March 09 2023
Top Fruits mengeksport pes durian Musang King ke pasaran Thailand sepanjang tahun, terutamanya kepada industri pemprosesan hiliran di Bangkok seperti syarikat aiskrim dan makanan. Peniaga Thailand menggunakan pes durian Musang King menghasilkan pelbagai produk dan kemudian mengeksportkannya ke pasaran global,terutamanya negara Europah dan Amerika.
Nilai ekport poduk durian Top Fruit mececah RM90 juta tahun lepas. Berdasarkan momentum perkembangan semasa, perolehan syarikat dianggar melebihi RM130 juta tahun ini.
Top Fruits Sdn Bhd, syarikat tanaman durian terkenal di negara kita telah mengeksport pes durian Musang King ke Thailand untuk diproses sebagai produk hiliran dalam 4-5 tahun terakhir ini.
Dengan permintaan yang semakin meningkat ini, nilai ekport poduk durian Top Fruit mececah RM90 juta tahun lepas,dan tahun ini dianggar akan melebihi RM130 juta.
Aiskrim Musang King
Tan Sue Seng, pemilik Top Fruits menegaskan bahawa mereka mengeksport pes durian Musang King ke pasaran Thailand sepanjang tahun, terutamanya kepada industri pemprosesan hiliran di Bangkok seperti syarikat aiskrim dan makanan. Peniaga Thailand menggunakan pes durian Musang King menghasilkan pelbagai produk dan kemudian mengeksportkannya ke pasaran global, terutamanya negara Europah dan Amerika.
Produk yang diproses daripada pes durian Musang King sangat digemari di Thailand,apatah lagi Thailand merupakan destinasi pelancongan utama di ASEAN yang mempunyai ramai pelancong asing, produk durian tersebut menjadi sangat laris.
Bertemu dengan pemain industri pemprosesan durian tempatan
Bagi merebut peluang perniagaan yang lebih besar, Top Fruits menyertai pameran ThaiFex-Anuga Asia 2022 yang diadakan di Bangkok pada Mei lalu.Tan Sue Sian dan Tan Sue Yee mengetuai delegasi syarikat dan berbincang dengan pemain industri pemprosesan durian tempatan supaya memperkukuh kerjasama dan memperluaskan peluang perniagaan.
Tan Sue Sian berkata, beliau mendapati rakyat Thailand gemar dengan keenakan rasa durian Musang King yang unik dan produk Musang King juga mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pengguna tempatan.
Permintaan Tinggi Harga Musang King Thailand Melambung
Tan Sue Seng turut berkata, di pasaran Thailand, harga jualan durian Musang King jauh lebih tinggi daripada di Malaysia, ini menyebabkan Pengeluar produk Musang King terpaksa mengimport pes Musang King dari Malaysia untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka.
Harga Musang King di Thailand lebih tinggi daripada Malaysia disebabkan permintaan melebihi pembekalan. Walaupun sudah terdapat peniaga Thailand melabur dalam penanaman pokok Musang King di peringkat awal lagi, tetapi pernanaman pokok Musang King di Malaysia jauh lebih awal pada tahun 1990an dan kini mampu menghasilkan secara besar-besaran.
Ingin membangunkan pusat penyelidikan durian
Mengikut sejarah syarikat Top Fruits, pemilik syarikat Tan Shi Zhi pernah pergi ke Kelantan membeli anak benih pokok Musang King untuk ditanam di negeri Johor. Kini, ladang durian Top Fruits mempunyai keluasan lebih 50 ekar dan akan diperluaskan secara beransur-ansur.
Di samping itu, Tan Sue Seng berkata, untuk memastikan pembangunan perniagaan durian syarikat seimbang dan sihat, Top Fruits sudah mula mengumpul data yang berkaitan dengan perancangan, pengurusan dan kapasiti pengeluaran durian supaya dijadikan sebagai indeks rujukan penghasilan durian berkualiti.
Katanya, Top Fruits juga ingin membangunkan sebuah pusat penyelidikan bertempat di sebuah ladang durian syarikat , dan bertekad untuk melaksanakan proses pengurusan berjentera bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja dan mengurangkan perbelanjaan.
Pes Musang King Gold Thon Menarik Perhatian
Semasa menyertai pameran ThaiFex-Anuga Asia 2022, Top Fruits mempamerkan pes durian Musang King berjenama Gold Thon, telah menarik perhatian pengunjung dan pemain industri berkaitan dari seluruh dunia.
Malahan, pes durian Musang King Top Fruits telah dieksport ke banyak pasaran luar negara.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.