam hampir 40 tahun, melampaui prestasi indeks saham Nasdaq, menjadikannya salah satu pelaburan terbaik di dunia.
Harga koko kini mencapai tahap tertinggi dalam hampir 40 tahun sejak 1985.
Permintaan yang jauh melampaui penawaran, faktor iklim di wilayah pengeluar terbesar di Afrika Barat, dan juga keperluan untuk pemeliharaan alam sekitar, semuanya adalah faktor yang menyebabkan kenaikan harga koko yang mendadak.
Berdasarkan laporan dari “wallstreetcn”, permintaan koko di seluruh dunia dalam musim yang berakhir pada 30 September dijangka melebihi jumlah pengeluaran sebanyak lebih daripada 142,000 metrik tan, setara dengan kira-kira 355 juta paun batangan coklat.
Hal ini akan menyebabkan penurunan stok akhir musim sebanyak 8% berbanding tahun sebelumnya, iaitu kira-kira 1.6 juta tan metrik.
Kuantiti Eksport Pengeluar Terutama Berkurang
Pada 4 Jun, kuantiti eksport biji koko dari negara pengeluar terbesar dunia, Côte d›Ivoire, mengalami penurunan sebanyak 4.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menjadi 2.1 juta metrik tan.
Walaupun begitu, perlu diperhatikan bahawa jumlah pengisaran biji koko yang dianggap sebagai petunjuk permintaan coklat mencapai rekod tertinggi di Asia dan Eropah tahun lalu, menunjukkan perbezaan yang ketara.
Konflik antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan kenaikan harga baja kimia, dan sebagai akibatnya, para petani terpaksa mengurangkan penggunaan baja kimia. Situasi ini memberi kesan negatif kepada produksi koko.
Peraturan EU Baharu Dijangka Kekang Pengeluaran
Menurut International Cocoa Organization (ICCO), biji koko dari Côte d›Ivoire, kecil dalam saiz dan berkualiti rendah.
Pada tahun ini, purata hasil koko adalah sekitar 120 biji koko untuk setiap 100 gram produk, sementara pengeksport cenderung untuk menginginkan jumlah koko antara 80 hingga 100 biji untuk setiap 100 gram produk.
Selain itu, baru-baru ini Kesatuan Eropah(EU) melaksanakan peraturan penebangan hutan yang paling ketat di dunia, yang diharapkan akan menghambat produksi koko.
EU merupakan tujuan utama import biji koko di peringkat global, dengan mengimport lebih daripada separuh daripada biji koko di seluruh dunia.
EU memberikan tempoh 18 bulan kepada perniagaan untuk bersedia dan membuktikan asal-usul biji koko serta produk-produk lain seperti daging lembu, kopi, minyak sawit, kacang soya, getah, dan kayu-kayan yang merupakan 7 jenis barangan yang diimport ke EU.
Barang-barang ini telah diiktiraf sebagai penyumbang kepada kerugian hutan.
Produksi biji koko dari Côte d’Ivoire dan Ghana, kedua-dua negara ini menyumbang 60% daripada jumlah keseluruhan di dunia.
Namun, dalam beberapa tahun terakhir, produksi koko di kedua-dua negara ini telah dikaitkan dengan penebangan hutan.
Analisis menunjukkan bahawa tindakan terbaru oleh EU sebenarnya merupakan larangan import biji koko, dan peraturan ini menjadikan peningkatan produksi menjadi lebih sukar.
Selain itu, kebimbangan pasaran terhadap fenomena “El Nino” juga menyokong peningkatan harga koko yang tinggi. El Nino biasanya menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran koko di rantau Afrika Barat.
Harga Coklat AS Tingkat Lebih Daripada 20%
Dengan kenaikan harga koko yang signifikan, ini bermakna coklat yang sudah mahal akan menghadapi tekanan kenaikan harga yang lebih tinggi, dan para pengguna mungkin perlu membeli coklat yang lebih mahal.
Data menunjukkan bahawa sejak tahun 2021, harga gula coklat per unit di Amerika Syarikat telah meningkat lebih daripada 20%.
Keuntungan pengeluar coklat saat ini menghadapi tantangan.
Selain menaikkan harga secara langsung, syarikatsyarikat ini juga mengambil pelbagai langkah untuk menaikkan harga secara tersirat, termasuk mengurangkan saiz gula-gula coklat, menggantikan lemak koko dengan minyak sawit atau bahan lain (lemak koko memberikan tekstur krim yang kaya kepada coklat).
Pembeli Bersikap Hati-hati dan Cemas
Namun, pada masa yang sama, pengeluar juga perlu memastikan harga jualan berada pada tahap yang dapat diakses oleh orang ramai.
Menurut pakar industri, perdagangan biji koko telah terpengaruh dengan pembatalan pesanan oleh pembeli sebelumnya, penundaan pesanan jangka panjang, dan kebimbanganan di pihak pembeli. Saat ini, pembeli cenderung cemas.
Biasanya, pembeli besar koko akan menetapkan kontrak beberapa bulan atau lebih dari setahun sebelumnya untuk menjamin harga bagi produk dalam jumlah besar yang mereka perlukan.
Namun, dalam tren harga saat ini, pembeli cenderung bersikap hati-hati.
Harga Gula & Kopi Juga Tertinggi
Dalam beberapa bulan terakhir, walaupun harga komoditi seperti tenaga dan logam turun, harga beberapa produk pertanian justeru meningkat, menambah tekanan inflasi dalam sektor makanan.
Selain koko, harga gula dan kopi juga berada pada tahap tertinggi dalam beberapa tahun.
If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.