July 21 2023

Belimbing Berkualiti Tinggi Eksport ke EU Jangka Panjang

Belimbing Berkualiti Tinggi Eksport ke EU Jangka Panjang - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Dalam 20 tahun yang lalu, petani buah-buahan di Malaysia telah beransur-ansur meninggalkan belimbing dan beralih ke penanaman buah-buahan lain, ini telah menyebabkan kemerosotan penanaman belimbing.

Namun begitu, Lee Yoke Har yang dari Mantin, Negeri Sembilan, sudah lebih 9 tahun mengusahakan dan mengurus kebun belimbing tersebut. 

Walaupun katanya kerana keperluan perbelanjaan kehidupan keluarga, tetapi nampaknya beliau lebih bersedia untuk menerima cabaran yang dihadapi dalam proses mengontrak dan menguruskan kebun belimbing, serta mendapat pencapaian cemerlang apabila hasil tuaian yang berkualiti.


Lee Yoke Har berusia lebih 60 tahun mula mengusaha dan mengurus kebun belimbing selama 9 tahun.

Setelah hampir 20 tahun penanaman buah belimbing di Malaysia, ramai pengusaha petani buah-buahan telah menukar penanaman buah belimbing ke buah-buahan yang lain secara beransur-ansur dan ini telah menyebabkan kemerosotan bekalan belimbing.

Namun begitu, Lee Yoke Har masih gigih dan bersikap positif terhadap penanaman belimbing dan beliau percaya usaha ini dihargai kelak nanti!

Lee Yoke Har (orang berbaju merah di sebelah kiri) sibuk menjawab panggilan pelanggan sambil mengawasi kakitangan untuk membersihkan beg belimbing dan menghapuskan buah-buahan yang rosak untuk dibungkus.

 

Kontrak Lebih Baik Daripada Upah

Mujurnya tanaman buah belimbing yang diuruskan oleh beliau telah berjaya menembusi pasaran luar negara melalui bantuan pengeksport terkenal iaitu Golden Fruit Orchard Sdn Bhd. 

Kerjasama ini telah berjaya mengeksport buah belimbing ke pasaran EU dan dan ini pasti dapat membantu memberangsangkan ekonomi negara kami dan meningkatkan pendapatan negara.

Kebun belimbing yang diuruskan oleh Lee Yoke Har adalah terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Kawasan ini merupakan kawasan pengeluaran nangka utama di negara. Bagi Mantin, lokasi ini juga merupakan pengeluar buah belimbing utama negara. Namun, keluasan kebun untuk tanaman buah belimbing di kawasan sekitar ini semakin menyusut. 

Lee Yoke Har pula merupakan salah satu pengusahan perintis yang mengurus kebun secara   kontrak. Sebelum ini, beliau mengurus kebun belimbing seluas 3 ekar. 

Buat masa ini, beliah telah mengembang kawasan penanaman belimbing dengan menambahkan 6 ekar kebun lagi selepas berjaya membeli kebun keluasan tersebut daripada pemilik dusun itu. 

Beliau telah mengurus kebun secara berkontrak selama lebih 9 tahun. Kebun belimbing baharu seluas 6 ekar itu juga dikontrakkan. Kata beliau, selepas dua tahun bertungkus-lumus mengurus kebun tersebut, beliau mula menjana keuntungan. 

Beliau tetap berterus-terang menasihat bahawa walaupun bekerja sebagai pengusaha kebun secara berkontrak pada awalnya mungkin dinampak adalah merugikan, akan tetapi pengusahaan peniaga sendiri adalah lebih baik untuk jangka masa panjang daripada bekerja untuk majikan. 

Kebun belimbing yang dikontrakkan oleh Lee Yoke Har terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Beliau telah mengusaha dan mengurus kebun belimbing selama lebih 9 tahun.

 

Kerja Banyak untuk Pengurusan Kebun

Lee Yoke Har mengakui bahawa terdapat banyak tugas di dalam pengurusan kebun belimbing. Di antaranya termasuk keperluan tenaga buruh yang ramai untuk mengangkut buah-buhan pada musim kutipan buah. 

Selain daripada pencegahan dan kawalan penyakit daripada serangga perosak, kerja-kerja penuaian, pemprosesan dan pembungkusan buah-buahan  amat memakan masa dan adalah intensif buruh. 

Selain daripada keperluan untuk menggaji seorang ketua di kalangan pekerja, 6 orang pekerja lagi untuk diperlukan untuk kerja-kerja harian. 

Ini tidak termasuk keperluan beliau sentiasa berada di kebun untuk mengawasi kakitangan agar kerja di setiap peringkat dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Pada masa yang sama ini juga sempat memupuk semangat kekitaan apabila semua berganding bahu sama-sama bekerja!

Apabila wartawan kami tiba pada awal April, kami sempat bertemu dengan pekerja di kebun belimbing yang sedang membuka bakul-bakul buah belimbing yang telah dipetik, dan memeriksa keadaan buah untuk mengasingkan buah yang rosak akibat serangan serangga atau yang memiliki rupa yang kurang baik. 

Kemudian, buah belimbing tersebut dimasukkan ke dalam beg plastik bening dan dipasang dengan baik dalam kotak kertas yang disediakan oleh pengeksport Malaysia Golden Fruit Orchard Sdn Bhd.

Pengeksport belimbing ini mempunyai Global Gap Reg.no 4049929921535 yang dicetak di luar karton, iaitu nombor pendaftaran Amalan Pertanian Baik Global, dan karton yang berkaitan disenaraikan sebagai mengandungi 2.5 hingga 3 kilogram buah belimbing.

Belimbing yang dirosak oleh perosak atau rupa buah yang buruk hendaklah disingkirkan sebelum dibungkus.

 

Hasil 3 hingga 4 kali tuai Setiap Tahun

Lee Yoke Har berkata, kebunnya sempat menghasilkan kira-kira 200 hingga 300 kotak belimbing setiap hari dalam satu musim penuaian. Secara keseluruhan musim penuaian, beliau sempat mengutip lebih kurang 1500 kotak buah belimbing. 

Kata beliau, kekerapan penuaian buah belimbing selalunya sebanyak tiga hingga empat kali setahun. 

Untuk kali ini merupakan hari terakhir penuaian buah belimbing. Akan tetapi para wartawan masih sempat menjumpai beberapa pohon pokok belimbing yang masih berbuah dan adanya yang masih terada buah kecil pada pohon pokok belimbing. 

Lee Yoke Har dengan jujurnya mengakui bahawa beliau terlibat dalam pengurusan kontrak ladang belimbing adalah atas dasar keperluan kewangan dalam keluarganya.

Ini adalah kerana beliau mempunyai empat orang cucu yang masih belajar di sekolah menengah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk menanggung kos pendidikan mereka. 

Walau bagaimanapun, beliau tetap menikmati cabaran dalam proses pengurusan kontrak ladang belimbing dan terasa kepuasan yang diperoleh apabila hasil penuaian adalah lumayan.

Walaupun tanaman semasa telah dituai, masih terdapat tumbuhan yang telah mengeluarkan buah kecil, dan pada masa yang sama, tumbuhan lain telah membungkus buah.

 

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag